Followers

29.5.10

Pakistan buat laman sosial serupa facebook

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.

Kakchik tak tahu sama ada teman-teman dah tahu atau tidak pasal fb ban penggunaan laman sosial itu di Pakistan. Khabarnya selepas Pakistan mengadakan demo besar-besaran minggu lepas menentang satu penganjuran melukis gambar Nabi Muhammad saw di dalam satu grup di fb, keseluruhan negara tu telah diban dari fb.

Orang Islam seluruh dunia minta fb menutup akaun fb kumpulan itu tapi pihak fb memberi alasan bahawa itu adalah FREEDOM OF SPEECH tapi bila seorang individu sengaja membuka satu akaun kumpulan mencela hitler (terkenal seluruh dunia akan kejahatannya) cepat saja pihak fb menutup akaun individu itu dan menghantar email mengatakan dia telah mengkhianati HAK ASASI.

Cuba baca di sini kalau tak percaya. TWO FACES OF FACEBOOK

Sebentar tadi cik abe dok membaca akhbar online dan dia terbaca satu berita bahawa Pakistan telah pun membina satu laman sosial serupa fb. Canggih juga orang Pakistan ni. Cuba tengok skrin di bawah:


Kakchik belum sign up pun. Kejap lagi nak cuba tengok. Kalau tengok sepintas lalu semuanya nampak sama macam fb. Banyak cabaran yang akan pihak millatfacebook hadapi nanti. Bukan mudah...

Itu sajalah perkongsian pagi ni. Jika rasa prihatin, sama-samalah kita usahakan atau doakan agar perbuatan jahat dan khianat musuh-musuh Islam akan dapat kita patahkan dengan kebijaksanaan.

Allahu'alam.

14 comments:

  1. At least ada usaha daripada orang Islam untuk hasilkan laman sosial utk kemudahan umat Islam.. lepas ni tengok mana tau orang kita pulak yang buat ke? Huhu

    ReplyDelete
  2. Malaysia pun dah ada sendiri punya

    ReplyDelete
  3. hmmm...sha faham tujuan dan niat. cuma terfikir, macam mana nak maintain...takut disaman sebab sama pattern pulak nanti?

    semoga apa yang berlaku di FB dijadikan iktibar...

    * tak suka org berjudi guna FB!!!

    ReplyDelete
  4. berita yang menarik..thanx for sharing.

    ReplyDelete
  5. laaa..baru tau...tq kakchik..ketinggalan betul saya ni..

    ReplyDelete
  6. org pakistan ni memang selalu speak up.bagusla,at least ada yang mampu mengubahnya.tp kalau tak buh nama facebook kan bgus,bubuh nama mirip islam ke

    ReplyDelete
  7. MSR - Kakchik dah cuba tp tak berjaya sign up sb linenya terlalu busy. Mgkn ramai org tgh sign up seluruh dunia. Khabarnya ada org tempatan yg dah cipta laman sosial seumpama fb.

    ReplyDelete
  8. Syafrizal - ha'ah, kakchik pun pernah dengar. Ada info yg sahih tak?

    ReplyDelete
  9. Sha - kita serahkan pada yang pakat Sha. Ada kemungkinan saman hakcipta tapi org Islam Pakistan ni diorang berani mati, tu yang diorang redah juga risiko yang ada.

    p/s: byk betul judi online dlm fb, semuanya kakchik bar

    ReplyDelete
  10. betul juga spt kata yg lain tu..kalo nama tu tade facebook pun bagus jugak...

    takut lak nanti terjadi kes meniru ikon ke apa....

    semoga bangsa Islam akan terus cemerlang dlm setiap usaha murni

    ReplyDelete
  11. Noorma, kakchik pun tahu pagi tadi. Suami yg cakap. At least kita dah tahu kan.

    ReplyDelete
  12. bcp, agaknya diorang letak juga facebook tu sebab ia lebih mudah nak tarik peminat sebab perkataannya sinonim dgn fb asal. berani buat berani tanggung la tu.

    ReplyDelete
  13. asha, sahih dah meniru tu cuma agaknya strategi diorang menggunakan perkataan facebook tu sb org sng ingat, cuma tambah millat kat depannya. dekat2 bunyi milligazet, media perdana diorang.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs