Followers

17.4.10

Roti Canai dan Parata Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman semua.

Alhamdulillah... selepas sehari tiada mengemaskini blog ini kakchik dah teramat rindu kepada kalian dan blog Keluargaku Sayang ni. Bukan mudah nak update blog bila kerja terlalu banyak. Selesai kerja pejabat, ada kerja di kedai pula. Habis di kedai, kerja rumahlah pulak. Bak kata tak pernah habis hinggalah melelapkan mata dalam keadaan keletihan. Sehari dua ni begitulah keadaannya.

Roti canai kari + dal dan parata kari ayam.

Cerita roti canai dan parata ni patut jadi cerita pagi Khamis tapi terlepas sampai hari Sabtu sebab sibuk. Anyway, tak kisah asalkan kakchik ada cerita untuk kalian.

Khamis lepas, pagi-pagi hari lagi di Emran asyik sakit perut. Menangis dan meraung dia sebab perutnya kembung. Ibunya dah ke hospital selepas menghantar Eqbal ke rumah mertuanya dan Kakak dan Nana ke tadika. Kakchik tengok adik kakchik tu menangis pagi tu sebab kerenah anak-anaknya . Dah la dia lewat nak ke hospital, anak-anak pulak macam-macam kerenah. Emran ditinggalkan di rumah dalam keadaan sakit sebab si kecik tu degil tak mau ikut ibunya pergi check up. 

Kakchik dengan Cik Abe dan Amni ambil keputusan menghantar Emran ke hospital, senang sikit biar ibunya yang doktor tu bawa jumpa doc kanak-kanak. Sampai di HPRZ2 kami tinggalkan Emran kat situ sebab adik kakchik akan bawa dia pulang nanti. Sebab hari masih pagi dan kami pun belum sarapan, cik abe bawa kami ke Jln. Dato' Lundang ke Kedai Makan Hamid untuk merasa roti canai sedap.

Inilah sebahagian gambar kenangan semasa di situ.

terlupa nak ambil gambar kedai dari luar... ni kami sedang menunggu pesanan kami siap

suap amni makan roti canai. si kecik ni makan banyak sungguh

adik nak! adik nak! kata amni

pinggan setimbun selepas kami makan

jangan lupa cuci tangan dan mulut

nak balik dah... amni mengantuk sebab perut kenyang, alhamdulillah.

Alhamdulillah... memang sedap sekali roti canai dan parata kat situ. Lain kali kalau kami ke sana mungkin kakchik nak cuba capati pula. Bagi sesiapa yang berminat nak makan hidangan jenis roti ini, Kedai Makan Hamid di Jalan Dato' Lundang berhadapan Tadika Akrab Bestari dibuka dari awal pagi hingga tengahari. Suasana dalam kedai macam kopitiam zaman dulu-dulu.

Selamat mencuba!

2 comments:

  1. parata memang sedap,sini byk parata dari roti canai pasal roti canai kena buat sendiri.nanti balik buleh pegi makan sana.

    ReplyDelete
  2. kat uk ramai org india/pakistan kot tu yg byk parata tu. kalau b c p balik, tentu seronok menjamu selera kat kedai makan hamid tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs