"Sesungguhnya Allah SWT menghulurkan tangan (penerimaan kurniaan keampunan) di waktu malam supaya bertaubat oleh orang yang melakukan kejahatan di siang hari dan Allah SWT menghulurkan tangan (kurniaan keampunan-Nya) di waktu siang supaya bertaubatlah orang yang melakukan kejahatan di waktu malam sehingga matahari naik di sebelah barat." (Hadis)
Itu peringatan untuk kita pagi ini. InsyaAllah di hari Jumaat yang mulia ni kita sama-sama menjadi hamba Allah yang melakukan lebih banyak kebaikan berbanding hari-hari sebelum ini kerana di hari ini khabarnya pahala akan berganda. Tapi janganlah pulak kita buat biasa-biasa je pada hari-hari lain tu sebab Allah itu amat pemurah dengan hamba-hambaNya. Yang buat baik akan dibalas baik tak kira hari apa atau di mana saja.
Pagi-pagi ni entri pemanas kakchik ialah nak berkongsikan hadiah pemberian kawan dari Mersing, Johor iaitu kaksu72. Dah 2 hari mesej kaksu sampai supaya kakchik sudi terima hadiahnya tapi baru pagi ni kakchik ke Mersing menerimanya. Sehari dua ni banyak sangat perkara di alam nyata yang membuatkan kakchik tak sempat berjalan-jalan jauh.
Inilah dia hadiahnya:
Kalau kakchik pakai tiara-tiara ni tentu kalah Queen kan? Sekali tengok, macam sangat berharga tiara-tiara ni. Tak ternilai... begitu jugalah persahabatan kakchik dengan kawan-kawan, sangat tidak ternilai. Tiada harga boleh diletak kerana kakchik menganggap persahabatan adalah untuk dibawa ke mati. Kita bersahabat kerana Allah... moga-moga dari persahabatan ini kita mendapat pahala dari-Nya.
Kepada semua teman di dalam senarai kat side bar tu, sila sudikan diri anda menerima hadiah ini termasuk kaksu juga.
Wassalam.
Salam Jumaat kakchik. Wow.. cantik tiara tu. Kalau jual boleh buat modal bisnes hehe..
ReplyDeleteWkslm kakpah. Hehe, memang betul kak, kalaulah boleh dijual, boleh tambah modal kedaibuku kakchik tu. Sayangnya boleh tengok je...
ReplyDelete