Followers

1.5.10

Jom hilangkan dahaga, sejukkan badan yang kehangatan

Pilih mana satu yang anda suka.

Assalamualaikum dan salam malam semua.

Hangat sungguh malam ni sampai berpeluh-peluh kakchik yang sedang menggosok ni. Cik abe dah tidur sebab dalam jam 2 nanti dia akan bangun semula macam biasa. Lagipun dia keletihan sebab seharian memunggah buku-buku, membersihkan segala sawang dan mengasingkan barang-barang yang masih diperlukan dari sampah-sarap. Kesian suami kakchik tu.

Jadi sambil layan lagu-lagu Maher Zain kakchik gosoklah baju-baju bekalan untuk minggu ni. Esok dah keje walaupun orang lain masih bercuti. Nasib badan... dah begitu caranya bekerja di Zahra'. No problem kata omputih.

Jadi, rehatlah sebentar untuk basahkan tekak. Pilihlah yang mana satu idaman kalbu. Hehe, actually ni gambar air minuman kakchik dan kawan-kawan masa keluar makan di Restoran Ani Sup Utara hari Ahad minggu lepas. Baru sesuai nak ditayangkan di sini. Sesuai cerita dan keadaan.

Yang kakchik minum malam ni hanya air teh 'o' dan air putih je. Di musim panas kering ni minum air putih yang paling bagus. Kakchik suka beli bekalan air mineral satu kotak. Senang nak minum.

OK, nak sambung menggosoklah. Ada beberapa pasang lagi. Wassalam.

6 comments:

  1. salam kak chik.

    suami akk nak klu boleh. hehe..

    ReplyDelete
  2. air manis2...hmmm...seronok. tp sha lagi suka air suam. macam kakchik jugak:)

    ReplyDelete
  3. wkslm kak anis. hehe, akak ajaklah en.hairul ke restoran ani sup utara kak. semua jenis air tu ada di sana.

    ReplyDelete
  4. sha, air manis ni minum sekali sehari cukuplah. kalau tak minum pun takpe. memang elok kita minum air suam/putih je.

    ReplyDelete
  5. sedap tgk air tu...tgh haus nie...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails