Followers

30.5.10

Nasi Goreng Campur

Assalamualaikum dan salam Maghrib untuk semua.

Sementara menantikan waktu Maghrib yang tak lama lagi kakchik saja-saja nak kongsikan dinner kami malam ni yang sangat ringkas tapi cukup lengkap. Apa lagi kalau bukan nasi goreng. Tak tahu nak letak nama apa, asalkan nampak macam nasi goreng jadilah.

nasi + sayur-sayuran + telur dadar + ikan bilis goreng = nasi goreng campur

Sejak dok sendiri kakchik baru sikit-sikit tambah barang dan bahan di dapur tu jadi hanya ada yang basic je buat seminggu dua ni. Lagipun dalam masa yang sama dok train pekerja baru kat MariBaca tu jadi siang malam asyik ulang-alik ke sana. Insyaallah masuk tengah bulan Jun nanti, diorang dah boleh berdikari kot. Itulah yang kakchik harapkan.

Jadi sementara itu, kakchik nak penuhkan peti ais dengan bahan makanan yang perlu dulu. Dah lama juga tak memasak untuk kami berdua je. Sebelum ni asyik makan yang Ummi masak je setiap hari. Kalau kakchik masak pun makanan yang simple ala-ala western gitu.

Bolehlah mencuba pelbagai resepi yang dah lama dikumpul dari blog kawan-kawan ni. Isyk, bila ingat hal makanan, sapa tak kecur mulut kan? Anyway, selamat menjamu selera. Ringkas tak apa asalkan sedap, seimbang dan mengenyangkan.

8 comments:

  1. bila ada lebih nasi maka nasi goreng akan jadi menu....

    terliur plak dgn nasi goreng kakchik tu

    ReplyDelete
  2. sy dah terbiasa makan ns goreng mesti nak ada keropok ikan..

    ini gara2 masa kat kusza dorg serve nasi goreng atau mee mesti ada keropok..

    x lengkap kalau xde kepok :)

    ReplyDelete
  3. wan, memang nasi lebihan semalam ni. kakchik simpan dlm peti ais. balik keje ptg tadi ingat goreng je lagi cepat.

    ReplyDelete
  4. salam,
    sedapnye nasi goreng campur kak chik.
    anak2 saya mesti berselera tur. sebab ada ikan bilis, kegemaran diorang tur.. saya selang sehari wat nasi goreng ngan ikan bilis :)

    ReplyDelete
  5. lepas ni mesti mcm2 masakan yg kakchik sharekan dgn kami

    ReplyDelete
  6. Irma, kakchik pun memang suka makan nasi goreng dengan keropok. Sayangnya bekalan keropok dah habis. Kena tunggu hujung minggulah baru boleh beli stok baru.

    ReplyDelete
  7. Wkslm Niza.
    Takdelah sedap sangat nasi kakchik tu sebab nasinya agak lembik sikit kes letak dalam peti ais. Tapi boleh la... hehe, kalau anak2 suka senanglah niza nak masak kan? Nasi goreng ni cepat.

    ReplyDelete
  8. insyaallah asha. Tapi takleh janji hehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs