Followers

14.5.10

Jom makan kebab sosej

Hidangan tengahari paling mudah.

Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua kawan-kawan tersayang.

Sehari kakchik tak kemaskini blog dah rasa macam seminggu lamanya. Kakchik ada cuma sibuk mengemas di rumah baru dan membeli-belah dengan cik abe barang keperluan rumah. Maklum saja dah lama juga kami tidak tinggal berasingan dari keluarga.

Letih tu tak payah nak cerita la kan. Kawan-kawan yang pernah berpindah randah sudah tentu tahu betapa penatnya berpindah rumah ni. Kakchik belum habis lagi memindahkan barang-barang dari rumah ummi terutama koleksi buku kesayangan kakchik.

Sebahagian besar dah kakchik angkut ke sini dan cik abe angkat naik ke bilik bacaan di atas. Huhu, banyak lagi kerja kami nampaknya. Kesian kat suami kakchik tu, kalau pindah selalunya dia yang banyak buat kerja-kerja manual labor ni. Tu yang kadang-kadang macam short tempered je... tapi boleh lagi dibawa bergurau hehe.

Hari ni kakchik sempat kemaskan pakaian kami dan pasang rak khas untuk abaya kakchik yang dibeli semalam di Home Kreation, KKerian. Wah... dah macam butik pulak bila siap digantung semua abaya dan pakaian hehe. Tak sangka banyak sungguh pakaian kami (kakchik punya 3/4 jeeee...).

Pagi tadi temankan ummi ke pasar, angkat barang punyalah banyak, sampai tersalah urat sikit kat lengan kanan ni. Kalau cuba angkat barang terasa ngilunya tapi urut sendiri je... tengoklah macamana petang ni. Kalau makin sakit, kakchik minta cik abe urutkan.

Sebab letih, kakchik tak masak nasi tapi buat kebab sosej je. Mudah je nak buat... resepi sempoi, sendiri punya. Malas nak letak kat sini. Kalau ada yang nak boleh la kakchik bagitau. Ok, nak ke OUM dulu, nak ambil modul untuk semester Mei. Minggu depan 21hb. kelas dah mula.

Hingga itu, wassalam.

16 comments:

  1. kenyang ke makan kebab jer..?

    lebih kurang mcm hotdog jer..huhu.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    ANAK BAPAK

    ReplyDelete
  2. wuish, lapo la pulak tgk gamba tu *mleleh air lior*

    ReplyDelete
  3. salam kakchik. sedap nampak kebab tu. sy dan anak2 mmg peminat roti, masak la cmna pun, kami tetap suka.

    :)

    ReplyDelete
  4. nabilah, alhamdulillah kenyang hingga ke saat ini, jam 5 lebih. ha'ah macam hotdog je tapi buat style sendiri.

    ReplyDelete
  5. Alynn Notnot, buat je alynn. Paki roti sandwich pun boleh. Senang je.

    ReplyDelete
  6. wa'alaikummussalam intan. alhamdulillah sedap... lebih kurang yang 1901 tu ... hehe. tentu intan anak-beranak suka la kebab sosej ni kan.

    ReplyDelete
  7. salam kakchik
    kebab?wah sedap tu.saya kalau dah pekena kebab,nasi tak mau dah.:)
    masa preganant dulu,saya tak mau nasi.kalau boleh nak kebab2 hari2.:)

    ReplyDelete
  8. sedap tu..akak pn suka mkn kebab...

    ReplyDelete
  9. salam
    akak suka sosej lada hitam atau yg ada cheese...
    pastu ada telur grg,ada roti dan ada kacang panggang..hehe sesekali mkn ala mat saleh

    ReplyDelete
  10. FeeQ, what you need to do is just find a burger stand nearby hehe. Grab one and you'll not be hungry anymore.

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikummussalam Masyitah.
    Kebab biasa-biasa je, ala Melayu gitu. Ha'ah, dah cukup kenyang dah makan sebiji kebab tu. Wah... teruk juga Masyitah mengidam ye... untung penjual kebab tu :D

    ReplyDelete
  12. kak nza punya kebab mesti lagi sedap dari yang kakchik buat ni.

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikummussalam kak kam.
    hari tu ingat nak beli sosej mcm tu lah kak tapi takut budak2 takmo makan. Budak2 tadika ni tak tahan pedas. Kakchik buat scrambled egg masuk dlm tu. Kacang panggang tak suka. Mkn ala mat salih takde salahnya... kan, asal halal.

    ReplyDelete
  14. eh dah boleh komen! I think sosej la antara makanan yg paling senang nak prepare tapi sedap... hehe

    ReplyDelete
  15. hehe, kakchik dah tukar comment settings la papabear. ayat kedua tu kakchik setuju 100%.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs