Followers

18.5.10

AirAsia Free Seats & 9 Sen Menginap di Tune Hotel

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Sekarang jam 12.39 pagi.
Waktu untuk membaca akhbar online.

Semuanya bagai berebut-rebut untuk menjadi PEMURAH. Baru tadi kakchik baca di StarOnline berita tentang 'a million free seats' dari Airasia seperti dalam post kakchik di sini:
dan sekarang ni berita ini pula yang kakchik baca di myMetro, Tune Hotel menawarkan kos penginapan bernilai 9sen semalaman di semua bilik di hotel rangkaiannya. WOW! Peluang keemasan ni.

sumber: www.penanghotels.com.my

Ni salinan berita di myMetro:
TUNE Hotels.com menawarkan kadar penginapan terendah istimewa untuk semua rangkaian hotelnya di Malaysia dan Bali, Indonesia dengan masing-masing pada harga daripada sembilan sen dan Rp9,000 (RM3) semalam.
Selain hotel Tune Hotels.com yang baru dibuka di Danga Bay, Johor Bahru, tetamu boleh merancang awal percutian mereka dengan menempah bilik di Downtown Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)-Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Downtown Pulau Pinang, 1Borneo Kota Kinabalu, Waterfront Kuching, Kota Damansara, Kuta Bali dan Double Six Legian Bali. Tempoh tempahan bermula dari 17 Mei hingga 28 Mei 2010 untuk tempoh penginapan dari 1 Februari 2011 hingga 30 April 2011 menerusi dalam talian (online) di www.tunehotels.com. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotels, Mark Lankester (gambar), berkata promosi itu sebagai penghargaan kepada tetamu hotel yang sentiasa menyokong jenama Tune Hotels.com di mana dengan promosi itu, mereka boleh menikmati pakej hiburan Astro, televisyen LCD pada harga hanya RM9.99 sehari.

Tawaran yang tersangatlah menarik. Rugilah kalau kita lepaskan peluang ini begitu saja. Mulai esok, kakchik nak cuba booking FREE SEATS tu dan manalah tahu kot-kot perancangan percutian untuk tahun ni dan tahun depan akan memakan belanja yang paling MINIMA. Jimat banyak tu.

Jom... kita pergi bercuti!

12 comments:

  1. salam achik niza..ibu ada kata..dapat promo kat email..tapi takde2 asa nak promo kat blog..hihihi..takpe kali ni achik lak rebut peluang keemasan ni..sebab ibu dah ada destinasi yang dah dibeli.. :)

    ReplyDelete
  2. ish tak leh lepaskan peluang keperakan ni....(tanak guna keemasan dah...guna perak plak ye...atau gangsa ke cute skit)....

    lama dah tak bercuti...

    ReplyDelete
  3. cepat 3X...biasanya cpt penuh weh!!!

    ReplyDelete
  4. salam kak chik,

    saya pernah menginap di hotel ni..

    ok tu ok la..cuma ruang utk solat tak ada..kak chik boleh bayang kot biliknya besar mana..huhu

    ReplyDelete
  5. salam kak chik..jom ramai-ramai gi bercuti..

    ReplyDelete
  6. wa'alaikummussalam faheem. achik pun asalnya dpt promo kat email juga nak... terasa rajin je nak kongsikan dgn kawan-kawan achik kat sini. jam teruk website airasia, susah betul achik nak dpt free seats. faheem sekeluarga nak ke mana tahun ni?

    ReplyDelete
  7. aSHa buat kakchik gelak je baca komen asha tu. hehehe... keperakan pun keperakanlah... asalkan dapat

    ReplyDelete
  8. kak nza, berebut sakan dah ni

    ReplyDelete
  9. wa'alaikummussalam dilah.

    ooo... mesti biliknya cukup-cukup makan je. kena reconsider la kalau cam tu.

    ReplyDelete
  10. wa'alaikummussalam kak ina. jom.... mana kita nak pergi ni kak?

    ReplyDelete
  11. salam kak chik..

    sy kat sini pun dah 2 hr x leh nak masuk.. asyik buzz ja kat part nak book ticket..

    dlm hati dok kata.. x apalah. bg peluang kat org msia jalan2.. hehe

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikummussalam Irma.
    Kakchik pun belum bernasib baik mencuba nasib. Entah bila la website dia tak jem. Baiknya org di London hehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs