Followers

28.5.10

Hanya mahu tamatkan satu semester saja lagi

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat yang mulia.

Dugaan Allah sentiasa ada sementelah pula kita ini banyak tak sempurnanya. Nampak macam baik tapi orang tahu yang kakchik ni bukanlah baik sangat seperti yang disangka. Cuma belajar untuk menjadi manusia baik. Nak sebaik orang-orang yang lain tak mampu. Tak terlawan.

Sikap kakchik ada banyak yang menyusahkan orang sebenarnya. Rentak kakchik bekerja dan menguruskan keluarga mungkin sukar untuk diterima oleh sesetengah orang. Kakchik memang seorang yang degil.

Semester ini semester terakhir. Tempoh 4 tahun pengajian diploma pendidikan awal kanak-kanak ni pada mulanya dirasakan sangat lama, tapi bila sampai ke semester ini kakchik rasa macam cepat sangat masa berlalu. Kalianlah yang banyak memberikan sokongan, dorongan, semangat dan bermurah hati sentiasa mendoakan kejayaan kakchik.

Tiada lain hajatnya, mahu tamatkan pengajian dengan keputusan yang terbaik. Mahu mencapai target peribadi yang kakchik idamkan semasa awal membuat keputusan untuk belajar dulu. Banyak cabarannya. Bukan semua orang boleh faham.

Hari ni takde tutorial jadi kakchik ambil masa cuba membuat persediaan awal untuk menjawab soalan tugasan yang telah diberikan. Insyaallah Jumaat depan, senang sedikit perbincangan di dalam kelas. 

Hanya semester ini saja, sabarlah wahai kakchik. Cubalah berubah bukan kerana orang tapi kerana Allah.

13 comments:

  1. kakchik, kadang2 orang anggap kita degil.pada sesetengah org.

    tp sebenarnye ada perkataan lain yang lebih sesuai: cekal;)

    all the best utk pengajian kakchik!:)

    ReplyDelete
  2. salam kakchik
    moga2 Allah mudahkan laluan pengajian akak kali ni dan beroleh kecemerlangan.amin.

    kakchik,sedih baca entry akak yg ni dan yang lepas.semalam takleh nak bagi komen maklumlah bila saya di tempat kerja,saya guna broadband sendiri yang kejap ada kejap takde.agaknya terhalang disebalik pokok2 dan bukit2.:)

    ReplyDelete
  3. salaam... alhamdulilah smoga kakchik dpat kejar cita2 dgn sebaik yg mungkin...
    salaam perkenalan dr pngikut bru kakchik.. ;)

    ReplyDelete
  4. salaam... alhamdulilah akhir'y dapat gak kakchik kejar cita2 tu... smoga kakchik berjaya dlam bidang yg kakchik pilih.. amin.. salam perkenalan dri follower bru... ;)

    ReplyDelete
  5. Semoga sentiasa lebih sukses.....

    ReplyDelete
  6. sha, mungkin betul kata sha tu tapi kakchik ni tak cekal mana pun sha. tapi trm ksh kerana sha percaya kat kakchik dan doakan kakchik.

    ReplyDelete
  7. wa'alaikummussalam ummu masyitah.
    amiin. moga diperkenankan Allah doa masyitah tu.
    kakchik hanya mampu luahkan di sini, berkongsi secubit rasa duka. ingin mencari kekuatan dr kata2 semangat dr kawan2 mcm masyitah.

    ReplyDelete
  8. wa'alaikummussalam atyn zaini. trm ksh ya sudi singgah dan tinggalkan komen. salam perkenalan kembali. kakchik gembira dpt sorang lagi kenalan. semoga ukhuwah berpanjangan. Dan trm ksh mendoakan kakchik.

    ReplyDelete
  9. salam..
    semoga anda dapat tamatkan pengajian dengan lancar.. amin.. sy pun last semester dah ni, bulan 6 depan habisla.. :)

    ReplyDelete
  10. insya Allah boleh abiskan punya
    cuma kene kuatkan semangat je :)

    ReplyDelete
  11. Wkslm Mr. Z.
    Terima kasih banyak ya.
    Semoga Mr.Z pun dapat tamatkan pengajian dgn cemerlang juga.
    Sebulan saja lagi.

    ReplyDelete
  12. Syafrizal, terima kasih. Makin yakin dengan kata2 semangat dr teman2.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs