Followers

22.4.10

Exam Week - Belek-belek album lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah... berkat doa kawan-kawan semua petang tadi kakchik dah selesai menduduki exam paper yang pertama. Rasanya kakchik jawab semua soalan yang diberikan dengan baik. Insyaallah... dengan izin-Nya, kakchik amat berharap kertas itu kakchik lulus dengan A. Kena think positive kan.

Malam ni nak menulis tu lewat baru ada mood. Lagipun kakchik masih ada kertas esok, masih kena belek-belek buku juga. Sambil-sambil tu kakchik belek album-album lama. Takde lah lama sangat tapi rasa nak kongsi je kenangan itu bersama teman-teman.

Tahun ni kakchik tak sempat ke Pesta Buku tapi 2 tahun lepas kakchik diizinkan Allah ke sana. Ini antara gambar kenangan semasa di sana.

Di sebelah banting besar di sepanjang laluan menuju ke dewan tun razak 2.

Dah terlalu lama kakchik tidak membuka gerai di HUSM, rindu suasana berjualan buku di situ. Sungguh meriah sambutannya.

Bertemu Farah Adeeba di malam sambutan tahun baru 2009 di Stadium Sultan Muhd. ke-IV.

Kenangan berceramah tentang kepentingan menanam minat cintakan buku dalam satu kursus guru-guru pra-sekolah.

Menerima cenderahati dari Puan Pendaftar OUM semasa Hari Terbuka OUM yang pertama.

Cukuplah. Mata dah letih... kalian pun malas nak baca kalau panjang-panjang. Terima kasih kerana sudi membaca, menjenguk ke blog kakchik ni. Kalau ada yang baik tu silalah ambil, kakchik sedekah dengan senang hati. Yang buruk pula harap maafkan kakchik.

Wassalam.

8 comments:

  1. alhamdulillah dah lepas 1 paper...mudah2an paper yg seterusnya pun kakchik dpt jawab dgn mudah insyaallah

    ReplyDelete
  2. Selamat menjalani ujian Kak Chik. Semoga sukses :)

    Kalau dah penat study, tengok gambar2 lama boleh rileks kan minda yer dok hehe :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah,amin.
    moga kakchik success ..

    ReplyDelete
  4. salam k.chik..mcmana exam paper 1?okey?semoga Allah permudahkn k.chik yer.wui!!bestnya jumpa Farah tue,laaa keciknya k.chik ingat sifarah tue yg kecik..selalu tgk kt TV jer...tp ada org laen lgggg kecik!!lupa lak,nanti ambil bunga kt umah k.atie yer...

    ReplyDelete
  5. ain, hari ni semuanya dah selesai untuk semester ni. hari ni paling susah. rasa macam drain out je. trm ksh sebab ain doakan kakchik.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih buat iza. Kakchik study sambil belek-belek album hehe. Akhir2 ni takleh nak serius sangat, tak masuk.

    ReplyDelete
  7. wkslm kak atie sayang. exam paper 1 dan 2 ok kak, tapi yg hari ni agak susah. harapnya dengan semua jawapanyang diberi, % betulnya tinggi.
    hehe... farah tu tinggi lah kak, cuma dia langsing. kakchik ni memang petit.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs