Followers

29.5.10

Hebatnya Perkataan 'SALE'

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Farah Salwa sekeluarga di Paka tu kakchik doakan segera sihat dari serangan demam. Kesian anak-anak kecil, moga Allah belas ke atas mereka dan cepatkan semuanya sihat.

Kakchik baru balik dari kedai ni. Malam ni memang ramai sungguh pengunjung di shopping mall tu. Agaknya sebab orang baru terima gaji dan kebetulan pula cuti hujung minggu ni agak panjang. Buat pertama kalinya MariBaca beroperasi hingga ke malam hari. Alhamdulillah... walau pun penat sikit perlu berulang-alik dari rumah ke kedai, insyaallah kakchik masih boleh bertahan. Ramai lagi orang yang nak survive hidup buat kerja lebih dari kakchik.

Satu yang menarik kakchik perhatikan ialah bila banyaknya digantung poster-poster bertulis SALE, maka ramailah pelanggan yang tertarik untuk masuk ke dalam kedai. Kakchik pun sama juga bila kakchik menjadi pelanggan. Perkataan SALE ni memang keramat kot.

Sejak minggu lepas, kat lobi Kota Sri Mutiara tu diadakan SALE pelbagai jenis beg tangan dan juga barangan bilik tidur seperti cadar. Dari 20% hinggalah harga runtuh 70%. Memang nafsu jahat tu nak sangat tengok beg-beg tangan tu tapi alhamdulillah masih menang pujukan nafsu baik agar kaki melangkah terus ke kedai sendiri menaiki lif. Kalau kakchik naik escalator, godaan lagi besar.

Dari atas kakchik tengok bermula 25 Mei orang mula ramai berkerumun di mana-mana saja yang ada perkataan SALE. MariBaca pun tidak ketinggalan menyahut seruan yang sama. Lagipun hari tu wakil PTS ada mencadangkan agar kami membanyakkan poster-poster SALE di dalam kedai. Nampaknya sejak menampal SALE di sekitar kedai, ada perubahan besar pada pola pengunjung dan pembeli. Alhamdulillah. Moga-moga pola itu terus berkembang kepada yang lebih positif selepas ini.

Tak lama lagi Ramadhan akan tiba. Kakchik bercadang nak buat SALE untuk beberapa genre buku terpilih sesuai dengan bulan yang mulia tu. Nanti kawan-kawan jemputlah membeli-belah di MariBaca dan AbayaElegan ya. Special discount hehe.

Kakchik memang kena belajar banyak lagi dari usahawan dan orang-orang bisnes yang lebih berjaya. Bisnes kakchik masih belum stabil, hutang pun masih banyak. Tapi minat punya pasal, kononnya nak mencontohi isteri Nabi Muhammad saw, Saiyidatina Khadijah r.a. Masih jauh perjalanan ini.

Kena ingat tu... SALE.

16 comments:

  1. salam...me blogwalking..have a nice weekend :)

    ReplyDelete
  2. samalah dgn sini kak chik.. kalau kata boxing day tu sanggup beratur sejak 4-5 pg utk dapatkan brg idaman..

    harga mmg jatuh lebih dr 50%..

    sy punya sale dkat car boot ja ;)

    ReplyDelete
  3. hehe.memang keramat SALE tu sis.org yg saje2 lalu depan kedai pun boleh masuk kalau nmpak word tu:P

    ReplyDelete
  4. wkslm mamazharfan. trm ksh ya sudi singgah kat sini.

    ReplyDelete
  5. irma, kalau kat sana mgkn lbh best bila sale sb branded turun harga kan?

    kakchik teringin nak merasa car boot sale ni, tak membudayalah cara tu kat sini.

    ReplyDelete
  6. sizuka, kalau kat NZ, sale apa yg paling best?

    ReplyDelete
  7. sale...kakchik,nak tanya ni...
    time sale tu betul2 harga diturunkan ke
    atau gimik semata2...?mcm kat s/market..yg 70% tu yg stok lama...dah tak laku...

    ReplyDelete
  8. SALE! magic word org perempuan~ hehe.

    Iklankan blog/bisnes PERCUMA! Klik link utk maklumat lanjut~

    ReplyDelete
  9. mmg perkataan SALE ni mcm satu keramat plak..ehehehe...

    sy pun leh terpengaruh dgn WORD itu...

    padahal kalo pg ari biasa kan kak..mengikut penilitian sy la...harga nye biasa je...

    kononnye la..harga kasut biasa..rm35...tapi time sale dia kata harganye sebenar rm59...diskaun 50% jadi 29.50...so salenye beza skit je...tapi ada la sale skit...

    ReplyDelete
  10. heheheh..magic word..
    mudah mpengaruhi kaum hawa..
    xgitu kakchik??..

    ReplyDelete
  11. kak kam, kalau kat kedai kakchik, SALE tu memang betul2 SALE insyaallah. kita orang Islam kena jujur la kan.
    yang kat supermarket tu kakchik tak dapat nak jawab. dari pengalaman sendiri membeli semasa SALE di Billion ni, kalau beg tangan Ruccini, Polo dan Carlo Rino tu memang betul2 SALE sebab kedai beg tu semua berjiran dan kakchik selalu dok browse harganya. Yang kat dalm s/market tu allahu'alam.

    ReplyDelete
  12. R4T, orang lelaki pun sekarang ni ada juga macam perempuan...

    ReplyDelete
  13. asha, kakchik pun ada pengalaman nak beli kasut masa sale. diorang susun banyak kasut lepas tu tampal poster kata 50% sale. bila kita dah siap pilih dan nak buat resit, jurujual tu kata, "kak, yang ni takde less sebab barang baru." habis tu kenapa letak kat poster 50% tu? "ooo kami nak cepat tadi belum susun betul2" tak jadi belilah. susunan dok gitu juga selama 4 hari sale.

    ReplyDelete
  14. fmina, memang magic word hehehe... tapi kaum hawa pun kenalah waras kan... kalau tidak poket asyik kering la..

    ReplyDelete
  15. kak chik..

    org di malaysia suka simpan brg. sampailah rosak, buruk dan tak boleh diguna. pastu buang.

    di sini apa yg sy perhatikan. kalau brg bdk2. habis ja tahap umur anak tu. dorg akan jual.

    ReplyDelete
  16. betullah irma. contoh plg dekat, kakchik la tu hehe. punyalah banyak barang sampai tak tahu nak letak kat mana. bukan barang perabot ke apa... tapi buku. budaya orang kat sana yang elok tu patutnya kita dapat tiru kan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs