Followers

21.4.10

Jangan Percaya!


Baik-baik bila pergi ke KLCC !! Bawa kawan dan jangan sorang-sorang. Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.

Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jum'at) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada siapa2 didalamnya. Dia masuk dan tekan tombol "G" untuk ke Ground floor. 

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka... kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya. 

Dia tertanya-tanya di dalam hatinya... "Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?" Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat. 


Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ......... dan segera berkata ........

"Maaf ya... saya kentut...abang jangan marah ya ?"

Hahahahahha... jangan... jangan... jangan marah. Nanti cepat tuer...

*Gambar di atas sekadar hiasan. Tidak ada kena mengena dengan cerita ini...

** Moralnya : Jangan simpan angin anda ketika berada dalam lift. Keluarkan sehabis-habisnya sewaktu di luar. Kalau lift rosak secara tiba-tiba, taklah buat suspen kat orang lain.

===============================================
Kakchik tengah stres mengulangkaji ni dan terjumpa pulak lawak kelakar ni dalam blog Hj. Arshad tadi. Jangan marah ya. Ini sekadar hiburan di malam hari.

8 comments:

  1. hehehe.pernah baca la lawak ni kat mane ntah..saspen jekan.

    btw, salam singgah..:)

    ReplyDelete
  2. salam pagi hari kak chik//

    re: sy dah pernah buat post "how to get pregnant dulu :) ni link dia ..

    http://catlinaflybaby.blogspot.com/2010/03/how-to-get-pregnantfor-married-couple.html

    ReplyDelete
  3. salam.. kakpah dah mula nak seram hehe..

    ReplyDelete
  4. fanadz, lawak ni mungkin dah lama berlegar2 di ruang maya ni cuma kakchik yg baru terjumpa. eii... seram bulu roma tapi suspense ...

    selamat datang ya fanadz

    ReplyDelete
  5. wkslm catlina.

    nanti kakchik ken agi search blog catlina utk entri yg tu.

    ops, dah ada link. tima kasih ya.

    ReplyDelete
  6. kakpah, kakchik pun seram jugak kak... orang dah kata jangan percaya! hehe, percaya jugak la tu...

    ReplyDelete
  7. salam...
    kakchik nie,ana dah la blogwalking tgh2 mlm buta..romate pn da tdo..skali kuar gmbr yg xde kne mgena dgn entry..hehe...wat saspens je...^^

    ReplyDelete
  8. wkslm anayilz. maafkan kakchik ya dik. kan kakchik dah pesan awal2 tu JANGAN PERCAYA. hehe... dah baca tu rasa seram sejuk la sekejap kan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs