Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Personal Coaching Blog Class
Hari ni kakchik jadual kakchik penuh. Jumaat yang penuh dengan aktiviti. Jadi nak update blog pun malam baru sempat. Sepanjang pagi kakchik ada kelas membina blog, personal coaching untuk 2 orang kawan. Alhamdulillah, rasanya banyak juga yang kakchik kongsikan dan bantu mereka siang tadi. Kalau ada yang berminat nak melihat hasil pembelajaran mereka siang tadi, silalah singgah di dua URL di bawah ya.
Kalau sudi, tinggalkanlah komen atau mesej di chatbox mereka sebagai tanda sokongan kepada usaha mereka belajar mempunyai blog sendiri. Sebenarnya mereka berdua belajar untuk menambah ilmu bagi membantu sekolah dan bisnes masing-masing melalui blog.
Dalam masa 3 jam, ada beberapa perkara yang tidak sempat nak kakchik perjelaskan kepada mereka. Tapi, kakchik dah pesan, jika diorang masih keliru atau kurang faham, hello saja ke telefon kakchik. Mungkin malam ni diorang ada buat review dan latihan mengemaskini blog masing-masing.
Oh ya, kelas itu secara tak langsung merasmikan penggunaan ruang tamu rumah baru kakchik. Maaflah ya, kakchik langsung terlupa nak ambil gambar kenangan kerana memanfaatkan sepenuhnya kelas tersebut.
Pindah Sikit-Sikit
Dalam masa yang sama cik abe dengan semangatnya berusaha sorang-soarang memindahkan koleksi buku-bukunya ke ruang bacaan kami. Rak-rak buku pun dah kami usung ke dalam rumah setelah hampir 2 tahun menghiasi dinding sisi rumah ummi. Semestinya cik abe telah menyapu dan mengelap bersih segala habuk dan sawang yang ada.
Kalau dilihat petang tadi, bahagian ruang tamu dan ruang bacaan kami serta dapur, kelihatan macam rumah itu macam sudah berpenghuni. Walhal kami masih tidur di bilik sekarang di rumah ummi. Memang dah tak sabar nak buat solat hajat dan merasmikan rumah tersebut. Tapi kena tunggu sikit masa lagi untuk itu semua menjadi kenyataan. Sabar...
Sekarang ni pun, kakchik asyik dok menaip kat sini tapi cik abe ke sana ke mari mengangkat barang. Kesian suami kakchik tu. Isterinya ni tak tolongkah? Insyaallah mestilah tolong... mana aci dok goyang kaki je. Takpe... nanti kakchik bagi layanan kelas pertama kat dia. Boleh urut, terapi khas untuk urat dan otot yang lenguh. Hehe.
Macam Pesta Buku
Beberapa hari lepas 18 kotak buku dari PTS sampai kat rumah ni. Iya, sepatutnya dihantar ke MariBaca tapi lori tu besar dan tak dapat nak melepasi had ketinggian basement Kota Sri Mutiara dan penghantar barang tu pulak takde troli untuk angkut kotak-kotak ke tingkat 3. Nasib ler... kakchik minta diorang hantar ke rumah saja. Lagipun buku-buku tu akan dibawa pula ke Stadium Negeri untuk jualan di Ekspo Peladang dan Penternak selama seminggu.
Jadi kakchik terpaksa keluarkan semua buku untuk diperiksa bilangan dan tajuknya tally dengan senarai yang disertakan oleh PTS. Penuh ruang tamu rumah ummi ni dengan beratus-ratus tajuk buku. Memang layak kalau nak buat pesta buku kat rumah ni. Hehe, kami siap sembang, kalau kita announce kat orang kampung kata ada pesta buku tentu ramai yang datang ni. Diskaun istimewa, hehe.
Sebahagian kakchik dah hantar ke ekspo dan bakinya masih ada di rumah. Esok nak hantar ke kedai walaupun cuti. Jadi petang tadi kakchik dah kemaskan semuanya masuk ke dalam kotak. Esok pagi bolehlah dihantar ke MariBaca. Nampak gaya, kami kena beli van khas dah lepas ni untuk angkut kotak-kotak ke mana-mana pesta buku.
Dan... malam ni relax minda kejap di Polyvore:
Jadi... itu ajelah yang berlaku hari ni.
Salam kakchik...
ReplyDeletebestnya ain tengok buku-buku yang banyak tu...ain memang teringin nak buat perpustakaan mini kat rumah. Lagi-lagi untuk anak-anak saudara ain...suka tengok mereka bergelumang dengan buku...
kadang-kadang mereka tengok gambar je, lepas tu buat cerita sendiri sebab belum pandai membaca...tergelak sorang-sorang ain bila tengok gelagat mereka dari jauh...
Wa'alaikummussalam ain.
ReplyDeleteMemang best ain. Kakchik pun rasa macam nak beli satu naskah setiap tajuk untuk koleksi sendiri tapi mana ada duit kan? Hehe jual buku pun bukan boleh beli semuanya.
Hehe, gelagat anak2 buah ain sama macam amriena yg suka reka cerita sendiri sambil belek2 buku.
Bestkan kalau rumah selalu macam ni.