Followers

14.4.10

Rasa dah tak sabar menanti

Assalamualaikum dan salam malam semua.

Huhu! Kakchik dah rasa tak sabar ni... tambah-tambah bila kawan kakchik tu bagitau, semua dah siap pek dan akan diterbangkan esok. Tentu Kak An pun tak lena tidur ni kalau dia tau barang dah nak sampai.

Kalian tahu ke apa ke benda yang kakchik dah tak sabar tunggu ni?

Barangnya datang dari jauh ni. Dari nuuuuuun negara di Teluk sana. Alaa... yang hari tu kakchik tak sabar-sabar nak pergi tu. Hehe... belum nak pergilah sebab bajet tak cukup. Kena utamakan yang utama dulu.

Tapi kakchik ada tempahkan benda itu untuk kawan-kawan. InsyaAllah esok dia naik kapalterbang turun di KLIA dan hujung bulan ni dia terbang lagi ke LTSIP di Pengkalan Chepa kemudian meluncur laju ke Pulau Melaka, hehe.

Inilah barang yang ditunggu-tunggu, ABAYA !!!




Seronok sakanlah bila memakainya nanti. Dah la menutup aurat, cantik la pulak. Orang pompuan ni mesti nak cantik tapi sebagai perempuan Islam, takleh berlebihan kan.

6 comments:

  1. comey nyo baju kak chik..brapo yar?mcm berminat jah..hehe

    ReplyDelete
  2. salam mummy eriey. lamanya tak bertanya khabar.

    abaya kakchik tu dari atas ke bawah, RM240, RM300 dan RM250

    kalau berminat boleh la tempah dgn kakchik hehe.

    ReplyDelete
  3. cantik2 nya abaya2 ni kakchik...teringin benar utk memilikinya...insyaallah kalo ade rezki ain bila balik msia nnt, bleh ain beli dr kakchik...

    insyallah pahala utk kakchik yg mengajak org kepada menutup aurat...

    ReplyDelete
  4. salam kakchik, lama tak menjenguk ke sini. cantik abaya tu, sy minat :)

    lagi minat kalau ada yg kaler purple. boleh tahan gak harganya ye tp abaya ni import dari mana?

    ReplyDelete
  5. ain, insyaallah kalau ada keinginan disertai usaha, abaya akan jadi milik ain juga. kalau ain beli dgn kakchik, sangatlah kakchik berterima kasih. memang nak ajak orang tutup aurat sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  6. wa'alaikummussalam intan.

    warna purple on black ade, intan kena tengok di blog Abaya Elegan.

    semua abaya ni diimport dari Dubai.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails