Followers

20.5.10

Cuti Bersalin 90 Hari di Kelantan Mulai Tahun Depan

Assalamualaikum dan salam ceria di dinihari kepada semua teman-teman bloggers dan blogwalkers.

Kakchik cuma nak kongsikan BERITA GEMBIRA untuk seluruh kaum Hawa yang bekerja di Negeri Kelantan ni terutama kakitangan Kerajaan Negeri. Kalau anda mengandung dan bakal melahirkan pada tahun depan insyaallah inilah yang paling anda harapkan, CUTI BERSALIN 90 HARI !

Bestnya... bukan 3 BULAN ya tapi 90 HARI. Tak sama tu...

Tak percaya? Ok, sila baca berita kat bawah ni:
Kelantan laksana cuti bersalin 90 hari tahun depan
May 19, 2010

KOTA BAHARU, 19 Mei — Kerajaan Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar berkata peraturan baru itu bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.

“Kertas cadangan itu telah diperincikan di peringkat jawatankuasa portfolio saya dan akan diangkat ke mesyuarat Exco minggu depan sebelum diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Mingguan Exco, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Menurutnya, pada dasarnya kerajaan negeri sudah lama bersetuju melaksanakan peraturan itu, tetapi mengikut prosedur ia perlu dibentangkan di peringkat mesyuarat Exco untuk mendapat kelulusan.

Ditanya sama ada peraturan baru itu boleh menjejaskan produktiviti kerja penjawat awam, Wan Ubaidah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang, berkata penjawat awam di jabatan kerajaan negeri ramai dan boleh membantu tugas kakitangan yang cuti bersalin.

“Oleh itu, kita tidak bimbang dengan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin 60 kepada 90 hari ini boleh menjejaskan produktiviti kerja kakitangan awam,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri terpaksa mengambil masa agak lama untuk meluluskan peraturan itu kerana ia melibatkan banyak implikasi, termasuk pencen kakitangan terbabit.

Beliau berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor dan Kedah memperkenalkan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi penjawat awamnya.

“Kita memikirkan usaha melanjutkan tempoh cuti bersalin itu perlu bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan kakitangan yang berkidmat dengan kerajaan negeri supaya dengan itu mereka dapat menjaga penyusuan anak dan keluarga dalam tempoh pantang itu,” katanya.

Langkah yang diambil kerajaan itu selaras dengan jawatankuasa yang dipengerusikannya untuk memartabatkan golongan wanita sebagai salah satu sayap penting dalam pembangunan negara. — Bernama
TERIMA KASIH YB KAK UBAI ! Ini membuatkan kakchik semakin semangat berusaha untuk mendapatkan zuriat. Ibu memang memerlukan masa yang lama untuk membina hubungan akrab antara ibu dengan bayinya. 90 hari adalah jauh lebih baik berbanding 2 bulan.

Moga-moga tempoh 90 hari akan membolehkan ibu menanam talian kasih sayang dan menghormati yang berkekalan dengan bayinya agar bila anak besar, hormat dan sayangnya kepada ibu lebih tinggi.

11 comments:

  1. Alhamdulillah kalau terlaksana!

    ReplyDelete
  2. As salam kak chik

    kalau dpt cuti 6-12 bulan mcm sini kan best!ada kwn ckp sini smpi 1 thn.not sure.tp tgk my frend smpi 6 bulan tak gi keje agi.

    ReplyDelete
  3. Insyaallah akan dilaksanakan Ayu. Kita sama-samalah doakan.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam BCP.
    Memang kakchik ada dengar pihak Kerajaan Negeri bincang pasal ni dan ada sebut juga pasal cuti bersalin di UK, setahun khabarnya. Itu lagilah bagus sebab bonding ibu-anak sudah kukuh. Insyaallah satu hari nanti kita kat sini pun boleh buat cam tu.

    ReplyDelete
  5. bestnye..kak chik, sy pernah ckp dgn hubby, teringin nak amik cuti menysukan anak selama 6 bulan..tapi hubby tak setuju..dia kata nanti rosak rekod keje..huhuhu...lagipun kami belum stabil and dua2 perlu ada income..harap2 bisnes online sy stabil, bolehlah bercuti tanpa gaji bila diperlukan :)

    ReplyDelete
  6. bestnya mcm nie....barulh ibu2 dpt menjaga anak sepenuh prhatian dlm j.masa yg agak panjang.....

    ReplyDelete
  7. catlina, semestinya best utk kakitangan kerajaan negeri. kita yg swasta ni belum tau lagilah... huhu. situasi kita mmg belum stabil terutama bg pasangan muda. cuti lama tanpa gaji memang bw masalah besarlah kpd r/tangga. kakchik akan doakan bisnes catlina maju agar hidup lebih selesa, kaya.

    ReplyDelete
  8. betul tu kak nza. Ibu macam kak nza tentu lebih tahu betapa perlunya masa yg panjang untuk menjaga anak di peringkat awal.

    ReplyDelete
  9. wa'alaikummussalam ummu masyitah. terima kasih bagi pihak kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  10. Ibu Ted kata kalau di Jepun para ibu boleh ambil cuti sehingga 6 bulan-1 tahun. ini kerana menyokong kempen penyusuan ibu secara esklusif. 90 hari utk pekerja di bawah Kerajaan Negeri sahaja kan.. ^_________^

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs