Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Di hari Khamis ini kakchik titipkan doa agar kalian semua sentiasa dilindungi Allah dari apa jua bahaya di atas muka bumi mahupun di dalamnya. Semoga kita semua sentiasa berhati-hati dalam melakukan apa sahaja yang mungkin mengancam nyawa kita.
Hari ini kakchik dikejutkan dengan kematian anak sepupu cik abe. Takdir Allah arwah kemalangan dua hari lepas dalam perjalanan untuk ke sekolah. Dua hari koma di HUSM, para doktor yang merawat sudah mengkhabarkan agar keluarga bersedia kerana mereka tidak mampu lagi meneruskan rawatan kerana terlalu banyak kecederaan yang dialami arwah. Allahu Akbar!
Semalam MIL datang menziarahi arwah di HUSM, kakchik tak dapat nak ikut sama sebab bertugas dan tiada orang yang free untuk menggantikan. Ingatkan sempatlah nak ziarah di sebelah petang tapi cik abe datang ambil lepas habis kerja dan terus balik ke kampung MIL untuk menghantarnya. Kakchik pulak bila asyik dok dengar cerita pasal keadaan arwah, luka, darah dan segalanya membuatkan kakchik mabuk. Kepala naik pening, rasa macam nak pitam. Kakchik memang mabuk darah.
Lepas solat Maghrib di kampung Mak, kami bertolak pulang. Tak mahu menyusahkan Mak dan adik-adik sebab kakchik langsung tidak membawa persalinan. Maklum... dari pejabat, panas dan berpeluh terus balik ke Pasir Puteh.
Hari ni, pagi-pagi lagi kami menerima panggilan telefon dari Mak membawa khabar sedih. Innalillahi wa inna ilaihiraaji'un. Arwah telah kembali ke Rahmatullah jam 8 lebih malam semalam. Kakchik langsung tidak sempat mengenali arwah di masa hidupnya kerana kami tidak pernah bersua sebelum ini.
Pukul 10 lebih pagi tadi, kami ke rumahnya melawat arwah buat kali terakhir. Semasa kami sampai, kelihatan ramai teman sekolah arwah terutama yang perempuan berada di beranda rumah. Masing-masing bermata bengkak dan hibung merah berair. Kakchik sudah merasa sayu.
Bila melangkah ke dalam rumah, segenap ruang hampir penuh dengan sanak-saudara, guru-guru dan orang kampung. Kakchik terus tuju ibu arwah, Kak Ida yang dalam sedih masih tabah melayan tetamu. Katanya, "Allah bagi pinjam dia sekejap saja untuk Kak Da, Kak Da redha." Tak tahan rasanya, kakchik peluk dia dan ucapkan takziah.
Waktu itu jenazah sedang dimandikan di satu sudut yang dilindungi tirai. Semerbak bau kemenyan memenuhi ruang rumah. Kakchik nampak kelibat orang-orang yang memandikan arwah. Tak lama, jenazah arwah diangkat beramai-ramai ke ruang tamu kedua untuk dikafankan. MashaAllah... waktu itu banyak sekali yang mengalirkan air mata.
Selepas orang mula bersurai dan jenazah mahu dibawa ke masjid untuk disolatkan, kakchik sempat menatap arwah buat kali pertama dan terakhir. Allahu Akbar! Dari kamu dia datang dan kepada-Mulah dia dikembalikan. Satu hari mungkin kakchik pula di tempatnya. Al-Fatihah kakchik sedekahkan untuk arwah dan kami beredar ke Masjid Pauh untuk solat jenazah.
Sambil menunggu cik abe di dalam kereta, kakchik perhatikan orang ramai yang datang untuk solatkan arwah, ramai dari kalangan guru sekolahnya dan rakan-rakan. Tentu mereka juga amat terasa kehilangan rakan sekelas yang hari ini ada, sekelip mata tiada, dikebumikan di liang lahad. Ibu bapanya dan keluarga tentu trauma. Kakchik doakan mereka tabah dan sabar menerima ketentuan Allah ini.
Al-Fatihah untuk arwah dan juga semua ahli keluarga dan sesiapa saja yang kita kenal yang telah pergi.
Apabila ajal kita sudah tiba, malaikat sakaratul maut tak pernah lewat atau lebih walau pun sesaat utk mencabut nyawa kita..
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah...
salam kakchik
ReplyDeleteAl-Fatihah moga rohnya dicucuri rahmat...Amin
www.yanmieonline.com
al fatihah buat arwah :(
ReplyDeleteSalam... Innalillahi wa inna ilaihiraaji'un... Al-fatihah... Semoga berada dalam golongan yang dikasihi-Nya...
ReplyDeleteAl- Fatihah
ReplyDeleteSemua dicucuri rahmat.
Mr Kamikaze, memang benar. Malaikat maut amat patah pada arahan Allah. Tiba detik dan saatnya, nyawa kita perlu diambil, dia datang mengambilnya. Hanya kita saja yang tidak tahu.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Yan. Terima kasih banyak sebab awal datang ziarah.
ReplyDeleteTerima kasih shafiqhashim.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam kak e. Terima kasih kak.
ReplyDeleteTerima kasih mas
ReplyDeleteal-fatihah utk arwah
ReplyDeletesalam kak chik,
ReplyDeleteTakziah utk saudara cik abe kak chik...Moga rohnya dicucuri Rahmat-Nya
Al-Fatihah utk arwah....dan salam takziah buat kluarga arwah.
ReplyDeleteMmg terasa sgt bila tiba2 pergi secara mengejut...semoga kluarga arwah tabah...
salam kak chik semoga roh arwah dicucri rahm,at..minggu ni mcm ramai yg saya kenal atau sedara mara kepada org yg sy kenal kembali ke rahmatullah..petanda apa agaknya tu...insaf diri sebab sy pun byk lagi bekalan tak cukup ni..astaghfirullah..
ReplyDeleteTerima kasih jue.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam nur. Terima kasih bagi pihak keluarga sepupu cik abe.
ReplyDeletekak nza: Terima kasih bagi pihak keluarga sepupu suami. Bagi yang pernah kehilangan orang terdekat dan tersayang kejadian ini akan sangat2 terasa.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Catlina.
ReplyDeleteTerima kasih... kakchik pun sama. Dalam minggu ni sudah kematian termasuk arwah. Semuanya masih muda, belum mencecah 50an. Allahu'alam apa yang Allah nak khabarkan. Yang pasti hidup perlu diteruskan tapi kita perlu usaha menjadi hamba-Nya yang lebih taat.
salam kak chik...al-fatihah
ReplyDelete