Bihun sup yang sedap sekali.
Entah dah kali ke berapa dah setakat ni kakchik pegi makan di Restoran Ani Sup Utara. Mungkin baru kali ke-3 kot, hehe. Cerita ni sebenarnya patut kakchik tulis hujung bulan lepas tapi tertangguh lama sungguh.
28 Apr lepas kakchik dalam keadaan masih demam kuatkan diri untuk belanja cik abe makan di luar sempena birthday dia yang ke-35 pada 27 Apr. Sebab tahun ni kami berdua kurang sihat pada tarikh yang sama, maka makan ajelah yang bersup. Sesuai untuk orang demam.
Bukan mudah sebenarnya untuk kami berdua dating kat luar, haha. Dalam setahun tak sampai 5 kali kot. Tapi bila kami sempat tu ianya saat-saat yang amat dihargai .
Suami isteri memang perlu ada masa-masa tertentu untuk mengeratkan hubungan kasih-sayang dan mengembalikan serba sedikit kenangan masa lalu terutama di awal perkahwinan yang segalanya manis dan indah.
Semakin banyak bilangan angka pada usia perkahwinan, sepatutnya semakin mantap kasih-sayag antara kedua insan yang bercinta kerana cinta antara suami isteri insyaallah hingga ke syurga.
moga berbahagia kakchik....
ReplyDeletedah lama tak jenguk sini, ani sup utara tu yg kat depan husm tu ke?
perasan masa lawat pak sedara kat situ minggu lepas.
terima kasih wan.
ReplyDeleteyang kakchik pergi cawangan berek 12. yg di kkerian tu belum pernah pergi lagi.
moga berbahagia selalu..
ReplyDelete:)
Salam Kak Chik,
ReplyDeleteorang kata Ani sup utara ni best ye.. balik ni kena pegi lah...:)
Selamat hari ulangtahun buat suami kakchik.
ijan