Followers

12.5.10

Bila kelaparan melanda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah makan tengahari ke kawan-kawan semua? Bestnya kalau masa ni kakchik di rumah. Tentu dapat makan masakan ummi. Tapi, apa kan daya, hari ni kena bertugas di Kaunter dari jam 12 hingga jam 2 petang. Nak keluar beli nasi pun dah malas. Tambah-tambah bila habis shif, nak solat Zohor pulak.

Laparnya... terasa. Perut pun dari tadi lagi dok nyanyi lagi keroncong. Lagu lain dia tak pandai pulak, boringlah asyik keroncong je... Bila minda asyik dok terfikir kan makanan, teringatlah pulak ada restoran yang ada delivery service kan. McD dan Pizzahut. Tapi kosnya pulak yang mahal.

Tengok gambar aci tak? Drooling sambil bersabar. Boleh tahan ke? Impian penghilang lapar:

Sweet Chili Wings dan Coleslaw

Cheesy Lava: Royal Masala

Pan Pizza: Chicken Supreme

Hari ni terliur sangat nak makan pizza. Almaklum dah lama benar tak buat pizza sendiri. Tangan sakit nak uli tepung. Alasan je tu... hakikatnya malas. Insyaallah bila dah settle dalam rumah sendiri, kabinet dapur siap dipasang dan breadmaker dah dibeli, kita sambung semula hobi meroti dan mempiza (boleh ke guna istilah2 ni? taram saja...).

Kalaulah nombor 1 300 88 2525 ni boleh ditelefon (kredit HP baru je habis so takleh nak tel), agaknya dalam masa 30 min tentu dah sampai pesanannya. Pizza... ooo pizza... sedapnya...

pst... jangan layan kakchik yang sedang lapar ni :(

5 comments:

  1. Salam kakchik,Kak tie dah lama tak makan pizza.. tengok gambar pun dah terliur...

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam kak tie. Akhirnya kakchik dapat juga makan pizza hari ni. Kak tie jgn jeles ya. Tak tahan dah tengok gambar saja.

    ReplyDelete
  3. salam kakchik...
    kalau kakchik buat pizza ain nak jugak ye...heheh

    ReplyDelete
  4. Salam Kakchik..
    Hari tu Si Adam hendak kan beg sekolah. Lepas tu dia minta juga buku untuk warna dan sticker. Mata Adam sangat peka .Dari bawah lagi dia dah tunjuk ke arah Mari Baca utk bgtahu ada byk buku kat situ. Insyallah ada rezeki jumpa Kakchik di lain kali.. Dah beberapa kali juga Ted ke sana dan masih tidak berpeluang jumpa dgn Kakchik..

    ReplyDelete
  5. wa'alaikummussalam ain. kakchik belum ada kesempatan la ain. tangan kakchik tak berapa kuat nak uli tepung. kalau dah ada BM nanti kakchik buat.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails