Followers

14.4.10

Gejala Sosial Macam Tiada Pengurangannya.

Assalamualaikum dan salam pagi ceria.

Gejala sosial di negara kita hari ni macam tiada pengurangannya malah makin menjadi-jadi. Dari hari ke hari, kita dihidangkan dengan segala macam masalah yang dipanggil gejala sosial. Setiap hari suratkhabar negara kita tentu ada melaporkan bermacam salah laku sosial. Bunuh orang, rompak, buang anak, bunuh anak, dera isteri, dera anak, pecah kereta cikgu dan entah seribu satu macam tajuk yang meloyakan dan menggerunkan.

Apa yang kakchik nampak, kerana setiap hari berita lagu tu keluar dan selalu sangat kita tengok gambar-gambar dahsyat dan menyayat hati, kita dah jadi BIASA. Mula-mula tengok mungkin istighfar lepas tu rasa marah membuak-buak, luahkan dengan kata-kata tapi tak beberapa jam, kita dah tiada rasa apa-apa lagi. Semacam lumrah berlaku perkara macam tu. Na'uzubillah.

Kemaruk Minyak Pengasih

BH, Edisi Timur, 14/04/2010

Bukan calang-calang orang yang kemaruk benda ni tapi PELAJAR IPT !! Untuk apa sebenarnya minyak pengasih ni kalau bukan bertujuan untuk maksiat? Cetek benarkah tahap pemikiran pelajar IPT hari ni hinggakan perkara khurafat dan tahyul begini berjaya mempengaruhi mereka? Nak kata tiada asas agama, kakchik tak percaya. Insyaallah orang Melayu-Islam di Malaysia ni ada asas agama sejak dari tadika lagi sudah dididik dengan pendidikan Islam atau kerohanian. Cuma persekitaran yang menggalakkan maksiat dan iman yang lemah hasil hidup materialistik menyebabkan orang cerdik pun boleh jadi bodoh.

9 Kereta Guru Disimbah Cat

BH, Muka Depan, 14/04/2010

Kes ini pula menjadi muka depan BH dan Metro. Bukan budak besar yang buat hal ni tapi budak umur 14 tahun! Masih sangat muda dan di bawah umur. Hanya kerana marahkan seorang guru disiplin, habis 9 buah kereta guru dirosakkan budak-budak nakal ini. Bagi kakchik mereka amat amat amat perlu dikaunseling dan ditamrinkan SEGERA. Umur 14 tahun sudah berani menjadi jahat begini, kalau tiada bimbingan tak mustahil, setahun dua lagi jenayah mereka semakin berat. Lainlah kalau mereka insaf sebelum terlanjur jauh.

Bunuh Dua Anak: Ibu kena bela diri

Kosmo, 13/04/2010

Masalah MENTAL. Semakin kehidupan menjadi materialistik, survival hidup terutama bagi mereka yang berpendapatan kecil atau sederhana memang boleh memberi tekanan kepada ibu bapa. Hari ini keperluan hidup amat mahal dan banyak. Kita boleh jadi selalu stres dan jika tiada pergantungan kepada Allah dan hanya berharap kepada tulang empat kerat dan nasib, kita mungkin jadi seperti ibu di atas. Sanggup membunuh anak sendiri yang masih kanak-kanak. MashaAllah... isu ini amat menyentuh sanubari kakchik.

Itu cuma 3 contoh. Kalian sendiri pun tahu sebab kalian juga menonton berita, membaca akhbar. Kalau langsung tak sensitif dan prihatin tu, segeralah berubah sebelum kita dilabel sebagai PENTINGKAN DIRI sahaja.

Penyelesaiannya bagaimana? 

6 comments:

  1. betul la kakchik..makin menjadi2 skrg ni. rasa tak aman je walaupun duk kat tmpt sendiri :(

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah didikan ibu bapa menjadi pedoman utk saya pilih jalan..

    jalan lurus atau jalan mati..

    tukang kata bertukang di sini..nice en3..
    ;)

    saya follow anda!

    ReplyDelete
  3. Nadiah, sekarang ni memang sangat tidak selamat w/pun polis ada di merata-rata. Hanya Allah penyelamat kita.

    ReplyDelete
  4. Tukang Kata, syukurlah ibu bapa Tukang Kata telah mendidik Tukang Kata dengan baik. Sepatutnya tiada atau, pilihlah jalan yang lurus menuju Allah w/pun ianya berliku.

    Terima kasih singgah, komen dan follow.

    ReplyDelete
  5. Saya di sini pun sedih kak chik,asal bukak paper msia je,mcm2 kes,lg teruk dr orang barat pula.Orang baratpun takde sampai buang anak tepi longkang.Walaupun bukan islam,kita yang islam pula sanggup buang anak.Kadang2 gerun kalau melangkah pulang pasti culture shock kejap,pasal sudah terbiasa dengan slogan safety first.Adakah dunia sudah ahkir usianya?Harap2 kak chik dpt memberi ilmu berpanjang mungkin dpt menyedarkan sebilangan kecil yang lupa.

    ReplyDelete
  6. blackcardamompods,
    memang petanda akhir zaman. sungguh menakutkan. orang Islam semakin ramai tapi yang berkualiti terlalu sedikit. ibarat kata hadis, ramai seperti buih. insyaallah mana yang baik kita kongsikan bersama.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs