Followers

2.5.10

Perempuan Berkalung Sorban

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
HALAMAN HIBURAN

SAYA agak ketinggalan mengikuti perkembangan dunia perfileman. Ya, maksud saya filem-filem yang mempunyai 'Islamic genre' serta pengaruh kepada kehidupan masyarakat kita. Kebanyakan filem yang menjadi perbincangan atau isu hanya saya sedari kewujudannya apabila saya ditanya oleh orang ramai. Jika ada pun, saya selalu tertarik dengan filem-filem Iran yang saya anggap mereka telah berjaya ke suatu tahap yang patut dibanggakan.

Filem Ayat-Ayat Cinta yang kononnya hebat dan dikatakan mempunyai mesej islaminya yang tersendiri juga saya tidak sempat menontonnya. Saya hanya akan sempat menonton jika VCD diberikan kepada saya dan saya akan menontonnya di rumah. Memang, saya sering mencadangkan kepada mereka yang saya kenal dalam kalangan penerbit filem dan drama supaya menghasilkan drama yang mempunyi mesej yang baik dan tidak menyanggahi prinsip-prinsip Islam, namun saya sendiri sehingga hari ini belum sempat menulis skrip walaupun satu drama.

Ramai daripada kalangan penggiat seni yang meminta saya memberikan sesuatu buah tangan dalam dunia perfileman, saya masih belum sempat. Insya-Allah, saya akan mencubanya.  
Filem Indonesia  
Semasa saya bercuti sabatikal di United Kingdom, sahabat saya al-fadhil ustaz Maszlee Malek mencadangkan saya menonton filem Indonesia Sang Murabbi. Saya menontonnya di rumah beliau di Durham. Dan saya rasa amat terkesan dengan mesej yang disampaikan.

Tema dakwah yang hendak disampaikan amat berkesan bagi yang hidup dalam lingkungan tersebut. Kisah perjalanan kehidupan pendakwah dan tribulasi yang dilalui oleh kiyai Rahmat Abdullah, bukanlah sesuatu perkara yang asing dalam kehidupan ramai pendakwah. Walaupun pada saya dari segi corak penceritaan atau story-design gagal menonjolkan kehebatan sumbangan Kiyai Rahmat dalam sejarah hidupnya. Namun saya tetap tersentuh. Menarik.

Padahal sudah agak lama filem itu terbit, baru saya dapat menontonnya. Saya memang mencadangkan agar filem itu disaksikan oleh mereka yang aktif dalam dakwah islamiah. Namun, saya rasa mesej filem tersebut tidak dapat dikongsi oleh semua. Bak kata sesetengah ahli kerohanian: "Siapa yang tidak pernah merasa, tidak dapat memahaminya." Aidul Adha yang lepas saya ke Bandung. Beraya bersama-sama pelajar-pelajar di sana. Bersolat dan berkhutbah. Semasa hendak pulang, ada pelajar yang hadiahkan saya naskah filem Laskar Pelangi.

Saya pulang ke Malaysia dan menonton. Amat menarik dan menyentuh hati. Ia adalah adaptasi dari sebuah novel. Satu filem yang saya rasa patut ditonton oleh guru dan ibu-bapa agar dapat menghayati sebuah perjuangan memberi dan mendapatkan pendidikan. Watak 'Lintang' dalam filem itu amat menyentuh jiwa. Itu filem kedua Indonesia yang saya tonton sehingga habis. Sahabat saya pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), setelah saya cadangkan kepadanya, beliau menontonnya sebanyak berbelas kali dan menangis setiap kali menonton.


Perempuan Berkalung Sorban 

Sejak hujung tahun lepas ramai yang mencadangkan saya agar menonton filem Indonesia yang berjudul Perempuan Berkalung Sorban. Saya tidak sempat menontonnnya kerana tiada siapa yang memberikan rakaman filem tersebut kepada saya. Hanya dalam bulan ini saya sempat menonton. Baru dapat VCD-nya. Hebat! Memang hebat! Dari segi retorika (rhetorical) dan estetika (aesthetical) filem, ia begitu menarik.


Story design yang hebat membawa penonton tenggelam dalam plot-plot yang disusun. Tidak hairanlah jika ia mendapat tujuh nominasi di Festival Film Bandung 2009. Ya, filem ini mendapat bantahan beberapa kiyai di Indonesia dan menggesa agar ia diboikot. Kata mereka filem ini menghina pasantren dan Islam. Sinopsis filem itu menulis bahawa watak utama Annissa dalam filem tersebut merupakan anak seorang kiyai yang hidup di Pasantren daripada aliran salafiah. Kongkongan ke atas kehidupan wanita atas nama agama cuba ditonjolkan dengan segala retorikanya.

Apabila saya menonton filem ini, beberapa kesimpulan boleh saya buat.

Pertama, filem ini tidak menghina Islam, tetapi ia merupakan sebuah kritik sosial (social critic) yang tajam. Dialog-diolag dalam filem ini seperti "Allah selalu menyebelahi lelaki", "Islam tidak adil terhadap perempuan" itu terhasil daripada salah ajaran atau gambaran Islam yang diperlihat kepada Annisa. Pun begitu filem ini jika ditonton oleh mereka yang tidak dapat membezakan antara ajaran asal Islam dan gambaran salah Islam mengenai wanita yang dihasil oleh sesetengah guru dan kiyai, mungkin mengelirukan mereka.

Kedua, walaupun disebutkan latar cerita dalam filem ini sebuah keluarga dan pasantren Salafiah, namun dari segi praktik yang ditunjukkan tidak mewakili ajaran Salafiah. Ini seperti cuba mengambil berkat dari kasut, air dan segala bekas dari guru. Rantaian biji tasbih yang sentiasa di tangan untuk tontotan orang juga menyanggahi amalan aliran Salafiah. Larangan mempersoalkan tindakan guru juga bukan aliran Salafiah. Begitu juga hadis-hadis yang tidak sahih yang dibaca, tidak mewakili aliran Salafiah yang teliti dalam masalah hadis. Senario itu lebih dekat kepada aliran tarekat dan sesetengah tradisionalis di nusantara ini.

Namun, sesetengah pemikiran yang sempit mengenai wanita dikongsi oleh sebahagian pendokong Salafiah sempit dan konservatif-traditionalis. Hal ini terus berlaku dalam mereka di beberapa negara Teluk yang kuat Salafiah dan juga negara-negara Indo-Pakistan dan nusantara yang kuat aliran konservatif-traditionalis. Walaupun antara manhaj Salafi dan fanatik traditonalis mazhab itu berbeza dalam banyak persoalan, namun mereka kadang-kadang sama-sama menyempitkan fikiran agama mengenai kehidupan dan wanita dalam banyak hal.

Ketiga, adegan-adegan yang 'agak panas' dalam filem ini boleh mengeluarkan ia daripada Islamic genre daripada segi pembikinannya. Walaupun episod-episod itu penting untuk difahamkan kepada penonton, tetapi ia agak berlebihan. Penonton terpaksa skip adegan-adegan tersebut.

Keempat, filem tersebut mampu membangun semangat pembaharuan. Kesungguhan Annisa untuk melakukan pembaharuan di pasantren ayahnya amat mengkagumkan. Keperitan dan cabaran yang dilaluinya mampu memilukan penonton dan memberikan semangat bahawa 'pembaharuan mesti diteruskan'. Menarik, Annisa masih berada atas paksi amalan Islamnya. Tudung, solat, bahasa dan berbagai lagi, tidak melayakkan filem ini untuk dikaitkan dengan agenda 'liberal totok' seperti yang didakwa.

Kelima, mesej filem Perempuan Berkalung Sorban ini boleh menjadi mesej pembaharuan atau tajdid Islami jika ia berjaya digarap dengan betul. Tafsiran-tafsiran yang salah terhadap Islam, atau tindakan yang salah yang dibabitkan dengan Islam memang patut diubah. Umpamanya, alasan ayah Annisa untuk melarang Annisa menyambung pengajian ke Jogjakarta kerana hadis "wanita tidak boleh bermusafir tanpa mahram" boleh diterima. Namun, penyelesaiannya dengan memaksa dia berkahwin dengan calon yang dia tidak suka adalah salah dan zalim.

Padahal, mungkin boleh diberi pilihan untuk dia memilih calon, atau dipastikan dia mempunyai teman-teman wanita yang lain yang baik dari segi agama mereka untuk bersamanya di tempat pengajian. Unsur-unsur kezaliman, tafsiran yang sempit tentang Islam dan berbagai lagi sebenarnya memang wujud dalam sesetengah realiti masyarakat yang mendakwa mereka berpegang kepada Islam. Banyak lagi jika hendak disentuh, apa yang penting filem ini sangat wajar untuk ditonton oleh mereka yang bersemangat agama.

Jangan tonton dengan emosi atau anggapan ia serangan terhadap Islam, tetapi anggaplah ia sebuah kritik sosial yang diperlukan dalam sesetangah masyarakat. Apabila para pelajar saya seramai lapan orang di peringkat MA pengajian hadis berkunjung ke rumah, saya suruh mereka tonton dan ulas. Mereka mempunyai pengalaman pengajian Islam yang agak lama, sejak kecil sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Kata sebahagian mereka yang pernah hidup di pondok: "Ia suatu realiti". Ya, bukan semua demikian.

Banyak yang sudah atau mahu berubah, namun kritik sosial tetap diperlukan. Sekali lagi, saya tahu saya ketinggalan 'keretapi' dalam mengulas filem Perempuan Berkalung Sorban ini, namun saya tahu masih ramai yang belum menontonnya. Apa pun, saya percaya filem ini di suatu sudut boleh menjadi perangsang kepada usaha-usaha membela kaum wanita muslimah di negara asalnya dan negara ini juga.

Demikian juga, yang lebih utama ia boleh merangsang semangat menentang tafsiran yang sempit dan salah tentang Islam. (2MA)

--------------------------------------------------------------
Komen kakchik: 


Belum punya masa untuk menonton filem Perempuan Berkalung Sorban ni. Insyaallah bila kakchik dapat menonton sendiri barulah dapat kakchik komentarkan. Tapi kalau berdasarkan tulisan Dr Asri di atas, kakchik beranggapan filem ini agak bagus kecuali 'beberapa adegan panas' yang disebutkan. Allahu'alam bagaimana, kakchik pun belum melihatnya.

Jadi kalau kita punya masa, bolehlah menonton filem genre agama ini tapi mestilah dengan pemahaman agama yang baik agar kita tidak menontonya pada satu paras sahaja. Banyak filem genre agama dari Indonesia yang bercampur-baur pelbagai perkara. Kitalah yang perlu pandai menilai nilai-nilai keIslamannya.
Selamat menonton!

18 comments:

  1. Salam kak chik,

    Kak chik dah sihat ker.. harap2 dah sihatla yer...

    filem2 yg disebutkan tu sume sy belum tonton lagi kecuali ayat-ayat cinta. tp KCB tak disebutkan lak.Sy siap dah upload KCB ke handset saya,hehehe...

    Kak chik, bile2 free sy nak ym ngan kak chik la.sy nak tanya tentang bagaimana nak setup kedai buku.sy ada hajat nk buka kedai buku.tp tak tau nak mulakannyer...

    ReplyDelete
  2. 1 pun nadiah tak pernah tgk lg. tp nnt nak cuba tgk laskar pelangi dulu la. suami nadiah dah tgk, dia kata best..sampai menangis dia tgk

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikummussalam Areef.
    Alhamdulillah kakchik dah sihat dari demam cuma masih selsema. Terima kasih atas prihatin.
    Mungkin ust tak sebut KCB sebab dia tak tahu. Filem tu memang wajib tonton. Areef dah tengok Laskar Pelangi? Itu pun wajib tonton.
    Kakchik ni memang malas betul nak on YM tu. Areef emailkan aje ya.

    ReplyDelete
  4. Nadiah, takpe... skrg dah boleh cari dlm internet/youtube je. Tapi kakchik setuju kalau Nadiah tengok LP dulu. Filem tu mmg sgt bagus. Kakchik menangis tiap kali tengok. Tengok tu, suami Nadiah pun menangis. Tentu sgt terkesan di hati.

    ReplyDelete
  5. SAYA pun belum menonoton lg cerita tu..tak berkesempatan..

    bila baca en3 ni,tak sabar2 plak nak tgk..hehe

    ReplyDelete
  6. Salam

    tertarik nak tonton LP :) .

    ReplyDelete
  7. Salam... kak e pulak cam tak berminat nak duduk menonton... :-S

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Chik,

    Harap2 Kak Chik dan suami sihat2... teringin juga nak tengok cerita ni. Mungkin tak lama ada kat internet kot.

    Kak Chi pindah rumah ye... selamat mengemas ye :)

    ReplyDelete
  9. bunyi mcm best tu...boleh la cuba tgk nnti...

    ReplyDelete
  10. salam kak chik;
    biasa dengar tajuk cite nih tapi rasanya belum sempat lagi menonton...banyak jugak cite indonesia yang memaparkan genre sebegini kadang2 suka jugak menonton yang genre islamik...kalau sinetron tu enggak minat dehh hehehe...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kakchik,

    Saya pernah membuat ulasan mengenai filem tersebut dengan minda yang sedar. Kesedaran saya atas respon yang ditunjukkan oleh para penonton filem itu sendiri - anak gadis.

    Saya tidak menonton secara emosi secara membabi buta.

    http://www.faridrashidi.com/2010/05/02/menginjak-ke-hari-ini/

    ReplyDelete
  12. Tukang kata, sama2lah kita menontonnya bila ada masa nanti. Kakchik dah lama teringin nak tengok tp belum tercapai lagi hajatnya.

    ReplyDelete
  13. Wkslm Irtiyah. Cari dalam youtube kot2 ada.

    ReplyDelete
  14. Wkslm kak e. Jangan paksa diri kak nanti asyik menguap sebab boring hehe. Tak penting pun tengok movie ni kak e.

    ReplyDelete
  15. Wkslm Ijan.
    Terima kasih Ijan, kami berdua alhamdulillah sihat.
    Ada kawan kata dah ada dlm youtube. Cuba Ijan cari, kakchik malas nak search.
    Ha'ah, dah pindah sebahagian barangnya tapi belum boleh menginap di sana.

    ReplyDelete
  16. kak nza cuba tengok dlm youtube.

    ReplyDelete
  17. wkslm shiori.
    kakchik pilih2 kalau nak tengok movie indon ni w/pun genre agama. kalau sinetron kakchik pun serupa dgn shiori jugak.

    ReplyDelete
  18. Wkslm Farid.
    Terima kasih kerana memberitahu dan menampal link ulasan Farid tu.
    Insyaallah nanti kakchik tengok.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs