Nasi Goreng Campak-Campak
Assalamualaikum dan salam petang Jumaat yang aman dan tenang.
Semoga teman-teman semua sentiasa dirahmati Allah SWT.
Dah lewat petang ni baru kakchik sempat update lagi blog Keluargaku Sayang ni. Kakchik balik dari tutorial tadi dah jam 5 lebih. Bila sampai di rumah tu perut memang dah tersangat lapar sebab kelas non-stop dari 10.15 pagi sampai 4.45 petang. Ada masa 15 minit rehat tu kakchik hanya sempat solat Zohor.
Sepanjang dalam kelas terakhir tadi perut asyik menyanyi je. Entah-entah tutor pun de ngar kot sebab hanya kami berdua je dalam kelas tu. Dia ada bagi masa rehat 10 minit untuk minum tapi kakchik malas nak turun ke cafe sebab kelas kakchik dah hujung sangat, habis masa untuk berjalan je.
Jadi, sampai aje kat rumah terus masuk ke dapur tanak nasi walaupun belum solat Asar. Lepas nasi dah dah ditanak barulah kakchik solat dan update status di FB. Usai solat, masuk ke dapur tengok isi peti ais yang sangat kosong tu. Tengok apa yang ada untuk masukkan dalam nasi goreng.
Ada sedikit lebihan tuna spread, 2 batang sosej, sayur campur, telur, cili padi dan bawang besar. Sos tomato, sos cili dan kicap memang baru je beli. Yang takde ialah garam dan bawang putih. Never mind... kakchik masak ajelah dengan segala bahan yang ada tu asalkan hasilnya terasa sedap dimakan.
Alhamdulillah... sudah kenyang. Syukur dengan rezeki petang ini. Lunch campur dengan dinner jadilah LUNNER, hehe.
p/s: hari ni macam rajin memasak la pulak.
oh kak chik.. kami kat sini mmg mkn nasi sekali sehari.. petang sebelum 7.. kdg2 lajak pukul 8.. lg2 skrg siang pnjg..
ReplyDeletelunch + dinner = dinch.. =)
sy pun duk sini baru tahu perkataan tu..
org dok negara omputih tentulah dah beradaptasi dgn keadaan di sana kan? tu yang kurang mkn nasi.
ReplyDeleteooo... dia panggil dinch ya. lunner tu kakchik pandai2 sendiri je buat perkataan baru.
sedapnyeeeeeeee
ReplyDeleteterima kasih dik sizuka
ReplyDeletesalam kak chik, kalau rajin, nak jemput join lucky draw food blog sy..selain tu, sy juga buat free food blog review..sy tgk byk gak entry masak2 kat sini..jom kak chik?(dun worry sy review ttg makanan dan resepi je :) bukan pasal peribadi tau :))
ReplyDeletehttp://makanmakanbycatlina.blogspot.com
wkslm catlina.
ReplyDeletehuhu... rajin ke tidak kakchik ni. kena tengok dulu sebab sejak dua menjak ni selalu je keletihan. buat malu je kalau kakchik masuk hehe, sebab kakchik bukannya selalu masak cam org lain tu.