Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk teman-teman tersayang.
Semoga hari ini kalian mendapat rahmah dan barakah dari Allah SWT. Hari ni tentu banyak kerja rumah yang perlu dibereskan terutama oleh para EKSEKUTIF RUMAHTANGGA. Lagi banyak bila dia juga bekerja di luar rumah. Semoga KETUA EKSEKUTIF tidak berat tulang untuk membantu meringankan beban pegawainya.
Hulurkan salam
Iya, sampaikanlah salam apabila kita bertemu keluarga kita terutama bila suami bertemu isteri. Nabi menggalakkan kita memberi salam kerana salam itu adalah SATU DOA supaya orang yang kita temui diberi kesejahteraan dan keamanan oleh Allah SWT.
Paling bagus ialah amalan memberi salam bila kita mahu masuk ke dalam rumah kita. Insyaallah satu rumah akan mendapat rahmahnya. Zaman sekarang ni kakchik tengok dah tak ramai orang yang amalkan memberi salam. Banyak kali kakchik singgah di blog-blog tapi tiada salam pembuka kata. Orang lebih suka guna 'hai', 'hello', atau terus dengan apa saja yang nak diceritakan.
Nabi pernah satu ketika tidak membenarkan seorang tetamu masuk ke rumah baginda kerana tetamu itu datang terus berkata, "Boleh saya masuk?". Baginda berpesan kepada pembantunya agar memberitahu tetamu itu agar memberi salam, barulah baginda izinkan masuk.
Zaman sekarang ni dalam masyarakat Malaysia, salam sudah menjadi adat. Tidak ramai yang melafazkannya memahami maksud sebenar salam tersebut. Sebab itu ramai orang yang bertemu dan saling memberi salam tapi antara mereka masih tidak aman. Ada prasangka, ada kemarahan, ada kebencian, ada niat buruk, ada kedengkian dan sebagainya. Itu kerana pemberi salam, memberinya tanpa niat dan perasaan yang betul.
Dalam rumahtangga, perbanyakkanlah memberi salam dan wajiblah menjawab salam. Berilah salam dengan suara yang boleh didengari oleh orang yang kita tujukan. Misalnya suami baru balik dari masjid, berilah salam kepada isteri di dalam rumah dengan suara yang agak kuat tapi intonasinya lembut. Maka bila didengari oleh isteri di dalam rumah, hatinya akan gembira untuk menjawab salam dan membenarkan suaminya masuk. Bila pintu dibuka beri salam sekali lagi beserta senyuman dan pandanglah wajah isteri yang membuka pintu sebagai tanda berterima kasih.
Hadiahkan senyuman
Senyum itu sedekah, dengan senyuman ia boleh menggembirakan sesiapa sahaja kerana senyuman itu menandakan kasih. Semua orang mahu dikasihi lebih-lebih lagi seorang isteri terhadap suaminya. Bagi seorang isteri, perkara yang amat memilukan dan menyedihkan ialah bila dia merasa dirinya tidak disayangi oleh suami. Maka kakchik nak pesan kat suami, banyak-banyaklah senyum kat isteri ya.
Kalau balik ke rumah selepas ke mana-mana, hadiahkanlah senyuman kepada isteri yang membukakan pintu. Pandang wajahnya, lihat matanya dan senyumlah dari hati. Insyaallah isteri akan terasa bahagia menyambut kepulangan anda. Jangan balik dengan mengetuk pintu dengan begitu kuat, bila pintu dibuka terus marahkan isteri kerana lambat atau sebagainya. Perlakuan sebegitu membuatkan isteri merasakan seolah-olah dia itu orang suruhan suami bukan kekasihnya.
Antara 3 perkara yang paling Nabi Muhammad sukai ialah wanita. Maksudnya, "Supaya wanita disayangi, dilayan dengan lembut dan wanita yang solehah itu adalah harta dunia yang paling baik." Oleh kerana orang perempuan ni kelakuannya lembut, hatinya akan mudah terpikat dengan kelembutan. Jadi kalau suami suka bercakap keras, melayan isterinya dengan sikap acuh tidak acuh, maka hati isteri tersebut makin longgar untuk suaminya. Kekerasan akan membuat isteri semakin keras, menimbulkan kebencian di hatinya dan dia akan melawan dengan tidak mentaati suaminya.
Ingatlah para suami, tarbiah isteri anda terletak di tangan anda. Suamilah yang bertanggungjawab membentuk akhlak isteri. Janganlah anggap bila anda telah mengahwini seorang perempuan yang kelihatan alim dan warak maka anda membiarkan saja dia mencari sendiri ilmunya. Lama kelamaan isteri akan menjadi tawar hati dan akan mula lalai dari akhlak Islam. Jika isteri mendapat didikan yang baik dari suami, sudah pasti dia akan membantu suaminya ke jalan Syurga. Tak mahukah hai para suami?
Maka, banyakkanlah bersedekah kepada isteri anda. Sedekah yang paling mudah ialah SENYUMAN.
Rujukan: Mengendalikan Hubungan Suami Isteri, Dr. Nasoha Saabin, PTS.

terima kasih kakchik atas pesanan bermakna ni...manusia selalu leka dengan perkara2 kecil, termasuk ain...sama2 kita ingat mengingatkan...spasiba balshoi (tq very much) kakchik
ReplyDeletesama-sama ain. pesan memesan itu adalah cara hidup Islam. jadi bila kita pesan kat orang, insyaallah diri kita pun turut mengingatinya.
ReplyDeleteboleh belajar bhs ukraine la kakchik hari ni. spasiba balshoi ain.
semuga mendapat faedah dari info ini..tq kak chik...dah habis exam ker belum.
ReplyDeleteinsyaallah kak ina. exam dah habis kak tapi sibuk dgn aktiviti lain pulak.
ReplyDelete