Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar teman-teman semua? Kakchik doakan semuanya sihat sejahtera. Dah malam ni barulah ada idea nak menulis. Ingatkan siang tadi dapatlah update satu dua cerita tapi hari ni ada mesyuarat bulanan, jadi segala tumpuan adalah untuk mesyuarat.
Sebenarnya memang payah juga nak cari idea untuk berkongsi di sini. Nak tulis pasal budak nakal Rafiqin, dah berlambak orang tulis, dah jadi isu basi. Moga-moga Allah beri petunjuk dan hidayah kat budak itu sebelum jauh tersesat. Budak itu membuatkan kakchik terfikir, "bagaimanakah ibu bapanya mendidik hingga anak menjadi remaja bawah umur yang kurang ajar begitu?" tapi orang dewasa pun ramai yang kurang ajar kerana menghina ulamak tapi dunia bloggers tak heboh sangat. Pelik sebenarnya.
Ok, tak mahu tulis yang formal, malam-malam ni nak yang ringan-ringan je jadi kakchik nak bertaaruf dengan kalian tentang kami berdua. Itupun kalau ada yang sudi nak kenal lebih lanjut la kan. Apapun... inilah dia kami berdua.
PERBEZAAN
Sains Komputer vs Usuluddin (jauh bezanya tapi siapa sangka kan?)
Pulau Pinang vs Mansurah, Mesir (bukan KCB tapi ala-ala KCB hihi)
Belajar komputer, kerja bidang pengurusan vs Belajar agama, kerja bidang ICT (macam terbalik je)
Periang vs Pendiam (erk, dah tak berapa pendiam dah sekarang ni hehe, terpengaruh)
Faris Petra bertemu Maahad Lilbanin (pernah juga masuk MML menyertai Pidato Negeri, segan sungguh, maklum... semuanya lelaki)
Kaki buku vs Kaki suratkhabar (masing-masing tambah koleksi)
1974 vs 1975 (kakchik muda setahun hehehe...)
Suka astro channel sains vs Astro channel sukan (cuba teka channel mana yang mengalah?)
Canon iXus 7 vs Sonny Cybershot 7.2 megapixel (kalau tersalah tukar kamera, gambar tak menjadi sangat)
Laptop vs Desktop (tentulah cik abe punya lagi powerful)
Milo vs Kopi (awal kahwin hingga hari ni)
PERSAMAAN
Suka membaca - sorang suka buku, sorang suratkhabar.
Suka menulis - dua2 ada banyak blog.
Suka ke majlis ilmu - kalau kakchik takde kelas, kami sama-sama ke kuliah jumaat.
Suka ambil gambar - kami berdua punya kamera sendiri.
Suka kanak-kanak - kami tumpuan anak-anak saudara kecik hingga yang remaja.
Suka makan makanan jenis berair - sup, tom yam, asam pedas memang kegemaran.
Suka kekemasan - masing-masing tolong membersih dan mengemas rumah.
Kaki internet - hidup tak lengkap kalau tanpa internet.
Suka filem KCB1 dan KCB2 - filem pertama yang kami tonton bersama dan sangat sukakannya.
Suka muzik - Maher Zain, Hamza Robertson, Outlandish, Imad Rami, Sami Yusuf, Hijjaz, dll.
PALING PENTING - kami sama-sama bekerja untuk ISLAM, insyaallah.
KAMI SERASI - kata beberapa orang kenalan, alhamdulillah... semoga Allah berkati hidup kami dunia akhirat.
Perbezaan dan Persamaan tu kakchik main tulis je secara spontan. Allahu'alam tentu masih banyak lagi. Perkongsian ini sekadar ingin mengeratkan lagi hubungan kita semua. Terutama bagi yang baru berkenalan.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
salam kak chik,
ReplyDeleteseronok baca versus ni. hihi. takpenah plak saya catat perbezaan atau persamaan saya ngan suami. Tentu seronok kan?
Hi..hi Chik.. seronok baca.. Kak Nur biasa juga catat persamaan dan perbezaan dengan suami tapi dalam kepala je la..
ReplyDeleteSaja nak kongsi kat sini; Kak Nur dan suami sama-sama suka filem kungfu Jackie chan dan Jet Li.
a'kum kak chik.
ReplyDeleteRupanya kak chik ni ex-faris petra. Cik abg saya pun ex student situ jugak. Mungkin dia senior kak chik sbb dia thn 1974. Tak tahulah kak chik kenal tak dia sbb dia kata dia ni low profile kat sekolah dulu.
Wa'alaikummussalam Nur.
ReplyDeleteKalau Nur terhibur membacanya, kakchik kira sdh mencapai matlamat. Kakchik pun inilah kali pertama mencatatnya. Bila dibaca kembali terasa lucu tapi lebih memahami suami sendiri.
kak nur, banyak lagi sebenarnya tapi yang tu kena tapis banyak hehehe.
ReplyDeletebila tengok macam ni, chik terfikir, Allah ni memang elok je DIA aturkan pasangan hidup kita. k.nur dgn doc tentu byk persamaan.
woah... k.nur suami isteri minat kung fu, kita memang boleh berkawan tapi ustaz tak minat...
Wa'alaikummussalam Mahani.
ReplyDeleteHehe, Mahani kena baca betul2 apa yang kakchik tulis italic tu. Maksudnya terbalik tu. Siapa suami Mahani ya? Kakchik tengok gambar kat sidebar tu tak berapa jelas tapi macam Idris je... kalau silap maafkan kakchik ya.
Maksudnya kakchik ni sama batch dgn dia la. nama dia Mohd. Asmawi yusoff. rata2 ex-schoolmate yg jumpa dia kata muka dia tak berubah sgt. Mudah nak cam. Nanti saya try tanya dia pulak. dia ingat tak dgn kakchik ni.
ReplyDeletekalau asmawi, kakchik memang kenal.
ReplyDeletekami sama-sama prefect masa kat sekolah dulu. memang low profile.
Ooo Kak Chik org USM. Iza ingat kan Kak Chik ngaji kat UM ehehe... salah rupanya :)
ReplyDeleteiza, alhamdulillah... bila taaruf macam ni iza pun lebih kenal kakchik kan. ramai org ingat kakchik ex-UM. actually dalam 6 beradik perempuan, 4 ex-UM, 1 ex-USM (kakchik la tu) dan 1 ex-UPM.
ReplyDeletebaru pertama kali jumpa entry ni dan najwa suka!! :-D
ReplyDeleteterima kasih najwa. bila dibaca semula, terasa lucu je.
ReplyDelete