Dalam keadaan cuaca yang panas dan mata yang sangat mengantuk ni (kes tidur kurang lena - panas dan nyamuk) kakchik mesti update juga hari ni.
Entri pemanas hari ni ialah tentang rumah baru kami yang kini sudah 99% siap. InsyaAllah kami akan pindah sepenuhnya bulan Mei nanti selepas kakchik selesai exam semester Januari.
Malas dan letih nak cakap panjang, kakchik buat entri bergambarlah ya.
Rumahku Syurgaku, insyaallah...
Pintu masuk utama. Kami berkongsi laman dengan rumah ummi.
Pandangan dari arah matahari naik. Waktu ni matahari jatuh.
Kakchik teramat berterima kasih dan terhutang budi dengan kedua ayahanda bonda yang terlalu besar peranan mereka dalam memastikan rumah ini berdiri seperti hari ini. Insyaallah kami berdua tidak pernah melupakan segala penat lelah mereka.
Kami akan berusaha agar rumah ini menjadi persinggahan yang damai membahagiakan buat kami berdua dan bakal penyeri hidup kami kelak, insyaallah.
Pstt... ada sapa-sapa nak tolong kakchik berpindah?
Wah..berumah baru la Kachik..Cantik warna hijau epal yg dipilih.. emm pintu dapur yg kiut miut tu sesuai dgn tubuh tuan rumah yg jugak kiut aje..(",)
ReplyDeletewarna hijau pun cantek kak..i lurve green..sejuk je mata memandang..go green!!
ReplyDeleteCantik warna hijau rumah Kak Chik tu..tenang mata memandang :)
ReplyDeletewah besarnya rumah kakchik...alhamdulillah rezki Allah beri kan...tentu kakchik tak sabar nak pindah rumah baru...hihi
ReplyDeletecantiknya rumah kakchik. tp cam besar jeee?
ReplyDeletecantiknya umah kak chik...
ReplyDeletecongrats!
:)
Terima kasih Ted. Hehe, pintu dapur tu kalau badan lebar sikit lagi pun masih muat Ted.
ReplyDeleteJue, gembiralah hati kakchik sebab ada juga orang lain yang suka warna hijau.
ReplyDeleteTerima kasih mama zureen.
ReplyDeletenampak je besar ain, hakikatnya kecik je. kakchik pun syukur, dalam susah payah ni, ada rezeki nak buat rumah sendiri.
ReplyDeleteterima kasih atiq. takde lah besar pun tapi memanjang.
ReplyDeleteTerima kasih nurul.
ReplyDeletebesarnyer rumah kchik..brapa keluasannya?
ReplyDeleterumah kak chik ni kaler ala-ala rumah TGNA kat pualu melaka kan :)
ReplyDeleteinsyaALLAH kalau saya singgah kelantan sy nak ziarah kak chik :)
(tak malu pula saya org tak jemput sy offer diri..hehehe)
tom, kakchik pun tak pasti berepa keluasannya. lebih kurang 30 x 70 kot, tapak tanahnya sempit memanjang.
ReplyDeletesalwa, kakchik pun rasa macam lebih kurang cat rumah kami. tak tiru ya :)
ReplyDeleteinsyaallah tak jadi hal... kalau datang tak singgah, kakchik kecik hati la...
syeikh Aziz, zaujah enta doh royat rumah panas, kena pasang aircond tu..kesian..
ReplyDeletewah cantik....kaler tu..
ReplyDeletenanti lepas ni kakchik sibuk nak mendeco deco plak kan...tentu syok...
rumah baru sy (blog) pun kaler mcm rumah kakchik..
eh lupa nak wish..tahniah ye kakchik....besar rumah
abu haniff, syeikh aziz tak baca kot entri hak ni. kalau dia baca tentu dia jawab tu.
ReplyDeleteasha, lepas pindah masuk baru leh fikir nak deko macamana. kakchik suka minimalis tapi kami terlebih rak buku dan buku. nampaknya deko kami banyak 2 benda tu je.
ReplyDeleteo, dah tukar layout. kakchik nak gi tengok.
terima kasih.