Followers

7.4.10

Semoga Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Di pagi hari yang ceria ni kita bertemu lagi di lembaran blog Keluargaku Sayang. Sesuai di awal hari yang baru ini, kita sama-sama memperingati diri kita akan hidup kita di atas dunia ALLAH yang sementara ini.

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Oleh itu jom kita semak balik borang muhasabah harian kita....
  • solat fardu kita on time kah? kalau ya 'on time' berapa kali?
  • solat kita berjamaaah ke? kalau ya berapa kali?
  • kita berzikir kah selepas solat? berapa bakul zikir kita?
  • solat tahajjud kah kita malam tadi? ada sempat witirkah?
  • solat sunnah qabliyah kah kita?
  • solat sunat ba'diyah kah kita?
  • solat dhuha kah kita?
  • puasa sunnat kah kita isnin lepas? kalau miss kita nak top up kan khamis esok?
  • ada bersedekah kah semalam? walau seringgit? atau paling kurang kita tersenyum kah kepada saudara kita?
  • kita maafkan kah kesalahan dan kelemahan sahabat kita atau orang yg tersayang ?
  • berapa ayat al qur'an kita baca hari ini? kalau semalam satu 'ain, hari ini boleh dapat dua(2) 'ain ke?
  • ada buku baru yang menarik untuk dibaca hari ini?

Sila tik (/) kan borang muhasabah harian kita semua....

Berdoalah kepada ALlah agar kita sentiasa cemerlang di sisiNYa.

Tazkirah ini kakchik salin dari blog Ir Endok Sempo, penulis buku Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung.

6 comments:

  1. Terima kasih atas peringatan ini :)

    ~ kak tie ada komen di 2 entri sebelum ni, tapi komennya hilang pulak, hehe...

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kak tie.

    Insyaallah kedua-dua komen kak tie tu sudah pun kakchik balas. Sat nak cek betul ke hilang.

    ReplyDelete
  3. k.chik, menarik lah entry k.chik ni..rasa cam nak ceduk jugak..leh muhasabah diri..

    TQ for sharing k.chik

    ReplyDelete
  4. TQSM kakchik...ingat mengingat sesama kita...trkdg kita trleka krn kesibukkn...

    ReplyDelete
  5. Jue, silakan... kakchik no problem :)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails