Bubur Ayam MarryBrown
Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua teman-teman tersayang.
Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ni. Panjang lagi umur kita sehari. Dan murah pula rezeki kita hari ni.
Kakchik baru balik dari kuliah Jumaat ni, jadi yang paling cepat kakchik update ialah FB. Ini baru nak mengarang entri pertama untuk hari ni. Sekarang dah tak lama lagi masuk waktu solat Jumaat, kakchik baru nak buat entri pasal Bubur Ayam ni. Semua orang pun dah sarapan tadi, kejap lagi nak lunch pula.
Ni cerita petang semalam. Selepas ke pejabat pos di Stesen Minyak Petronas Padang Tembak, kakchik ke Pantai Timur Hypermarket untuk membeli hadiah khas buat kawan baik yang baru bersalin anak sulong. Actually bukanlah baru sangat, dah 46 hari pun cuma kakchik baru ada masa nak menziarahi. Nanti kakchik ada entri khusus pasal ziarah kakchik tu.
Lepas siap beli hadiah, kakchik ingat nak belanja dia makan sesuatu yang enak, apa lagi kat depan PT Hypermarket tu ada MarryBrown, teringatlah buburnya yang sedap tu. Alhamdulillah... dapat beli 5 mangkuk, take away. 2 untuk kak mas, kawan kakchik tu, 3 untuk bawa balik ke rumah. Isyk... memang sedap sungguh bubur ni, rasa macam nak makan lagi je hari ni tapi malas pula nak ke Pengkalan Chepa.
Kenyang tengok gambar ajelah.
Ish.... kak tie dah betul-betul terliur ni. Kak tie memang suka bubur nasi.. kalau buat sendiri macam tak sedap je..
ReplyDeletecari aje kat marrybrown kak tie hehe
ReplyDeletesedapnye bubur tu T_________T
ReplyDeletesalam kenal dari nabilah.. ;)
ReplyDeleteyupp..bubur kt MB memang sedap...sy lbh suka bubur seafood.. :)
salam kak chik,
ReplyDeletewah, klau bubur2 ni mmg faveret saya gak. penah rasa yg marrybrown ni,memang sedap, kan?
Alynn Notnot, dah pernah makan ke?
ReplyDeleteSalam kenal kembali nabilah. Terima kasih ya sudi singgah dan komen entri kakchik. Bubur seafood kakchik belum try lagi. Tak perasan pulak kat MB ada bubur seafood. Next time blh cuba ni.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Nur. Kalaulah kita dapat jumpa, boleh la sama2 kita gi pekena bubur ni kat MB.
ReplyDeleteterliur doh tgk nasik air marrybrown nih..bestnya
ReplyDeletesaya memang suka makan marrybrown. kalau pegi cameron highland, itu je sy makan kat sana. siap tapau bawak balik hotel. kat kl x jumpa plak marry brown. sapa tau marry brown kat kl ada katner? teringin. :(
ReplyDeleteHamizah, sabar ya :) nanti boleh cari di MB
ReplyDeleteNurul, jarang benar kakchik kenal kawan yang suka MB, selalunya KFC atau McD. Kalau sampai tapau tu, kiranya peminat setia la ni. Kakchik pun tak tau di mana MB kat KL tu. Cuba Nurul google.
ReplyDeletesalam k.chik, saya pun peminat bubur marry brown juga. tapi yang di kelantan ni tak berapa sedap la berbanding dengan tempat lain. Ntah bahan apa yang kurang. Tapi saya beli juga. -zuna-
ReplyDelete