Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah, rasanya petang ni kesihatan kakchik dah banyak baiknya cuma hidung je yang masih soksek-soksek. Dalam keadaan diri yang kurang sihat kadang-kadang kena berlakon takde sakit apa-apa sebab banyak tuntutan lain yang perlu dipenuhi. Hidup ini bukan mudah sebenarnya. Lainlah kalau dalam drama, kalau ada duit, sakit sikit, boleh rehat di hospital, takde sapa-sapa boleh ganggu. Tapi realitinya bukan begitu.
Apapun, kakchik amat berterima kasih kepada cik abe (yang turut terkena tempias sakit kepala kakchik). Semalam adalah birthday cik abe yang ke-35 tapi dia tidur je sepanjang pagi sebab kepalanya sakit. Kesian dia. Kakchik ada rancang sorang-sorang nak belanja cik abe makan di luar dan jalan-jalan tapi kakchik pun tak sihat juga. Maka duduk rehat dalam bilik ajelah. Dalam tak sihat tu dia keluar juga belikan panadol untuk kakchik.
Kepala ni kalau dia sakit, bukan main lagi. Macam ada orang tengah gerudi je. Malam tadi sebab tak tahan sangat kakchik minta tolong cik abe belikan panadol soluble. Dia, alhamdulillah cepat betul sihatnya. Kakchik je yang lambat. Fizikal lemah, emosi pun lemah tambah-tambah bukannya ada yang boleh bagi sokongan moral.
Lepas minum segelas air panadol soluble tu hidung kakchik dah kurang berair atau berhingus. Kepala pun cepat je baik dan demam kebah. Tapi... panadol ni hanya penahan sakit. Bangun pagi tadi, demam masih ada, kepala kembali sakit dan hidung kembali berair. Nak buat macamana kan... sabar sajalah.
Masuk pukul 11 pagi, kakchik rasa makin berpeluh. Demam dah takde. Alhamdulillah... sambil-sambil tu kakchik cek buku-buku PTS yang baru sampai untuk dihantar ke stadium petang ni. Kakchik ada sertai gerai sempena Hari Peladang dan Penternak Peringkat Negeri selama seminggu tapi dah terlepas 2 hari kerana tak sihat dan orang yang sepatutnya datang ambil buku tak dapat ambil sebab tiada kenderaan. Kenalah susahkan orang pulak untuk mengangkat kotak-kotak tu ke stadium.
Usahakan ajelah. Kalau larat kakchik angkat sendiri masuk ke dalam kereta dan hantar ke stadium. Nasib baik ada orang yang sukarela nak tolong jaga gerai. Kalau tak memang kakchik tak akan sertai pameran ni. Ada pulak yang akan disusahkan nanti.
Apapun, kalau sakit, tak sesuai langsung rehat di rumah. Bak rehat di hospital. Kenapa? Adalah sebabnya.
salam kak chik.jumpalah doktor kak chik. akk doakan kak chik cepat sembuh ya.:))
ReplyDeletewkslm kak anis. setiap hari jumpa doktor kak, bergilir-gilir antara 2 orang doktor yang ada kat rumah ni. nak ke klinik pun serupa juga sebab di sana pun jumpa diorang juga. hehe, apapun kakchik berterima kasih sebab akak ambil berat.
ReplyDeleteSalam, Kak Chik,
ReplyDeleteSyafakillah. Hanya doa yang dapat Ina kirimka. Semoga Kak Chik cepat sembuh dan dapat berbakti seperti sediakala.
"Allahumma yashfiiha, antassyaafi, la syifaa illa syifauka, syifaan la yughodiru saqoma, " ameen Ya Rabb.
Slm. Kak chik pregnant? sorry tanya melulu.
ReplyDeletesalam kakchikku cyggg...
ReplyDeleteda ok ke rini??? kalo dok spital pon..kn dok yg vvip class punyeee..
pesan kt nurse, jgn sesapa kacau..
br btl2 rehat..heeee
salam kak chik,
ReplyDeletela, kesiannya, masing2 demam. minum air banyak,kak chik. lebih2 air limau dan vitamin c.
kalu saya dah hubby demam. kami tido je. sorang pandang dinding, sorang tido atas lantai. tgah2 badan panas, lantai mozek tu sejuks je...hihi
Dia kena migraine ke ? Kak tie kalau kena migraine memang macam tu laa.. rasa nak duduk dalam gua yang gelap. Ada ubat di farmasi.. khas untuk migraine. Kak tie makan sebijik dah okay.
ReplyDeleteKakchik pula sakit juga ? Rajin-rajinlah makan ubat, buah-buahan dan air suam. Sekarang ni cuaca tak menentu. Baru hujan setelah lama dalam keadaan kemarau, kan...
salam kak chik.
ReplyDeletesemoga kak chik sihat seperti sediakala ye dan boleh berblog kembali..daaa
Wa'alaikummussalam Ina. Terima kasih ya. Insyaallah kakchik dah sihat dah. Mungkin doa kawan-kawan diberkati Allah.
ReplyDeleteGurl, kakchik bukan pregnant tapi demam.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam fmina.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah ok dah hari ini. Heheh fmina keje kat spital lagi tahu situasi dia kan. Bak kata kena kaya dulu baru dpt dok wad kelas 1 tanpa gangguan.
Sembuh kan lah kak chik ya allah. amin.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Nur.
ReplyDeleteKakchik demam+sakit kepala+batuk+selsema, cik abe cuma sakit kepala jadi dia cepat sihat. Kakchik ni badan manja, lambat sikit sihat. Tapi alhamdulillah dah sihat dah. Petua tu boleh diamalkan tu. Terima kasih ya Nur.
Bukan migraine kak tie, cuma sakit kepala biasa tapi kuat sikit. Letih banyak keje tu.
ReplyDeleteKakchik demam 4 in 1 kak hehe, insyaallah dah sihat dah.
Wa'alaikummussalam shiori. Terima kasih banyak... alhamdulillah kakchik dah sihat. Dah sambung blogging dah hari ni.
ReplyDeletesowey, silap coment post in previous coment ..just wanna share with you that i'd already done the 5-khamsah too..hehe
ReplyDeletezumiela7, it's ok. thanks for telling me about it. insyaallah i'll have a look later.
ReplyDelete