Followers

19.5.10

Pengawal Keselamatan Istana Kelantan Meninggal

Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada semua teman-teman.

Kakchik sedang membaca akhbar online ni mencari berita-berita dan artikel menarik tentang buku. Tiba-tiba dapat update di Twitter dari The Star Online pasal berita di atas tu. Isu berkaitan Istana Kelantan ni kakchik tak minat nak ulas sebab ianya terlalu sensitif hingga membuatkan kakchik malas nak tulis mengenainya. Doa kakchik biarlah krisis dalaman keluarga diraja Kelantan ni diselesaikan secara anak-beranak mereka sahaja. Sebagai rakyat negeri ini kakchik akan mendoakan keluarga diraja kami akan kembali bersatu dan hidup bahagia bersama Islam.

Kisah pengawal keselamatan yang ditembak baru-baru ini telah pun riuh satu Malaysia. Kakchik dengar macam-macam spekulasi mengenai kisah di sebalik kejadian tu. Sebagai orang Islam, kakchik tidak mahu percaya bulat-bulat kerana khabar angin ni sedap didengar, sedap diumpat, sedap dibualkan tapi... yang tak sedapnya esok-esok nak jawab macamana bila Allah tanya. Kakchik pun ada terlepas cakap bersama kawan-kawan pasal ni tapi kakchik dah insaf. Mohon diampunkan Allah.

Kasihan kakchik kepada arwah, menjadi mangsa keadaan. Takziah kepada keluarga arwah yang sudah semestinya sedang bersedih sejak hari arwah ditembak. Kawan-kawan perasan tak sekarang ni jenayah tembak-menembak ni makin menjadi-jadi di negara kita. Seolah-olah pistol senapang ni mudah sangat orang nak dapat. Pihak keselamatan negara kita memang memerlukan banyak perubahan dalam menjalankan tugas mereka. Alangkah baiknya kalau mereka semua dibekalkan amalan Islam yang tinggi dengan kesedaran tauhid yang bagus. Insyaallah... mereka akan lebih bersungguh-sungguh menjalankan amanah kerana menjaga keselamatan terutama nyawa rakyat, adalah satu pekerjaan yang sangat mulia di sisi Allah jika ia diiringi keikhlasan kerana-Nya.

Kakchik doakan ruh arwah ditempatkan Allah di kalangan ruh pejuang-pejuang Islam kerana di hayatnya arwah berjuang menjaga keselamatan pemerintah negeri. Mohon Allah lindungi kita dari marabahaya di mana saja kita berada. Malang tidak berbau...

Ini sedutan dari The Star Online:
Kelantan palace guard dies
By SYED AZHAR

KOTA BARU: The Kelantan Royal Palace guard who was shot earlier this month by unknown assailants died at the Raja Perempuan Zainab Hospital without regaining consciousness.

Ramli Mohamad, 50 died at 3am Wednesday.

Acting Sultan Tengku Muhammad Faris Petra is expected to attend the funeral in Tumpat.

The cause of death has yet to be announced but it was reported Wednesday that Kelantan Royal Palace comptroller Datuk Abdul Halim Hamad said Ramli suffered infection in his lungs, heart and kidneys and slipped into a coma again on Sunday

He was shot on May 1 while on his way home in Palekbang, Tumpat and went into a coma a few days after admission but regained consciousness three days after surgeons removed the bullet on May 5.

Ramli, a former soldier who had worked with the Kelantan Royal family for 17 years, was then able to interact with family members but lapsed into a coma again on Sunday.

6 comments:

  1. salam kakchik
    salam takziah untuk keluarga allahyarham.alfatihah untuk allahyarham...sedih baca entry akak ni.:(

    ReplyDelete
  2. salam takziah..
    siannya keluarga dia ..
    moga2 dia ditempatkan ditempat terbaik disisiNYA..

    ReplyDelete
  3. al-Fatihah.baru tau dah meninggal

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam Ummu Masyitah. Banyak sungguh berita di akhbar yang menyedihkan hati akhir2 ni.

    ReplyDelete
  5. Memang kesian kak zaa tapi Allah dah takdirkan begitu kisahnya. Semoga memberi pengajaran yang baik kepada kita semua.

    ReplyDelete
  6. Blabberina, kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs