Assalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia untuk semua.
Catatan ni kakchik tulis dalam masa yang cukup singkat sebab kakchik nak bersedia ke kelas tutorial yang akan bermula jam 10.15 pagi nanti dan akan tamat jam 4.45 petang nanti.
Nak masak nasi, lauk pula takde... kesian cik abe, tengahari ni nampaknya kena menumpang makan di rumah Ummi lagi sebab kakchik tak sempat balik macam biasa. Dulu takde kelas jam 12.30 - 2.30 tapi semester ni ada pula. Dah tu sambung terus dengan kelas terakhir jam 2.45 petang. Manalah sempat kan. Masa yang ada cukup-cukup untuk solat Zohor je. Kenapalah sem ni macam ni jadual kelas kakchik?
Jadi sebentar tadi kakchik tengok dalam peti ais tu ada sayur campur yang dah siap potong kakchik beli di Billion 2 hari lepas dan ada lebihan sosej dari hari kakchik buat Kebab Sosej baru-baru ni dan ada keju. Roti sandwich pun ada. Jadi, paling kenyang dan cepat nak buat ialah pizza.
Inilah hasilnya:
Makan begitu saja atau letak sos cili. Ikut seleralah.
Ok, kakchik nak tengok buku kejap sebelum bertolak ke kelas. Jumpa lagi petang nanti, insyaallah.
Wassalamualaikum.
waahh.. sedapnya pizza segera kak chik.. sedangkan baru je makan pizza minggu lepas.. terliur lg ;)
ReplyDeletewalaupun express..
ReplyDeleteyg pntg..
nampak sedap!!!!
salam kak chik..cantik2 abaya k.chik!k.atie pon ada gak jubah yg dibeli masa somi k.atie g mekah dulu tp tue la...jarang sgt pakai..pastu ada bling2(cam glamer lak nk pakai..hikhik).saiznya mmg bsr..agaknya ikut badan org arab..byk yg kena repair br blh k.atie pakai..ngeee.Klu g ngaji/g ceramah agama br pakai...mlm2 org x perasan sgt!kedai k.chik(maribaca) kt area mana yer?..saje tanya..mana tau nanti klu g kelantan..leh terjah k.chik..ngeee.wui!pjg nooo k.atie tulis lak...
ReplyDeletesedapnyer...... tp sayang saye tak pandai buat pizza...huhuhuh...
ReplyDeletebyk tul topping..yummy!
ReplyDeleteIrma, pizza buatan sendiri memang sedap dimakan dan amat puas hati. ala... Irma bukannya tak pandai buat benda ni... hari ni boleh buat pizza ya.
ReplyDeleteadreynieelisya, betul betul betul. hehe.
ReplyDeletewa'alaikummussalam k.atie.
ReplyDeleteterima kasih kak. abaya nak pakai hari-hari kak, kena cari yang puas hati. kalau next time suami akak nak hadiahkan abaya Mekah, akak pesan kat dia beli saiz lebih kecil dari saiz akak di Malaysia barulah tak besar sgt.
kedai dalam kota sri mutiara kak, sblh hotel renaissance kb. singgahlah bila akak turun kb.
pjg tak apa kak.
Nadia, nak buat pizza ekspres ni tersangat senang. Nadia boleh cuba buat cam ni.
ReplyDeleteBahan: Roti sandwich 4 kpg, 2 batang sosej, sayur campur (beli yg siap di s/market), keju mozarella, sos tomato
Cara: spread sos tomato atas roti, taburkan keju, taburkan sosej, taburkan sayur campur, taburkan keju sekali lagi, bakar dlm oven 180 drjh selama 10 - 15 min
itu je.
Blabberina, kakchik main campak je apa yang ada dlm peti ais.
ReplyDeletekak chik.. kalau buat pizza lg. meloncat la anak yg sy jaga si fatimah tu.. mmg peberet dia..
ReplyDeletetp bila fikirkan selera yg lain. kena la tunggu sebulan lg baru buat.. hehe.
hehehe... memang irma pembantu yang amat waras pertimbangannya. sebab tu bos sayang tu...
ReplyDeleteakak tak pernah cuba lagi buat pizza segera ni pakai roti biasa..Bolehlah cuba yek..mesti best, just lebihkan cheese je.
ReplyDeletekak azah, kakchik pun dapat idea dari kawan2 blogger yang rajin memasak. memang cepat dan sedap kak. kalau cheese lebih lagi kaw.
ReplyDelete