Followers

1.4.10

Cash Out Earnings Nuffnang for the 1st. Time

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Sudah tinggal RM0.00

Entri malam ni hanyalah sebagai catatan sejarah dalam riwayat kakchik bersama Nuffnang. Selepas 6 bulan bersama Nuffnang, malam ini buat pertama kalinya kakchik membuat cash out untuk earnings kakchik. Jumlahnya bolehlah kakchik samakan dengan harga sehelai abaya Dubai yang kakchik beli tapi tanpa selendangnya. Alhamdulillah...

Sebut pasal pendapatan dari hasil meletakkan kod-kod iklan Nuffnang ini, kakchik sebenarnya agak ralat juga dengan 'klik-klik Nuffnang'. Setiap pengunjung yang singgah, ramai juga yang tidak membaca pun apa yang kakchik tulis tapi sekadar blogwalking meninggalkan pesan yang klise. Sekali pandang kakchik sudah tahu pesanan tersebut di 'copy & paste' di merata blog yang dilawati.

Bagi yang memberi salam, insyaAllah kakchik akan cepat membuat kunjungan balas tapi jangan harap kakchik akan terus klik iklan di blog tersebut. Kakchik punya kriteria sendiri untuk mengklik iklan Nuffnang di satu-satu blog. Selalunya klik kakchik adalah hadiah untuk entri yang menarik, balasan kerana pengunjung meninggalkan komen untuk sesatu entri dan juga jika kakchik tengok iklan itu menarik, misalnya iklan Body Shop Moisture White Shiso. Sayangnya, KENAPA IKLAN INI TIDAK BOLEH DIKLIK YA?

Satu lagi, kalau boleh kita mesti jujur sama ada semasa tulis mesej di shoutbox atau di comment box. Kakchik ada ban beberapa IP kerana kelihatannya seperti robot yang saban hari datang meninggalkan spam di shoutbox kakchik kononnya untuk trafik. Maafkan kakchik ya. Kakchik sangat berhati-hati untuk klik sesatu URL website yang ditinggalkan. Sudah-sudahlah spam blog kawan-kawan, sangat annoying dan mengundang rasa jemu. Alangkah baik kalau kita singgah kerana persahabatan bukan kerana WANG/TRAFIK.

Dengar khabar Nuffnang telah menghantar email amaran kepada para bloggers kerana klik-klik. Marilah kita sama-sama beringat. Teguran itu sangat baik untuk kita, sebelum terlalai dan terleka dengan hasil pendapatan yang tidak halal atau mungkin kabur/makruh. Tahniah kepada teman-teman yang telah insaf. Sama-samalah kita buat duit dengan lebih telus melalui Nuffnang.

Kakchik rasa kakchik telah ditegur dengan cara yang halus. Terima kasih Nuffnang.

20 comments:

  1. wow bestnye kak chik..oh camtu kak chik kategorikan utk klik nuffnang ye..ok2..good idea..sy pun sejak ade buffered je yang masyuk sikit ni kalau tak hampagas jugak hahaa

    ReplyDelete
  2. tahniah kakchik, saya punya ntah ler bla nak boleh cash out :(

    Alhamdulillah skang dah ada buffered earning... moga2 rezeki nuffnang bertambah lepas ni..

    rajinnyer kakchik tukar layout lagi... :D teringin nak tukar yg lain jugak lah

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Wan. InsyaAllah tak lama lagi bolehlah cash out tu. Selalunya kalau ramai yang klik iklan buffered tu, %CTR akan naik. Banyaklah sikit hasilnya. Kakchik bukannya rajin Wan tapi kes tak puas hati punya pasal kenalah tukar. Kakchik ada buat entri khas semalam pasal nak tukar template ni. Senang je.

    ReplyDelete
  4. Catlina, nanti bila Catlina cash out tentu lagi best drp kakchik. Buffered banyak tu untuk blog Catlina tu. Kakchik hanya dapat buffered untuk Keluargaku Sayang. Blog lain tak pernah buffered. Boleh pakai ke idea kakchik tu?

    ReplyDelete
  5. tahniah kak..sy lambat lagi bleh dpt keluar..uhuhuhhuhu

    smlm byk kali sy usha blog kakchik..tgk link link ttg background..thanx ye kak..

    ReplyDelete
  6. terima kasih asha. dah berapa lama asha bernuffnang? kalau sebulan dua macam suami kakchik tu, insyaAllah tak lama bolehlah cash out.
    ooo... patut la tengok trafik di view pages tu banyak sekali, rupanya ada orang dtg tengok template blog. hehe, takpe... asalkan dapat membantu. sama2.

    ReplyDelete
  7. salam pagi chik..cikmin ada buat n3 ttg kenapa iklan body shop tu tak boleh klik..ngeee..kat blog lama.

    Tahniah kakchik kerana akan merasa duit nuffnang..nak beli apa tu ye? :)

    ReplyDelete
  8. tahniah la kak chik sebab dah boleh cash out duit nuffnang nih...saya pulak taktau la bila boleh cash out...dah lama gak berblog nih tapi dedulu tak letak iklan nuffnang...baru2 ni je letak..hehehe

    ReplyDelete
  9. Ala kak Chik ni bkn nak bgtau jumlahnya. Apapun tahniah. Ada juga hasil berblogging yer.

    ReplyDelete
  10. aiseh..bestnya. saya ni part time blogger ja. so saya tak ambik pusing sangat bab2 earnings from nuffnang ni. but very nice kan dapat eranings while blogging. nanti lah saya mentelaah bab ni. btw, nice blog! salam ziarah.

    ReplyDelete
  11. salam kak chik

    itulah, dalam dunia maya pun saya sudah dapat menapis, siapa yang mahu bersahabat dengan ikhlas dan siapa yang bersahabat kerana agenda yang tersendiri

    kalau ikhlas, tidak akan rasa jemu untuk berkunjung dan memberi komen, kadang-kadang yang cepat datang dan cepat hilang

    sya suka selalu datang, dan terus melekat sehingga bila-bila

    ReplyDelete
  12. Salam... salam perkenalan..
    Saya selalu menyinggah tp hanya singgah aja..suka baca entry yg kak chik buat. x pernahla mengomen apa2 . just kalini saja nak menyapa.. mudah-mudahan salam di terima.

    ReplyDelete
  13. wkslm cikmin.
    trm ksh ya bagitau chik. nanti nak gi baca. baru sekali nak cash out hehe.

    ReplyDelete
  14. terima kasih shiori. kakchik dulu letak advertlets kat sini, sebelum tukar dgn nuffy, sikit lagi nak sampai RM50 tapi itu selepas setahun lebih la. letak nuffy ni sebab kita tak payah nak kempen2, org minat dia klik. gitu je. kakchik tengok malam tadi 3 iklan shiori semua aktif

    ReplyDelete
  15. Emy, harga abaya kakchik selalunya antara RM150 - RM250, bonus iklan nuffnang ada di antara tu hehe. Tima kasih.

    ReplyDelete
  16. ComeyBelako, terima kasih sudi singgah dan komen. Tak kisah part time atau full time, boleh je kalau nak mengiklan. Kakchik pun letak untuk sampingan je bukan kerana duit semata-mata. Setiap hari update pun sebab kakchik ada matlamat lain dlm blogging ni. Jemput singgah lagi ya.

    ReplyDelete
  17. Wkslm Mas. Kakchik setuju dgn komen Mas tu. Naluri kita akan tahu melalui komen, teguran, tulisan dll. InsyaAllah kakchik memang menulis blog untuk menghulurkan salam.

    ReplyDelete
  18. Wkslm joijoi80. InsyaAllah kakchik tak pernah menolak salam persahabatan yang dihulurkan. Semoga kita saling berukhuwah untuk mencari manfaat dunia dan akhirat. Jangan segan-segan nak tinggalkan komen atau mesej ya.

    ReplyDelete
  19. wah.. kakchik, 6 bulan bersama nuffnang dah boleh check out.. tahniah.. sy punya la lama nak dpt.. tp dah berjaya juga.. tp dlm setahun juga..

    ReplyDelete
  20. sop, 6 bulan bukan ke lama tu? kakchik ingat ramai org buat dlm 2, 3 bulan je dah boleh cash out. ni dok tunggu cek sampai la ni. bila... la dia nak sampai.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs