Sesekali kakchik teringat kat Mak (mak mertua) di kampung. Kalau dapat bersembang dengan Mak best juga. Dulu nak bercakap dengan Mak hanya perlu dail telefon dan tak lama Mak akan angkat sebab yang ada di rumah selalunya hanya Mak dengan Ayah. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, nak menghubungi Mak sangatlah susah. Dah la kampung Mak jauh ke dalam nak balik pun bukannya senang walaupun tidaklah jauh sangat. Semuanya gara-gara PENCURI KABEL TELEFON!
Kata Mak, sebaik saja TMB gantikan kabel yang baru, tak sampai beberapa hari pasti kabel itu akan dikebas pencuri. Jahat sungguh mereka ni. Mereka telah menyebabkan kakchik tak dapat mengeratkan silaturrahim dengan Mak dengan lebih baik. Kalau nak bersembang dengan Mak, kakchik kena dail no tel HP adik ipar, menyusahkan dia pula. Sakit sungguh hati kakchik dan kesian sangat kat Mak. Susah senang dia di kampung sukar sikit untuk sampai kat kami.
Setahu kakchik, MENCURI itu DOSA BESAR sama macam BERZINA juga. Orang yang selalu mencuri kena BERTAUBAT secepat mungkin takut Allah balas atas dunia lagi macam apa yang berlaku ini:
Untuk melihat lebih banyak gambar, sila ke ke blog Kami Sokong Tok Guru.
Untuk memahami lebih lanjut tentang apa itu MENCURI DALAM ISLAM, jemput sama-sama kita baca artikel di bawah. Baca sampai habis tau.
Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:
”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”
(Riwayat Bukhari Muslim)
CIRI –CIRI PERBUATAN MENCURI
1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.
HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI
1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-
i) Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri
2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”
(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)
3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)
4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :
” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)
Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.
PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH
Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-
1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.
2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.
3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.
4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.
5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.
SABIT KESALAHAN MENCURI
1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-
i) Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.
2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.
3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.
4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.
PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.
1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.
2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.
3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.
4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.
5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.
6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.
7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.
8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.
9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.
10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).
11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.
12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.
HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI
Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.
1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.
Artikel ini diambil dari Tahu, Faham & Amal yang sebelumnya disalin dari Mufti Melaka.
Semoga Allah menjauhi diri kita dan seluruh ahli keluarga kita dari melakukan dosa mencuri. Amiin. Sama-samalah kita ambil peringatan.
inna lillah
ReplyDeletengeri sungguh
sungguh ALLAH tunjuk depan mata balasan terhadap dosa yang dilakukan
benarlah bila ALLAH menurunkan azabnya tak mampu dibayangkan oleh akal fikiran manusia
Salam Kak Chik...Subhanallah....ngeri sungguh tengok gambar2 tu!mcm tu jugakla yg berlaku kes kejadian curi kabel telefon kat kawasan umah Ayu ni.Hampir 2 thn terputus hubungan,mujur ada handphone...tp kesianla kat org2 kampung....
ReplyDeletesalwa, sudah banyak kali Allah beri peringatan sebegini tapi kecurian kabel dan seumpamanya tetap juga berleluasa. mereka belum ambil iktibar rupanya. kuasa Allah mahu dicabar. azab turun, melibatkan ramai orang. pencuri - mati, org ramai - putus perhubungan
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Ayu. Kita yang muda ni senang dgn HP tapi orang tua kita ramai yg tak mampu lagi menekan kunci HP yg kecik2 tu. Kesian mereka kalau terjadi apa2 emergency.
ReplyDeleteuish ngeri nye kak...balasan dari Nya cepat atau lambatnye
ReplyDeleteterima kasih kak chik! sha belajar banyak dari posting ni. Alhamdulillah:)
ReplyDeletekt kg kak nza (PMas) pn gitu...mama n abah asyik merungut je pasal kabel kena curi.kejap smbung kena curi lagi....trpaksa call guna hp ttp bila abah kluar brceramah dh susah nk ckp dgn mama...last abah guna tel tnpa kabel...Knapa la ada manusia cam gini....
ReplyDeleteasha, yang membimbangkan bila balasan Allah sampai, bukan yg jahat saja merasa malah yg tidak terlibat juga terpalit.
ReplyDeletesama-sama sha. alhamdulillah kalau begitu.
ReplyDeletekak nza, mungkin sebab itulah TMB kerugian berjuta RM setahun akibat kecurian kabel ni. kasihan mak ayah kita kan. bukan semua yg mampu memiliki HP untuk ganti talian biasa.
ReplyDelete