Followers

22.5.10

Alhamdulillah, Dah Dapat Pembantu Kedai Yang Baru

Assalamualaikum dan salam malam kepada semua teman-teman blogger.

Kakchik bersiaran dari MariBaca ni sementara menunggu Maghrib dan sedikit kerja selesai. Hari ni kakchik balik kerja terus singgah di sini untuk melihat pembantu baru kakchik melakukan tugasnya. Setelah seminggu menghadapi masalah pekerja, alhamdulillah akhirnya Allah membantu kakchik mendapat seorang (mungkin 2 orang) pembantu kedai yang baru. Pembantu kakchik yang lama (sepupu sendiri) sudah berhenti emergency seminggu yang lalu kerana telah dipanggil berkursus oleh PUNB. Terlalu adhoc maka tergamam juga kakchik nak mencari pekerja baru.

Selepas membuat interview dan sedikit briefing, nampaknya kami bersetuju untuk memberi tempoh percubaan selama sebulan. Bukan apa, kakchik suka kalau kami dapat membina keserasian antara pengusaha dan pekerja. Kakchik tak suka ada jurang terlalu jauh antara kami. Lagipun bagi kakchik mereka itu sedang belajar, belajar tentang selok-belok bisnes. Tak kan selamanya mereka nak makan gaji kan? Tapi kalau mereka sudi nak terus bekerja dengan kakchik, kakchik syukur sangat.

Apa yang kakchik harap dalam mencari pekerja ialah sikap amanah mereka dan juga keinginan mereka untuk meningkatka taraf ilmu serta kemahiran mereka. Kakchik suka pembantu yang proaktif. Tidak suka pembantu yang hanya berdiri saja menanti pelanggan. Kalau dia suka membaca, lagilah kakchik suka. Nampaknya kedua-dua calon mengatakan mereka suka membaca. Tapi bila ditanya buku apa yang terakhir dibaca, kedua-duanya macam teragak-agak la jugak, hehe.

Oklah, kakchik akan bagi peluang. Insyaallah kali ni nak usaha sungguh-sungguh untuk masa depan MariBaca yang lebih maju. Kakchik harus kaya, bisnes juga harus berkembang maju, kebajikan pekerja juga wajib dijaga. Bila dua pihak dapat bekerjasama dengan baik, insyaallah bisnes akan lebih mantap. Lebih-lebih lagi macam bisnes kakchik yang menjual buku ni. Bukan macam kedai-kedai buku biasa yang lain tapi kedaibuku ini istimewa. Apa yang istimewanya?

Kenalah datang ke MARIBACA.

2 comments:

  1. Salam Kak Chik
    Alhamdulillah atas bantuan allah pada Kak Chik.

    Saya sedang menunggu2 calon pembantu kedai,kak.Baru2 ni pembantu kedai saya berhenti...
    ops,saya Masyitah kak,masuk guna blog ibu saya.Nak keluar balik,sebab tengah updates blog ibu jadi malas nak keluar.:)

    ReplyDelete
  2. Wkslm Masyitah.
    Alhamdulillah... selepas seminggu bermasalah, akhirnya dapat jg pembantu baru.
    Moga2 Masyitah pun akan dapat pembantu baru juga, yg bagus pulak tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs