Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami Ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar Dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah ...
sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah Kupohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
dan aku memohon agar suami Ku untuk diri ku seorang saja.
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suami
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
p/s:
Ini BUKAN nukilan kakchik tapi terjumpa di blog ini: sutradara
Hari ni cik abe bermusafir ke Jeli kerana urusan kerja. Semoga perjalanannya pergi dan balik, selamat. Dan urusan kerjanya berjalan lancar. Mohon Allah permudahkan.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Assalamualaikum kak chik..
ReplyDeleteIdah minta izin nak copy doa untuk suami ni dalam blog idah ye..Syukran k.chik.
Wa'alaikummussalam Idah. Silakan.
ReplyDeleteSemoga suami kak chik dipelihara ALLAH.
ReplyDeletep.s: Sebenarnya blog private itu saya nak privasi/minima kan pembaca sebab itu saya sedang kemaskini pembaca tetap. Berikutan saya nak sentuh bab Feqh Munakahat, Feqh Muamalah antara suami isteri yang lebih terperinci juga hal ehwal baitul muslim.
Sayu rasa bila baca doa ini.... :(
ReplyDeleteTerima kasih Sumaiyyah.
ReplyDeletePasal blog private tu, kakchik memang jarang singgah. Maafkan kakchik ya. Selalu kalau masuk blog Sumaiyyah kakchik hanya membaca, jarang komen sebab jadi tak reti, :(
Perkara yg Sumaiyyah nak sentuh tu sangat menarik. Kakchik pun suka.
kak tie, kita isteri ni selalu mendoakan suami. harap2 suami juga mendoakan kita.
ReplyDeleteSalam kakchik, minta izin nak copy doa ni dlm blog saya ye....syukran
ReplyDeleteWkslm colourearth. silakan
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Chik, minta izin nak copy doa ni yea..terima kasih.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Rosidah. Silakan...
ReplyDelete