Selamat Hari Lahir Sayang... kata suamiku pagi tadi. Ya Allah... di saat itu juga airmataku mula bergenang. Di saat aku menulis inipun airmataku masih bergenang dan terpaksa segera kusapu sebelum pelanggan melihatnya. Aku amat terharu bila suami tersayang mengingati tarikh lahirku dan di pagi hari menghadiahkan aku perasaan gembira. Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan aku seorang suami yang sepertinya. Aku yakin setiap isteri akan merasa gembira sepertiku juga bila mendapat ucapan dan layanan sebegitu dari suami masing-masing. Alhamdulillah.
Aku tidak mengharapkan sebarang hadiah berupa kebendaan darinya kerana benda tidak dapat mengikat hatiku. Talian perasaan itulah yang menjadikan aku kuat luar dan dalam. Orang kata sokongan moral. Aku dan suami tidaklah meraikan hari ulang tahun seperti orang lain. Jika ada kelapangan kami keluar saja makan-makan angin ke pantai, tidak semestinya pada hari lahir. Apa yang penting ialah ingatan dan kasih-sayang dalam melayari bahtera perkahwinan ini. Hari ini aku bahagia.
Wanita sepertiku yang terpaksa keluar bekerja demi membantu suamiku, hidup dalam kesibukan sepanjang hari. Waktu adalah begitu berharga dan setiap ruang masa yang lapang untuk bersama suami walau sekadar duduk-duduk menemankannya di meja kerja sangatlah aku pentingkan. Walau kami sama-sama mendiamkan diri, dia menumpukan perhatian pada kerjanya dan aku memandangnya dengan pandangan gembira dan syukur kerana suamiku ada di depan mata, sihat dan masih seorang hamba Allah yang taat. Alhamdulillah atas nikmatMu Ya Allah. Suamiku adalah satu nikmat yang dipinjamkan oleh Allah untukku sebagaimana aku ini pinjaman untuknya. Aku dan dia sama-sama milik Allah.
"Sanah helwah kakchik... selamat panjang umur murah rezeki." "Selamat hari lahir kakchik, semoga Allah memberkatimu dunia akhirat." Terima kasih banyak kepada semua teman-teman yang disayangi kerana Allah atas ucapan dan doa kalian untuk aku. Ucapan yang ikhlas dari lubuk hati kalian itu telah berjaya membuat aku terharu dan menitiskan airmata kesyukuran. Terharu kerana mempunyai ramainya kawan yang baik dan menangis kerana amat syukur Allah beri nikmat dalam bersahabat. Alhamdulillah.
Semoga hidup kalian semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah jua. Aku mendoakan agar hidupku dan hidupmu sama-sama sentiasa dipayungi kasih-sayang Allah dengan iman yang kental atas jalan Islam. Islam yang benar. Islam yang sejati. Islam yang membahagiakan. Islam yang menyelamatkan. Ya, setiap hari aku tidak lupa mendoakan kalian semua. Ukhuwwah fillah yang kita jalinkan selama ini adalah silaturrahim yang tidak mampu dibalas dengan harta benda rasanya. Terllau berharga dunia akhirat.
Ah... bahagia ini moga berpanjangan namun aku tahu, hidup ada pasang surutnya. Ada masa gembira ada masa sedih. Tapi aku juga sedar Allah sentiasa ada untukku dan untukmu. Terima kasih suamiku, kakakku dan teman-temanku.
Sanah Helwah kakchik... semoga panjang umur dan bertambah2 murah rezeki.. semoga bahagia di samping keluarga tercinta di dunia dan akhirat... hehe.. sama ler kite April.. maaf ler syikin tak tau... baru tau ni.. maaf terlewat :) ... semoga beroleh keberkahan dalam penambahan usia :) insyAllah...
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Chik. Samalah kita menganjak usia 37 tahun. Kadang-kadang hati gusar, takut dipanggilNya sedangkan amalan tidak seberapa. Moga Chik dipanjangkan umur, dibanyakkan rezeki, dan dilimpahi kebahagiaan berterusan. Amin.
ReplyDeleteAssalamualaikumwbh Kak Chik...
ReplyDeleteSelamat hari lahir....:) Semoga dgn perhentian usia yg berganjak ini menjadikan kak chik seorang isteri dan wanita yang solehah,...menjadikan hari ini sebagai penentu hari esok yang lebih baik dunia n akhirat..
Amen....
Jazakillah...
Assalamualaikum,kak chik.
ReplyDeleteMoga dberikn kesihatan yg baik dan menjadi wanita solehah yg dredhai Allah SWT...tc kak!
Assalamualaikum kak chik..
ReplyDeleteSelamat hari jadi, semoga diberkati Allah di dunia dan akhirat.. Perjalanan hidup kak chik sama dengan saya dan kebetulan hari lahir pun dekat2 sama. Saya punya esok. Semoga kita dirahmati Allah sentiasa..........
Terima kasih Syikin. Amiin. Mashaallah.. syahdu rasanya bila didoakan begini.
ReplyDeleteTerima kasih Zarin. Betul tu, yang Chik ingat, kalau hari ni Allah tarik balik nyawa ni, ya Allah... banyaknya yang Chik belum sempurnakan. Rasa takut dan malu kalau dipanggil Allah. Dahlah dosa pun banyak. Ya Allah.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Ayu. Terima kasih banyak atas ucapan dan doanya. Insyaallah kakchik amiinkan.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Ain. Terima kasih banyak Ain kerana mendoakan kakchik.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Aida. Mashaallah... begitu takdir Allah mengenalkan kita di alam maya ni. Selamat Hari ulang tahun Aida. Semoga rahmat dan berkat Allah mengiringi hidup dunia akhirat.
ReplyDeletesanah helwah ya ukhti, moga Allah kurniakan kakchik dan kita semua umur yg berkat. moga kebahagiaan ini berkekalan.
ReplyDeleteassalamualaikum wbt kakchik...saye pon nangis baca entri kakchik kali ni..Semoga kakchik terus berdakwah atas jalan Allah.. semoga kakchik memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat...saya gembira mgenal kakchik.. walaupon kite jauh beribu batu n tak penah jumpe kan... =) saya doakan kakchik di beri kesihatan yg baik agar dapat menyebarkan kan dakwah dgn cara tersendiri dan berhikmah...moga di murahkan rezeki buat kakchik dan suami dan doakan saya kakchik agar terus berusaha mjadi hamba yang taat, isteri yg baik dan solehah buat suami saye...
ReplyDeletehappy besday kakchik =)
sanah hilwah kak chik...baru tahu...sama bulan rupenye kita....:)...k.chik ada fb..nick apa ye...
ReplyDeletek.cik..slmt hari lahir yea...semoga bahagia berpanjanagn hingga ke syurga...
ReplyDeleteselamat hari lahir kakchik..semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia bersama keluarga. aminn! :)
ReplyDeletedoakan saya dpt jodoh yg baik yea kakchik..hehee
salam
ReplyDeletesanah helwah..selamat menyambut ulang tahun kelahiran k.chik..maaf lama x beri komen dan x sedar ulang tahun ...tiap2 hari saya jenguk sini cuma x sempat komen...semoga rumahtangga k.chik berkekalan dan bahagia hingga ke syurga..Amin
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSelamat menyambut ulang tahun kelahiran, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, digandakan kebahagiaan, dan diberkati seluruh kehidupan. Amin.
umi, terima kasih atas ucapan dan juga hadiah yang dikirimkan khas ke sini semalam.
ReplyDeletewa'alaikummussalam norabudy. shukran kathira shiela. jarak yg jauh tidak dpt menghalang ukhuwwah di antara kita. semoga Allah makbulkan doa shiela. amiin.
ReplyDelete99taste, terima kasih banyak. FB kakchik: norhaniza atau kak chik
ReplyDeleteTerima kasih Bie. Amiin
ReplyDeleteTerima kasih juliet. Amiin. Semoga Allah pertemukan juliet dengan seorang suami yang soleh di satu masa nanti. Amiin.
ReplyDeletewkslm azy. terima kasih. maafkan kakchik sb lambat pula membalas komen ni. takpe... kakchik pun ada masanya macam tu jugak. semoga Allah makbulkan doa azy untuk kakchik.
ReplyDeleteWkslm anyss. Amiin... amiin. Terima kasih banyak atas ucapan dan ingatan.
ReplyDelete