Followers

12.4.10

Radix Chicken House di Kota Bharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Di malam yang tenang, indah tapi panas ni kakchik cuma mahu update mengenai aktiviti semalam bersama kawan-kawan sekerja. Kakchik dan Dila berpakat nak belanja Kak Akmar yang sedang mengandung juga sempena birthday dia yang lebih awal dari kami. Pilihan kami ialah restoran makanan segera HPA yang baru dibuka di Kota Bharu Trade Center (KBTC).

Bagi yang tidak tahu di mana nak cari restoran ini, jom ikut kakchik dan kawan-kawan.

Mula-mula kalian perlu cari bangunan ini, KBTC:

Masuk dalam bangunan itu dan cari lif atau escalator, terus ke tingkat 3. Kalau tak yakin, cuba lihat-lihat kot ada banting seperti ini:

Kami naik escalator sebab kawan-kawan yang baru kali pertama sampai ke KBTC nak mencuci mata dengan melihat deretan kedai-kedai kat dalam KBTC tu.

Sampai di tingkat 3, pusing ke kanan kalian akan nampak satu lorong, masih banyak lot kedai yang kosong tapi anda pasti tak miss kedai tudung ini:

Ok, jalan terus... nun di kejauhan kelihatan warna oren:

Buat donno je kat kedai-kedai kosong tu. Jalan terus je hingga ke hujung dan kalian akan jumpa kedainya! Radix Chicken House:

Jika anda ingin membeli produk keluaran HPA Industries, bolehlah ke sini:

Warna tema RCH kakchik yakin ialah warna oren:

Masa kami ke RCH tu masih awal, dalam 11 lebih jadi pelanggan belum ramai. Tengoklah... masih banyak kerusi kosong.

Asyik kakchik je yang ambil gambar orang, gambar kita terpaksa minta adik cashier tolong ambilkan. Mestilah nak ada kenangan kat sini kan.

Kami order radix fried chicken 3 ketul utk 3 orang, nugget 5 pcs, large french fries, large coleslaw dan masing-masing minum kopi radix, radix oren dan radix roselle sebab impian nak minum radix coke kehampaan. Ni hidangan yang kakchik susun sendiri ni:
Semuanya sedap, kakchik puas hati kecuali coleslaw yang agak masin.

Restoran ni agak luas, boleh muat 50 orang kot, kakchik agak secara kasar berdasarkan jumlah meja 4 kerusi yang ada. Ini bahagian depan:

Bila perut sudah kenyang, alhamdulillah... kami singgah sebentar di RADIX sebab kakchik nak membeli bekalan kopi radix kegemaran cik abe dan juga radix cola (habis stok) jadi kakchik beli radix sarsi yang sedap juga.

Kami pun turun basement ambik kereta, bayar parking RM2 (patut free je...) kemudian mendaki cerun curam naik ke atas untuk keluar dari basement dan balik semula ke pejabat...

Begitulah ceritanya tentang makan-makan kami bertiga di RCH, KBTC, KB. Jom, sokong syarikat bumiputera Islam agar setanding dengan syarikat makanan segera yang lain.

Selamat mencuba!

12 comments:

  1. wahhh!!macam best jek..tak pernah pegi lagi..nanti nak try laa kat shah alam nie..huhu..

    ReplyDelete
  2. Memang puashati dgn Radix chicken dia..... sedaplah ... so sape2 lum cuba leh lah p... tlh pomot ;)

    ReplyDelete
  3. yer sangat setuju dengan kakchik...mari kita sokong produk orang Islam..kalau bukan kita orang Islam yang nak sokong, siapa lagi kan?

    ain dah jadi ahli HPA kakchik...heheh

    ReplyDelete
  4. dizzydude kena cuba tu... belum cuba belum tahu. apa salahnya mencuba produk halal keluaran syarikat Muslim 100%. insyaallah dapat pahala tu..

    ReplyDelete
  5. kak chik, mintak izin nak upload pic ni dlm fb sy.. nanti sy kreditkan pd blog kak chik yea..

    good info :)

    ReplyDelete
  6. salam kak chik;
    wah kat KB dah ada radix fried chicken ye...waahh best la kat kl mana nak carik...teringin juga nak rasa....sambil2 beli barang radix kan?

    ReplyDelete
  7. salam pagi achik niza..kalau faheem dtg kb nanti achik bwk ibu dan abah makan sini tau..ihiks..faheem isap jari je la.. :P

    ReplyDelete
  8. wa'alaikummussalam shiori.
    bukan RFC shiori tapi RCH, radix chicken house. kakchik tak tau la kat KL ada ke tak. tak pernah pulak dengar kawan2 KL sebut.

    ReplyDelete
  9. wa'alaikummussalam faheem. oh, boleh saja nak. pastikan datang dulu ke KB ni. Bentong - KB takde lah jauh sangat tu hehe. bagitau ibu dan abah, dtg sini takleh mkn kat tmpt lain dah, booking RCH dah. faheem boleh makan mashpotato dgn aiskrim radix yg sedap tu.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum,
    Wah, bagus.. KB dah ada RFC. Sg Petani, kampung kak aliya dah lama ada, kini sudah wujud radix bakery dan radix oriental cuisine. Sokong perniagaan muslim, kak aliya pun dah lama jadi ahli hpa.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs