Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semalam kakchik ada membaca satu forum perbincangan di Gengblogger mengenai lesen Judi Bola yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Malaysia kepada Syarikat Berjaya Group yang memiliki Sportstoto. Semua orang Islam pun tahu, JUDI itu HARAM cuma ada yang bebal, suka juga berjudi.
Sedikit nasihat dari Ust. Zaharuddin (www.zaharuddin.net):
NASIHAT
Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)
Dan juga larangan selanjutnya
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)
Berbalik kepada perbincangan dalam forum tu, ia menarik ramai peserta kerana isu ini berkaitan dengan agama. Bahkan ianya berkait pula dengan politik. Tuduh-menuduh pun ada. Kakchik hanya tertarik untuk menulis pasal ini kerana ada beberapa peserta forum itu membuat dakwaan melulu mengatakan di semua negeri pembangkang juga ada tempat berjudi dan dia tekan sangat pasal Kelantan (w/pun tak sebut nama). MAAFKAN Kakchik ya, sebelum membuat kenyataan tu buatlah kaji-selidik dulu. Bagi orang yang membaca penyataan-penyataan berat sebelah tu, anda juga kakchik nasihatkan buat kajian lanjut, jangan terima bulat-bulat hanya kerana orang yang menulis tu pandai bermain kata-kata.
Untuk makluman kita semua KUASA MENGELUARKAN LESEN JUDI & ARAK NI KUASA KERAJAAN PUSAT, Kerajaan Negeri hanya berkuasa mengeluarkan LESEN PREMIS. Kat Kelantan ni lesen premis judi telah dimansuhkan sejak 1 Januari 1993 lagi manakala lesen premis jual arak telah dihadkan kepada beberapa kedai makan atau restoran cina yang hanya dikunjungi oleh orang bukan Islam. Mungkin ada orang yang dapat lesen untuk membuka pusat judi tapi nak buat bisnes tak boleh di mana-mana premis dalam Kelantan. Kalau buat juga, itu adalah secara haram mengikut undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan Negeri Kelantan. (Sila rujuk Scribd di bawah).
Kakchik quote tulisan dari blog Justice For All mengenai undang-undang berkaitan pelesenan judi dan arak:
a) Perlembagaan Persekutuan,
b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953
c) Akta Pertaruhan Pool 1967
d) Akta Perlesenan Perniagaan 1948
Perlembagaan Persekutuan
JADUAL KESEMBILAN
[Perkara 74, 77]
Senarai Perundangan
Senarai I—Senarai Persekutuan
4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—
(l) Pertaruhan dan loteri
Dan negeri hanya kawal panggung wayang sahaja..
Senarai II—Senarai Negeri
(f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam.
Lesen Perniagaan (perjudian) di seluruh negeri adalah diproses dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pelesenan di bawah kuasa-kuasa dalam Akta Perlesenan Perniagaan 1948. Pihak Berkuasa Pelesenan adalah Presiden-Presiden Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai yang dilantik oleh Menteri Persekutuan sebagai Pihak Berkuasa Pelesenan.
Pihak Berkuasa Pelesenan adalah melaksanakan tugas-tugas mereka di bawah kawalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Persekutuan. Ini adalah disebabkan bahawa Akta Perlesenan Perniagaan 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan yang dipohon oleh pemegang Lesen Pertaruhan Pool.
Dan kerajaan negeri, hanya ada kuasa hadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis]. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Harus diingat, kerajaan negeri hanya boleh hadkan premis atau tempat judi, bukannya lesen judi.
Jadi kerajaan negeri hanya boleh kawal judi untuk umat islam sahaja, bukannya lesen judi... ini boleh dilihat dalam enakmen negeri masing-masing..
Bila sentuh isu judi, isu ARAK juga akan turut berkait kerana ia ialah dua perkara yang sangat sensitif di kalangan masyarakat Islam. Bagi orang luar Kelantan, cerita dan berita yang melibatkan orang Kelantan sama ada pasal arak dan judi, akan riuh seMalaysia seolah-olah Kerajaan Negeri ini membenarkan semua itu berlaku dengan mudah sekali. Dalam bidang kuasa yang ada itu Kerajaan Negeri melalui MPKB-BRI telah berusaha sebaik mungkin mengawal, memantau kes-kes judi dan arak yang dilapurkan.
Tak baik tuduh membabi buta saja pasal kedai judi di sini. Sejak 1 Januari 1992, semua lesen premis judi telah dihapuskan. Maknanya tidak boleh buka bisnes judi di sini. Kota Bharu dan bandar-bandar lain bersih dari Sportstoto, Magnum atau seumpamanya. Datanglah sendiri dan carilah di seluruh negeri tak pernah nampak premis judi.
Dalam surah al-Baqarah ayat 219 Allah berfirman yang bermaksud, “Mereka itu bertanya kepada engkau darihal tuak (arak) dan judi. Katakanlah kedua-duanya itu dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Mereka bertanya kepada engkau, apakah yang akan mereka nafkahkan? Katakanlah: sekadar berlebih daripada hajatmu. Demikian Allah menerangkan kepadamu beberapa ayat, mudah-mudahan kamu memikirkan.”Begitu juga pasal tempat menjual arak. Memang ada permohonan dan ada lesen premis yang diluluskan tapi jumlahnya teramat kecil dan dikawal. Ada syarat-syarat tertentu yang akan diperiksa sebelum penjualannya dibenarkan.
Entahlah... kakchik ni orang KB, hampir setiap hari pun ke sana-sini sekitar beberapa bandar utama di sini. Tak pernah jumpa atau nampak kedai judi.
Untuk rujukan, sila lawat website tadahanwahyu (kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan) untuk melihat perubahan-perubahan pentadbiran yang dibuat oleh kerajaan negeri selama ini. Di sini ya: http://tadahanwahyu.tripod.com/baru.html
Wallahu'alam.
salam kak chik,
ReplyDeleteYa kak chik, saya pun tak penah nampak kedai toto kat KB.
Thanks memahami. :) hubby tak izin saya sbb tag byk personal question. mgkn not all, tapi saya terpaksa adil utk seme teman. huhu...
Wa'alaikummussalam Nur.
ReplyDeleteTak nampak sebab memang takde Nur. Kerajaan hapuskan lesennya sejak lama dulu.
Pasal tag tu kakchik faham. Suami kakchik pun dia cek. Mana2 yang terlalu personal dia tak bagi publish. Kita sama2 taat kat suami selagi betul dgn Islam kan Nur.
Alhamdulillah.....semoga klate terus sejahtera.amin.
ReplyDeleteBegitulah yang diharapkan kak nza. Rahmatan lil a'alamin gitu.
ReplyDeleteAzah tak pernah lagi memjejak kaki di Negeri Kelantan tapi yang pasti Kerajaan kita ni memang suka cari kesalahan pihak negeri Kelantan kakChik, mereka masih tak boleh nak terima hakikat mereka kalah di sana..
ReplyDeleteSalam kak chik, maaf saya nk tnyer..klau kerajaan negeri luluskan lesen premis, tht means premis jual arak ni kene byar duit lesen kan? So, kalau duit lesen tu dibyr menggunakan duit hasil dr penjualan arak, mcmana kak chik? Adakah ia di benarkan? Atau mungkin kerajaan negeri betul2x pasti yg duit pembayaran lesen itu dr sumber halal? Mcmana mereka tentukan?
ReplyDelete