Followers

26.4.10

Seminar Kesihatan: Sakit Tuan, Sakit Puan & Bayi IVF

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.

Maafkan kakchik sebab sehari tak update blog. Kakchik semalam menghadiri seminar kesihatan di Balai Islam Lundang dari pagi sampai ke tengahari, lepas tu singgah lunch di Restoran Ani Sup Utara di Berek 12 lansung balik ke pejabat dalam keadaan agak letih kerana sejak pagi lagi ditimpa selsema.

Sampai di pejabat, nampakanya pengunjung perpustakaan tak ramai sangat, mungkin sebab semalam hari hujan, hujan yang agak lebat dan berterusan hingga ke hari ini. Alhamdulillah... hujan rahmat setelah beberapa lama berada dalam cuaca yang sangat panas. Tidur malam pun... tak payah cakaplah.

Kakchik nak kongsikan satu je perakara yang kakchik dapat dari seminar semalam. Bukan dapat satu je... dapat banyak ilmu dan maklumat, cuma nak kongsi satu je. INI PENTING UNTUK TEMAN-TEMAN YANG SENASIB DENGAN KAKCHIK. Iya... kita yang sedang berusaha untuk mendapat zuriat ini.

Dr. Marshitah Mansor mencadangkan kita mengamalkan perkara ini setiap hari BERMULA HARI INI JUGA. Apa caranya? OK, begini:
Bangun seawal mungkin (kakchik rasa doc maksudkan waktu untuk qiamullail) dan minum 650ml air putih. Kemudian makan 1 sudu besar madu dan satu sudu besar minyak zaitun. Lepas tu rehat 2 jam. Masa rehat itu dimanfaatkan dengan solat taubat, solat tahajud dan solat hajat hinggalah masuk waktu Subuh. Lepas tu bersihkan diri, buang air kecil dan besar paling baik agar diri berasa segar. Bersarapanlah dengan makanan sunnah iaitu 7 biji kurma dan minum segelas susu segar (boleh blender bersama menjadi jus), makan semangkuk muesli (campuran oat, bijiran kekacang) dan bersedia untuk bekerja.

Itulah saranan beliau untuk kita mempersiapkan diri memiliki badan yang sihat luar dan dalam. Kakchik yakin seawal mungkin kita mulakan, makin baik. Ini cadangan doc, bukan takde cara lain... tapi apa salahnya kita mencuba kan.

Dan kita kena percaya, paling utama dalam usaha kita ini ialan BERDOA. Berdoa dengan terus-terang dan berterusan kepada Allah SWT. Kerana hanya Dia yang boleh menjadikan impian kita satu kenyataan.

Wassalam.

gambar-gambar menyusul kemudian, insyaallah.

4 comments:

  1. salam kakchik..masa mula-mula blog baru ni tak leh komen.

    tentu strees ek bila time exam ni..tak apalah..demi masa depan kan..

    tq bagi award tu yer..

    ReplyDelete
  2. salam kakchik...
    ye benar sungguh kata kakchik...apa pun DOA adalah yang paling penting...kerana segalanya atas kehendak Allah yang Maha Agung...insyaallah kita sama2 berdoa..

    ReplyDelete
  3. wkslm kak ina. kenapa takleh komen kak? blog kakchik ke yg kak ina takleh komen tu?
    exam dah habis 24hb kak, tapi elok je habis exam diuji dgn sakit pulak. paling tak suka bila sakit, menyusahkan orang.
    sama-sama & trm ksh juga sb kak ina sudi terima.

    ReplyDelete
  4. wkslm ain. kakchik memang cuba untuk sentiasa berdoa untuk dapat anak. moga2 suami pun sama. kalau ada orang lain tlg doakan, lagilah kakchik berterima kasih.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs