Followers

15.4.10

Ranking Alexa 1 - 15 April 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi.

Alhamdulillah kita masih kesempatan untuk bertemu lagi di dunia blog ini. Panas sungguh malam ni hinggakan kakchik bersolat dalam keadaan peluh memercik membasahi baju yang dipakai. Rasanya telekung solat tu esok dan kena basuh walaupun baru dipakai. Takut masam sebab selalu disirami peluh.

Raking Alexa.

Apa ke bendanya tu? Entah, kakchik sendiri pun tidaklah tahu sangat untuk apa sebenarnya kita menilai ranking blog kita. Bulan lepas selalu je ada entri di kalangan bloggers pasal PR dan ranking Alexa blog mereka. Kakchik ada juga baca dan faham sikit-sikit. Nak tanya cik abe ... terasa malas sebab kakchik tengok dia ada banyak kerja. Jadi kakchik pandai-pandai sendiri meletakkan kod mengira ranking ini hujung bulan lepas. Kalau tak silap 29hb Mac.

Uish, hari pertama kakchik tengok ranking lebih 1.9 juta dan blog kakchik ni  tersenarai di 3 buah negara iaitu Malaysia, Jepun dan Singapura. Huhu... boleh tahan. Kakchik rasa yang Jepun tu mesti Hana yang selalu singgah dan Singapura tu Stylomom. Allahu'alam. Ada 58 laman yang membuat linking ke blog kakchik, yang ni pun kakchik tak faham sangat dan buat masa ni takde masa nak explore lebih lanjut pasal ni. Sayangnya kakchik terlupa nak capture region atau skrin pada hari pertama tu.

Tapi selepas tu kakchik cuba capture region beberapa kali dari 1 Apr hinggalah hari ini 15 Apr. Cuba tengok di bawah.
1 April 2010

2 April 2010

3 April 2010

4 April 2010, kakchik tambah Page Rank

6 April 2010

9 April 2010

14 April 2010

15 April 2010

Oh, rupanya memang berlaku perubahan pada ranking tu. Maknanya dalam tempoh 15 hari berlaku pengurangan sebanyak 41 ribu. Banyak juga tu.Kakchik pun tak sangka blog ini dari hari ke hari makin bertambah pengunjung dan pembacanya. Terima kasih ya sebab kalian sudi singgah di sini. Bukannya kakchik banyak berkongsi ilmu pun, sekadar menulis ikut sedap rasa je.

Cukuplah dulu pasal ranking ni. Kakchik nak tinggu hingga hujung bulan nak tengok di mana kedudukan blog Keluargaku Sayang di alam blogger. Bagi sesiapa yang berminat nak tahu kedudukan blog masing-masing, sila ke sini: http://www.alexa.com/

Dan ini skrin yang keluar bila kakchik klik search.

klik dan drag/tarik ke TAB baru untuk besarkan.

Dalam ramai-ramai, sapa yang mahir pasal ranking ni tolong share maklumat dan pengetahuan ya. Terima kasih. Wassalam.

12 comments:

  1. Salam

    alhamdulillah. makin menurun alexa dari hari ke hari ;)

    suke dengan penulisan kakchik.

    matang :)

    ReplyDelete
  2. salam kakcik...akak sedih ni..sebab baru tkr ke nama lain..dah tak tersenarai dah kat dlm alexia..gamaknya kena tunggu sebulan lah nampaknya..tak aper..akak sabar menanti.

    ReplyDelete
  3. kak chik, saya langsung tak reti nak guna alexa dan page rank tu
    boleh tolong beri tunjuk ajar?
    saya tahu ramai blogger dah kupas ttg ni tapi sy selesa utk berguru dgn kak chik

    tq in advance kak chik :)

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam miss lolly.

    Terima kasih... tak sangka pulak blogger cantik glamor singgah blog kakchik. Selamat datang ya miss lolly.

    Hehe, kakchik dah makin tua, mungkin itulah sebabnya tulisan pun matang.

    ReplyDelete
  5. wa'alaikummussalam kak ina. jangan sedih-sedih ya kak. kakchik yakin, kejap aje tu blog akak tak tersenarai... w/pun nama dah lain tapi pengunjung tetap ramai. insyaallaah alexa tau tu. sabar ya kak ina.

    ReplyDelete
  6. salwa, huhu... permintaan yang kakchik kena fikirkan elok-elok tu dan kakchik kena tambah ilmu dulu. kakchik pun masih terlalu baru dgn alexa ni. insyaallah kakchik belajar lagi dan kongsikan pasal alexa dgn salwa.

    terima kasih... macam ayat compliment je yg akhir tu... naik semangat!

    ReplyDelete
  7. sy nye ranking 3 juta lebih lagi waaaaa!:)

    ReplyDelete
  8. salam kak chik;
    ok la tu blog saya....6 juta lebih lagi ranking dia wakaka...tapi tak pasti la dah turun ke belum nanti nak cuba buat macam kak chik print screen hari hari..hehehe

    ReplyDelete
  9. sekali je sy pernah try tgk ranking...
    sbnrnya tak tahu sgt fungsi nye

    ReplyDelete
  10. catlina, ranking utk blog yg mana satu tu?

    ReplyDelete
  11. wkslm shiori.
    huhu, kakchik ingatkan blog kakchik yg plg teruk bermula dgn sejuta lebih. cuba shiori cek semula, mgkn dah banyak kurangnya tu.

    ReplyDelete
  12. asha, suami kakchik kata ranking tu boleh menarik minat pengiklan ke blog kita. bila ranking tinggi yakni angkanya kecik, kuasa iklan makin naik.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs