Followers

16.5.10

Ditimpa Rak Baju dan Papan Sterika

Assalamualaikum dan salam petang semua.

Dalam jam 4 lebih pagi tadi, kakchik ditimpa musibah, sorang-sorang... Sampai ke saat ini pun cik abe tidak tahu akan hal yang berlaku ni. Kakchik tak bagitau dia sebab kakchik tak cedera banyak pun. Untuk pengetahuan semua, kakchik dah mula menginap di rumah baru sejak Jumaat lepas. Sementara kerja pindah-randah selesai sepenuhnya kakchik gunakan bilik tamu sebagai bilik kakchik. 

Kat dalam bilik tu kakchik tempatkan 2 rak abaya dan jubah yang serupa peniaga-peniaga pakaian gunakan untuk menyangkut baju-baju labuh. Baju kakchik terutama abaya memang sangat banyak, bukan nak 'menyohor' tapi hakikatnya kakchik memang pakai banyak pakaian untuk seminggu kerana urusan hidup yang selalu ke sana ke mari. Bukan takde almari pakaian, tapi belum dipindahkan lagi dari rumah ummi.

Alkisahnya malam tadi kakchik tidur kat tepi rak-rak pakaian tu kat atas lantai berlapikkan toto. Tak berani nak tidur di tingkat atas atau temankan cik abe di ruang tamu sebab rumah belum betul-betul selamat. Hanya bilik itu yang berkunci sepenuhnya. Cik abe tidur di luar untuk jaga keselamatan kami. Berani betul dia.

Tengah-tengah khusyuk tidur, tiba-tiba je macam ada benda berat jatuh berdebuk-debuk kat atas kakchik. Apa lagi, terus kakchik terjaga dan dalam samar-samar tu kakchik nampak ada benda besar kat atas badan. Nak bangun pulak macam susah sangat. Bila lama-lama tu, mata jadi fokus sikit walau tak pakai spek. Baru kakchik nampak, rupanya kedua-dua rak terbalik ke atas kakchik begitu juga papan sterika dgn strerikanya sekali. Itulah yang buat kaki kiri kakchik rasa sakit sikit.

Dalam susah payah tu kakchik ensot-ensotkan badan ke bahagian atas dan akhirnya dapatlah lepaskan diri dari segala pakaian yang jatuh. Alhamdulillah. Cari spek dan buka lampu. MashaAllah... macam dipukul ribut je suasana kat dalam bilik tu.

Hmm... dah takdirnya begitu, kakchik terima ajelah. Sambil cuba untuk cool down rasa geram, kakchik angkat semua pakaian, nasib baik masih elok di hanger masing-masing. Bila angkat papan menggosok tu, tengok-tengok kakinya dah bengkok sikit, alamak... tentu dah tak stabil bila nak guna nanti. Memang terbukti tak stabil.

Kakchik betulkan semua rak dan kembali menyangkut semua baju-baju yang dah jatuh berterabur tu. Nasib badan... huhu. Baguslah, tak payah nak sambung tidur dah sebab dah masuk jam 5 pagi. Nanti boleh kejutkan cik abe untuk sedia solat Subuh.

Baru nak cek badan sendiri. Alhamdulillah... semuanya ok kecuali rasa sengal di kaki kiri dan bahu kiri. Kalaulah kakchik tidur dalam keadaan malam sebelumnya, kemungkinan besar kepala kakchik dah terkena besi palang rak tu. Sukur sangat, kakchik ubah kedudukan malam tadi. Syukur... moga-moga tak berlaku lagi perkara yang sama.

34 comments:

  1. sib baik kak chik..kalau tak,masuk hospital jawabnya.Macamana leh terhempas ek?sebab silap letak ke?kak chik,duk kb area mana?

    ReplyDelete
  2. BCP: memang nasib baik sangat... Allah nak selamatkan kakchik dari benjol kat mana-mana. Kalau masuk hospital, buat malu je hehe. kalau dari pengamatan kakchik tu, sebab paling nyata ialah overload... kipas dok tiup baju2 tu, jadi berat sebelah, tu yang terbalik tu.

    KB - pulau melaka

    ReplyDelete
  3. Salam... Alhamdulillah cuma sedikit saja kecederaan yang dialami...

    take care

    ReplyDelete
  4. hati2 sket yer k.chik..bahaya tu..nsb la tk berat sgt..kalo tak..ssh k.chik nk mtk tlg tgh2 mlm..risau je..alhamdulillah k.chik ok..jaga diri ye..:)

    ReplyDelete
  5. salam kakchik.

    syukur alhamdulillah takde kecederaan...tapi kalau ada rasa lain macam je, cepat2 pergi jumpa doktor ye kakchik...ye la kan, kadang2 luar takde pape, dalam kita tak tahu...tapi kalau kakchik rasa sihat je, insyaallah takde pape..

    kakchik, ain nak exam, maaf ye kakchik salah silap selama berurusan ngn kakchik samada formal ke tidak...doakan ain ye kakchik...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah takde pape :) nnt sy dah pindah sana, insya ALLAH sy cari k.chik

    ReplyDelete
  7. wahhh sgt byk itu baju....teruja2...ehehe

    ReplyDelete
  8. kakchik tido lasak tertendang rak kot? ayooo.... hehe. buas jugak kakchik tido aek? :)

    ReplyDelete
  9. Sykur alhamdulillah...k.chik tak de apa2..jgn lupa tempat sakit tu urut2 dgn minyak ye kak...kekdng2 br ni tak nmpk sgt kesannya..

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikummussalam kak e. Alhamdulillah kak... takde kesan dah... insyaallah takde pape.

    ReplyDelete
  11. farah, actually masa susah nak bangkit tu kakchik ada terfikir nak menjerit minta tolong tapi malulah pulak.. kalau org dtg tengok kakchik ditenggelami kain baju hehe. terima kasih banyak sb tlg risaukan kakchik.

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikummussalam ain.
    Insyaallah takde yang bahaya. Rasanya cedera tu tak teruk sebab takde kesan apa-apa samada di luar atau di dalam. Kakchik rasa sihat. Don't worry.
    Insyaallah kakchik maafkan ain w/pun takde salah apa-apa. Semoga dipermudahkan Allah dalam menjawab semua soalan2 exam tu. Dlm eng atau dlm bahasa rusia?

    ReplyDelete
  13. fizah, kakchik syukur... selamat :D
    boleh... boleh... best la nanti sebab ada mom's blogger yang best macam fizah dok dekat sini.

    ReplyDelete
  14. net, agak-agak boleh bilang tak berapa helai?

    ReplyDelete
  15. Nurul... nurul... hehe, kakchik ni seorang penidur yang sangat berdisiplin tau. Tak buas langsung ... hehe.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih Idah. Hilang segala sakit bila kawan2 datang jenguk dan nasihatkan kakchik. Insyaallah dah urut dah.

    ReplyDelete
  17. salam achik niza...siannyer..nasib baik tak serius kan...achik pindah rumah? tak duduk dengan tok lagi ke?

    ReplyDelete
  18. wa'alaikummussalam nak faheem...
    tima kasih banyak faheem dtg jenguk achik. tu lah... syukur achik selamat, kalau tak tentu tajuk post dah lain. achik dag pindah ke rumah sendiri, berkembar dgn rumah tok. pindah-randah pun buat 2 orang je dgn ayah wan.

    ReplyDelete
  19. salam k.chik..mujur kchik tak cedera apa2..alhamdulillah syukur

    ReplyDelete
  20. moga akak cepat sembuh..

    sapu minyak gamat ye kak..

    :)

    ReplyDelete
  21. wa'alaikummussalam jue.
    cedera sikit je jue, kat kaki kiri kesan dihempap sterika tapi tak bahaya.

    ReplyDelete
  22. isk isk isk bahaya tuh. nasib baik kena kaki...

    ReplyDelete
  23. ya Allah kakchik..alhamdulillah la tak apa2

    ReplyDelete
  24. terima kasih kakchik doakan ain...mudah2an Allah makbulkan...of course dalam english kakchik...kami belajar in english...cuma english kat ukraine ni xberapa nak standard...ikut sedap diorg je..

    ReplyDelete
  25. syafakillah kak chik...
    alhamdulillah xde pape...
    take care ye kak chik.

    ReplyDelete
  26. Terima kasih TUKANG KATA atas nasihat tu. Insyaallah dah ok dah.

    ReplyDelete
  27. malang tak berbau papabear. Kakchik anggap kifarah dosa :)

    ReplyDelete
  28. Nadiah, jangan risau ya. Kakchik alhamdulillah ok... Terima kasih sb macam risaukan kakchik je

    ReplyDelete
  29. Sama-sama ain. Hehe, manalah tahu kan. Kot2 ain kena belajar bahasa Rusia sb Ukraine tu bekas takluk dia kan :D Eng diorang tak standard sb bukan native language kot. Insyaallah ain boleh buat dgn cemerlang.

    ReplyDelete
  30. Terima kasih Afzan. Insyaallah kakchik selamat.

    ReplyDelete
  31. salam kakchik
    Ya allah siannya akak.kaki akak tergeliat tak?

    ReplyDelete
  32. kak chik ni buat terkejut org je tau :-0

    ReplyDelete
  33. wkslm masyitah.
    don't worry... takde pape yg bahaya.. kaki pun ok

    ReplyDelete
  34. Najwa, hehe... maafkan kakchik ya. Tak sengaja...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs