Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Sedang buat apa tu...?
Sudah tentu ramai yang sedang melayari internet di saat ini. Dah 11 malam ni kalau student mungkin sambil study sambil blogwalking kan? Yang bukan student pulak sambil buat kerja rumah tangga, sambil update blog dan blogwalking juga. Ada yang lagi hebat, multitasking, sambil lipat kain, tengok tv, blogging, layan suami dan anak-anak. Fuh, hebat sungguh kaum wanita kita, hehe. Bukan senang nak imbangkan semuanya tu.
Bagi orang yang takde anak macam kakchik ni, malam-malam cam ni kalau tak membaca buku, menziarahi blog kawan-kawan, membuat kunjungan balas, sudah tentu mengemaskini blog. Itu pun kalau ada idea la kan.
Malam ni kakchik teringat nak kongsikan hadiah yang kakchik terima dari seorang adik junior sekolah dulu yang baru balik dari Umrah. Baik hati sangat adik kakchik tu sebab dia ingatkan kakak seniornya ni. Bukan setakat dia tolong mendoakan kakchik malah bawa balik buah tangan pula.
Memang dia tahu kakchik sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, jadi semua buah tangannya adalah ubat untuk membantu usaha-usaha kakchik. "Terima kasih banyak-banyak Ayu sebab ingatkan kakchik. Semoga Allah permudahkan jodoh Ayu dan berkati budi baik Ayu terhadap kakchik. Tak terbalas rasanya."
Inilah dia hadiahnya:
Celak Mekah pun ada :)
Insyaallah kesemuanya akan kakchik manfaatkan sebaik-baiknya. Mana tahu, kali ini usaha kakchik dan cik abe berhasil dibantu pula dengan kedua-dua jenis ubat ini. Semoga selamatlah hendaknya.
Amalkan set kesuburan HPA.. Insya Allah berkesan hehe
ReplyDeleteInsyaallah boleh dicuba. Terima kasih Syafrizal.
ReplyDeletesalam kakchik
ReplyDeletesemoga Allah mudahkan urusan kakchik dan hubby.
p/s:kak,dulu saya pernah ada sejarah lebih krg mcm ni.
Salam kak Chik,
ReplyDeletemoga Allah perkenankan doa akak mendapat zuriat..
i.Allah..ameen!
Salam Kak Chik..InsyaAllah..ada rezeki nanti...Semoga Allah memakbulkan doa dan harapan Kak Chik...
ReplyDeleteWkslm Masyitah.
ReplyDeleteTerima kasih. Doa-doakan kami ya.
Allahu'alam masih layak atau tidak kami ni nak menimang anak.
Wkslm Tukang Kata.
ReplyDeleteTerima kasih banyak ya. Amin
Wkslm Sue. Amin. Terima kasih Sue.
ReplyDelete