Biarlah apa orang nak kata, kakchik nak juga letakkan gambar-gambar Tok Guru di sini. Kalau ada yang ingin melihat keaddan Tok Guru di Mekah, ini beberapa keping gambar yang kakchik salin dari FB Tok Guru.
Alhamdulillah... Tok Guru kelihatan tenang dan gembira menjalani ibadah umrah dan ziarah di sana.
Alhamdulillah... terima kasih kepada Tuan Haji Arshad yang sudi berkongsi dengan kita gambar-gambar Tok Guru yang beliau rakam di Mekah. Gembira kami melihat Tok Guru sihat, tenang dan gembira sepanjang mengerjakan umrah.
Kami menanti kepulangan pemimpin kesayangan ramai ini dengan penuh sabar. Semoga Allah kurniakan Tok Guru ketenangan dan kekuatan untuk terus meneraju negeri ini.
Wassalam.
Sumber gambar-gambar: http://hjarshad.blogspot.com/
Salam k.chik...sonok dpt tgk gambar Tok Guru kt Mekah dlm keadaan sht.ssh nk cari pemimpin sepertinya...semoga ALLAH pjgkn usianya utk menegakkan agama islam.ingat dulu,isu Tok Guru ditaja tuk ke Mekah...ada jer org yg dengki pada beliaukan..Pernah sekali mengikuti kuliah Tok guru dgn suami k.atie,ketika brkunjung ke kelantan dulu...ingat nanti nk terjah kedai k.chik lak klu g kelantan lg...hikhik bole ker?
ReplyDeletesalam kak chik. alhamdulillah, akk suka kak chik letak gambar TGNA di sini. alhamdulillah, senang hati tgk TNGA tersenyum..
ReplyDeleteseronoknya tgk gamba.. bersih aje kan muka tgna..:)
ReplyDeletebila la kami nk dijemput ke rumah allah...
kakchik, terima kasih kerana upload gambar2 ni
ReplyDeletesebenarnya kami sekeluarga merancang nak ke kelantan untuk bawa anak2 kami berjumpa tok guru Nik Aziz
kami sekeluarga amat mengagumi ulama' ini,
harap kami ada rezeki untuk bertemu beliau secara live, terutama buat anak2 kami...
Wa'alaikummussalam k.atie. Kakchik asalnya nak letak kat blog satu lagi tapi teringat mungkin dlm ramai2 kawan kat blog ada yg sayangkan tokguru, akhirnya letak kat sini. Cabaran untuk orang yang bekerja untuk Islam tak pernah kurang kak. Nabi dulu lagi teruk, sebab tu tokguru sabar. Insyaallah bila akan turun dr ipoh ke kb, mesti selitkan waktu utk jumpa kakchik ya. Nak terjah kedai, laut kakchik persilakn.
ReplyDeletewa'alaikummussalam k.anis. kakchik pun gembira bila k.anis gembira. alhamdulillah.
ReplyDeleteiu, nak jumpa tokguru amat senang. nanti kalau balik malaysia, jemputlah ke kb. pastikan hujung minggu termasuk jumaat. insyaallah boleh tengok live, dekat atau jauh. suami dan anak2 boleh bersalaman lagi.
ReplyDeletesama-sama salwa. jemputlah datang ya. hari paling mudah nak jumpa tokguru ialah antara rabu hingga jumaat. sama ada ke masjidnya di pulau melaka atau mengikuti kuliah jumaat di medan ilmu, di pusat bandar. insyaallah ada peluangnya.
ReplyDelete