Assalamualaikum dan salam rindu kepada semua kawan-kawan.
Semoga kalian semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang tempoh ini. Kakchik teramat rindu pada kalian semua tapi apa kan daya. Diri ini bukan superwoman. Terlalu banyak tanggungjawab yang berkumpul dalam satu masa sekaligus. Alhamdulillah, diri ini sudah sihat fizikalnya, kalau tidak entah bagaimana keadaannya.
Mahu Jadi Superwoman
Ya ALlah, mohon perkenankan doaku.
Kenapa? Sebab rasanya kalau kakchik ni superwoman, banyak betul kerja yang dapat kakchik laksanakan dan selesaikan dengan pantas. Alangkah bagusnya kalau dapat punya kuasa superpower macam watak dalam kartun atau movie yang kita tengok di tv. Dapat jadi bionic woman pun ok jugak. Waduh! Ingin sekali bila difikirkan.
Tapi, kakchik cuma manusia biasa macam orang lain juga. Tak payah nak berharap boleh jadi manusia pelik dengan kuasa pelik-pelik. Asalkan dapat menghirup udara segar di bumi Allah ni, dapat berbakti kepada suami dan keluarga, dapat menjalankan amanah di tempat kerja, dapat memajukan bisnes dan dapat berkongsi ilmu dengan orang lain pun dah cukup bertuah.
Argh... tapi dalam keadaan sekarang ni memang selalu juga berangan nak jadi superwoman ni. Pagi-pagi dapat siapkan breakfast untuk seisi keluarga, kemaskan rumah sekemas-kemasnya biar cik abe selesa membuat kerja-kerjanya, nak ke pejabat dalam keadaan ceria, boleh buat banyak kerja yang bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain, kemudian dapat menguruskan kedai dengan jayanya, buka gerai sana-sini, promo habis-habisan, boleh ke mesyuarat penting sana-sini siang-malam. Oh, mahu sekali tamatkan pengajian di OUM dengan flying colors CGPA sentiasa 4.
AKU MAHU JADI SUPERWOMAN! Super Muslimah!
sumber: google
Tapi, hidup ini ada sangkut-paut dengan banyak orang lain. Mana boleh nak terjah segalanya tanpa ambil kisah hal orang-orang yang bergantung pada kita kan? Bongkak la pulak kalau buat tak kisah saja. Huhu... kakchik cuma manusia biasa. Badan dah la kecik, kudrat pun setakat mana saja.
Tapi rasa macam besarnya beban yang kena pikul.
Ya Allah... tolong aku. Tolong... tolonglah permudahkan hidup ini melalui masa seperti sekarang ni.
salam kakchik.
ReplyDeleteitulah lumrah kehidupan kan kakchik? manusia hiduonya kadang sibuk, kadang lapang...insyaallah segala kerja yang kakchik lakukan itu akan terbalas, kalau tidak didunia ini, diakhirat sana kelak...
salam kak chik...dlm keadaan keje kak chik skrg..mmg superwoman k.chik nie!!semua keje k.chik buat..Alhamdllh, diberi kesihatan yg baik oleh ALLAH
ReplyDeletewkslm ain. terima kasih banyak. itulah yang buatkan kakchik rasa macam nak ada superpower je. kalaulah...
ReplyDeletewkslm kak atie. isyk, manalah kita ni superwoman kak.. angan-angan je nak jadi superwoman sebab rasa macam tak cukup kaki tangan dah nak buat segala kerja ni. terima kasih ya kak atie sebab akak prihatin
ReplyDelete