Followers

18.9.10

Zuriat: Betapa aku mengharap hadirmu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni dah lewat petang baru kakchik terasa ada masa untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Sebenarnya sebahagian isi telah kakchik draf sejak pukul 3 petang tadi cuma kakchik agak ragu-ragu nak publish atau tidak. Lagipun hal ini agak peribadi.

Pagi tadi kakchik bersama ummi serta sepupu suami isteri pergi ke Pulai Chondong untuk bertemu seorang bekas bidan. Pemergian kami adalah khusus untuk kakchik tapi sayangnya cik abe tak dapat ikut sama kerana dia sedang demam. Untuk kakchik batalkan temujanji ni susah la juga sebab bukan mudah untuk mendapat peluang sebegini.

Kalian semua pun tahu kan, kami berdua sedang berusaha untuk mendapat zuriat. Cara moden pun amal, cara tradisional pula yang kakchik nak cuba. Itupun selepas kakchik teliti dulu latar belakang bidan tersebut. Kakchik ni susah sikit nak berubat cara kampung ni.

Tak susah untuk mencari rumah Maksu, bekas bidan itu. Kalau sekali lagi mahu ke sana, insyaallah kakchik ingat jalannya. Ini semua adalah cadangan sepupu kakchik yang lambat menimang cucu dari anak & menantu sulungnya. Selepas pelbagai cara moden dan tradisional dicuba, anak & menantunya cuba berubat dengan Maksu. Alhamdulillah dalam masa sebulan lebih mengambil ubat herba Maksu, menantunya mengandung.

Jadi dia cadangkan kat kakchik agar mencuba. Selepas hampir 5 bulan kalau tak silap kakchik, barulah kakchik setuju untuk mencuba. Maksu tu baik orangnya. Pagi tadi dia hanya memegang urat nadi kakchik dan tidak berurut kerana kakchik sedang uzur. Masa dia gerakkan jarinya sikit-sikit di sekitar lengan kakchik, kakchik dapat rasakan sedikit getaran di dalam lengan. Tapi takde kesakitan pun.

Seperti juga bila kita mendapatkan rawatan doktor, Maksu juga menyediakan ubat herba untuk kakchik dan cik abe ambil. Jumlah kesemua ubat ialah 300 biji. 110 biji untuk cik abe dan 190 biji untuk kakchik. Alhamdulillah ubatnya dalam bentuk kapsul, senanglah kakchik nak makan. Kalaulah ubat cecair, alamat susah banyaklah nanti hehe.

Dalam tempoh berubat ni kakchik dan cik abe masih boleh makan ubat moden tapi tak boleh makan ubat tradisional yang lain. Katanya tak mahu ubat menghasilkan tindak balas kimia yang boleh menawarkan kesan ubat tersebut untuk mencuci peranakan dan juga menggalakkan kesuburan.

Allahu'alam moga-moga cara ini tidak memudaratkan. Ini hanya usaha, kuasa menyembuhkan dan membolehkan kami mendapat zuriat tetap juga kuasa Allah. Tapi Allah suruh berusaha, maka kami akan usaha juga.

Mohon Allah rahmati dan berkati usaha ini.

34 comments:

  1. Ya Allah permudahkanlah keinginan kakak kesayanganku ini bersama suaminya yg tercinta Ya Allah. Terangilah cahaya istana mereka dgn serian hilai tawa anak mungil. Amin.

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya, kakchik. Allah Maha Adil. Ada hikmah semuanya.. =)

    ReplyDelete
  3. Ameen...semoga usaha kakchik berjaya hendaknya..idah doakan kakchik dimurahkan rezeki hendaknya..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah...semoga Allah mempermudahkan urusan kak chik dan memberkati kak chik sekeluarga... Amin...

    ReplyDelete
  5. salam chik...insya'ALLAH..semoga usaha kakchik dan che Abe mendatangkan hasil... :)

    ReplyDelete
  6. Ya ALLAH, ENGKAU permudahkanlah urusan kak chik dan suaminya. Kurniakanlah mereka zuriat, mujahid dan mujahidah agama.. pejuang ISLAM dan insyaALLAH penawan kota baitulmaqdis =)

    ReplyDelete
  7. salam kak chik,
    pc kampung saya tu..mana rumahnya?
    mdh2an termakbul la..
    kak chik dah cuba homophaty?ada juga yg berjaya kaedah ni..

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Chik,

    Yat doakan semoga Allah memberi Kak Chik rezeki yg dinanti..InsyaAllah...Amin...

    ReplyDelete
  9. Sayang sekali Allah swt pada k.Chik.Sesungguhnya Allah sedang menguji k.Chik dan suami.Insha Allah, saya doakan yg terbaik.Moga Allah swt kurniakn zuriat yg hebat,amen.

    ReplyDelete
  10. salam k.chik, teruskan usaha dan ikhtiar. InsyaAllah Dia tidak akan mensia-siakan usaha kita itu. Teringat 5 tahun lepas, masa bekerja kat melaka. saya pun gelabah selepas hampir setahun berkahwin, tambahan pula masalah senggugut yang semakin teruk. Gi jumpa seorang bidan, bila dia urut dia agak saya seorang yang lasak masa muda. memang pun saya pernah join silat, pernah terjatuh dari motor. katanya rahim saya dah teralih (wallahu a'lam) ntah la. tapi selepas 3 kali berurut dengan dia, next month saya tak de masalah senggugut dan bulan seterusnya disahkan positif mengandung. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih cda kerana mendoakan kami berdua. Moga Allah makbulkan doa hambaNya yang ikhlas.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih neem. Iya dik. Banyak hikmah di sebalik semua ini.

    ReplyDelete
  13. Syukran Idah. Kakchik pun doakan Idah bertambah rezeki anak hehe.

    ReplyDelete
  14. Nadia, hanya terima kasih mampu kakchik ucapkan.

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikummussalam dera cikmin. Jazakillahi khairan kathira sahabatku.

    ReplyDelete
  16. Kakchik aminnkan doa Asiah. Amiin ya Allah. Amiin.

    ReplyDelete
  17. Wa'alaikummussalam Mizah.

    Ooo asal PC rupanya. Rumah Maksu tu kg mulong kot.
    Kakchik cuba apa saja cara yang halal Mizah.

    ReplyDelete
  18. Wa'alaikummussalam Yat Maria.
    Terima kasih banyak Yat. Moga Allah dengar dan makbulkan doa Yat tu.

    ReplyDelete
  19. Nafisah, Allah sayang semua hamba-Nya dik. Kakchik ni terlalu jauh lagi dari Allah SWT. Banyak sangat kelemahan ini yang menghijab doa kami.

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum kak chik,

    terlewat sikit membaca posting kak chik kali ini. Insya ALLAH kak chik, semoga ALLAH mempermudahkan urusan dan niat murni kak chik dan suami. ALLAH hanya bersama orang2 yang bersabar dan kak chik sungguh bertuah kerana kak chik adalah antara golongan yang terpilih. Ya Allah Ya ALLAH, permudahkanlah dan kurniakanlah zuriat yang dinanti2kan oleh pasangan sehati sejiwa ini.

    ReplyDelete
  21. salaam,

    Khadeeja doakan kak chik juga. Dikurniakan zuriat penyejuk mata penawar hati insyaAllah.

    Ameen....

    ReplyDelete
  22. InsyaAllah...Tuhan makbulkan doa k.cik

    ReplyDelete
  23. salam kak chik, saya doakan semoga Allah mempermudahkan urusan kak chik & suami..juga semoga Dia memberikan kak chik 'rezeki' yg ditunggu2 selama ini..

    saya dulu pernah merasa cemas & gusar bila pregnant anak ke 3 (luar perancangan kami. bila baca cerita kak chik & kisah sorang kawan yg sekian lama menunggu kehadiran chy mata rasa insaf sngt2 & kesal juga dgn sikap saya waktu tu..(astaghfirullah..) sesungguhnya anak itu rezeki yg tak ternilai dariNya

    ReplyDelete
  24. banyakkan istigfar. dgn istigfar Allah akan mengurniakan zuriat yg soleh buat mu. amin.

    ReplyDelete
  25. kakchik...terharu baca komen2 kt sini...allah sayangkan kachik n cik Abe..kawan2 pon sayangkan kakchik..mudah2an usaha kakchik n cik Abe akan berjaya!!!!..

    ReplyDelete
  26. kakchik,
    semoga Allah membuka pintu rahmat-NYA utk kakchik menimang cahaya mata. ameen..

    ReplyDelete
  27. Wa'alaikummussalam kak azah.
    takpe kak... akak datang baca saja pun kakchik dah amat berterima kasih.

    Terima kasih juga kak azah ya sebab doakan kami. Moga-moga berkat doa akak dan kawan2 yang lain, usaha kami berjaya.

    ReplyDelete
  28. Wa'alaikummussalam Khadeeja.

    Syukran jazilan dik. Semoga Allah berkati Khadeeja yang sudi mendoakan kami.

    ReplyDelete
  29. Wa'alaikummussalam MamaYatie.
    Moga Allah perkenankan doa MamaYatie untuk kami tu.

    Setiap rezeki anak yang datang, kita terimalah dengan redha. Allah lebih tahu nasib mereka. Dan kita semua pun tahu rezeki mereka telah tersedia. Kakchik yakin MamaYatie sangat bersyukur kan?

    ReplyDelete
  30. Terima kasih ummu uswah. Insyaallah kakchik cuba lakukan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  31. fmina, kakchik lagi terharu dengan sokongan dan kaat-kata peransang yang diberikan. terasa diri ini amat disayangi dan dihargai. semoga doa fmina dan teman2 akhirnya akan diberkati.

    ReplyDelete
  32. terima kasih banyak iza.

    p/s: lama kita tak berinteraksi

    ReplyDelete
  33. wa'alaikummussalam ummi nazihah.

    insyaallah akan diteruskan usaha dan aikhtiarnya. kakchik juga sangat aktif dan lasak hinggalah sekarang ni tapi bidan kata takde apa-apa masalah paad peranakan. senggugut pun takde, haid kakchik normal je. belum rezeki kami. tahniah sebab selepas 5 tahun ummi nazihah mengandung juga.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs