Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua.
Hari ini nampaknya akan berlabuh tak lama lagi. Malam ni kakchik tinggal sorang-sorang untuk mengulangkaji buat kali terakhirnya sebelum menduduki kertas exam terakhir pagi esok. Ingat tadi tak mau update langsung tapi bila teringat kat kawan-kawan semua, kakchik rasa bertanggungjawab pula nak tulis sesuatu kat sini.
Hari ni exam kertasnya agak susah berbanding yang semalam. Bila dapat soalan yang banyak nak ingat teori dan konsep ni kakchik memang tak hebat mana. Semua soalan tu kakchik jawab insyaallah tapi ada satu soalan tu ada ceraiannya perlu 3 contoh, yang tu terpaksa kakchik tinggalkan sebab langsung tak ingat apa jawapannya. Hilang 3 markah kat situ. Moga-moga jawapan yang lain-lain tu semuanya betul.
Esok ialah kertas terakhir kakchik. Subjek ini ialah subjek kegemaran. Kakchik amat berharap untuk subjek ini kakchik akan dapat menjawab kesemuanya dengan sebaik mungkin. Dah la lone ranger, kalau result cantik, kita sorang-sorang yang naik nama dan kalau sebaliknya kita sorang-sorang juga yang naik nama. Jadi... mestilah nak naik nama untuk yang baik-baik aje.
So... takleh lama-lama blogging. Buku masih dok di tangan ni. Kita jumpa lagi esok, insyaallah lepas kakchik selesai exam.
selamat berjuang kakchik!
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesemoga berjaya dalam apa jua yg diusahakan...
kak chik...best of luck!!!
ReplyDeletesaya yg rasa berdebar2...huhuhu..
moga dipermudahkan semuanya kak!!!
ain, terima kasih banyak. segalanya sudah selesai. alhamdulillah.
ReplyDeletewa'alaikummussalam kak kam. terima kasih kak. amiin. moga Allah makbulkan doa akak.
ReplyDeletefmina, thanks a lot. terima kasih sb tolong berdebar untuk kakchik hehe. alhamdulillah exam dah selesai ejam tadi.
ReplyDelete