Followers

3.4.10

Setelah 7 tahun akhirnya dia berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Salam kasih sayang kepada semua teman-teman yang sentiasa sudi singgah di blog ini sambil membaca cerita kakchik atau sekadar melawat-lawat saja. Kalian semua buat apa di hari Sabtu ni? Hari ni macam biasa, kerja dan MariBaca pula terpaksa ditutup sebab staf kakchik jatuh sakit. Apapun kakchik doakan dia segera sihat sebab banyak urusan kedai akan tergendala kalau dia tak dapat bekerja. Nak tambah staf pun bajet tak cukup. 

Dua hari lepas, kakchik ke Pengkalan Chepa menziarahi seorang sahabat, Kak Mas namanya. Kami berdua sudah berkawan hampir 10 tahun. Dia lepasan luar negara, lebih tua beberapa tahun dari kakchik tapi kami bertemu kerana perjuangan yang sama. Persahabatan kami erat tambah-tambah kakchik selalu saja berjumpanya jika ada program-program agama dan kemasyarakat di sekitar Pengkalan Chepa. Dia seorang yang cekap mengurus, sebab itu kerjanya sebagai Pengurus sebuah pusat tarbiah yang besar.

Kakchik nikah lebih awal beberapa bulan daripada Kak Mas. Dah kami selama ini menghadapi situasi yang serupa selepas berkahwin iaitu sukar mendapatkan cahayamata. Setiap kali kami ke mana-mana program muslimat orang aakn selalu bertanya kami bila nak dapat anak. Macam la kami ni pandai-pandai lambatkan masa untuk dapat anak. Ada yang siap kata kami merancang keluarga. Isyk, nak rancang apa? Umur kahwin pun dah lewat, kakchik 28 dan Kak Mas, 35. Tentulah kami berharap cepat dapat anak kan. Orang ni pelik betul la.

Kak Mas bersama puteri sulong, Ainul Jannah Mardiah.

Kami pernah sama-sama berjumpa seorang bidan kampung sebagai satu usaha mengenalpasti masalah kami dan sama-sama berusaha menghabiskan beberapa botol jamu pemberian bidan tersebut. Kakchik makan sampai habis, Kak Mas pula hanya makan sedikit kerana katanya dia pening setiap kali memakan jamu tu.

Tahun saban tahun kami tetap juga tiada rezeki. Kak Mas dan suami mengambil seorang anak angkat yang juga anak saudara suami Kak Mas. Dah besar panjang dah anak itu, sekarang sudah Tahun 2. Kakchik pun teringin tapi entah kenapa tak terlaksana pula hajat untuk mengambil anak angkat ni. Allah tak izin kot.

Ainul Jannah Mardiah, 46 hari

Ingat lagi tak kisah tahun lepas bagaimana kakchik ingatkan kakchik mengandung? Masa tu kakchik ke Muktamar di Shah Alam bersama Kak Mas menaiki kereta YB Kak Ubaidah. Yang mabuk sepanjang musafir ialah kakchik tapi balik dari musafir, yang mengandung ialah Kak Mas. Itupun dia sendiri tak yakin. Tapi alhamdulillah... kami semua sangat gembira sebab setelah begitu lama, akhirnya impian tercapai juga. 

Kak Mas bersama Jannah dan Taufiq

Dan, selepas 46 hari Kak Mas bersalin, barulah kakchik punya kesempatan untuk menziarahinya dan anak perempuan yang comel, Ainul Jannah Mardhiah. Macam-macam halangan yang melewatkan kakchik menziarahi mereka. Gembira sekali kakchik dapat melihat sahabat yang kini telah bergelar ibu. Kelihatan wajahnya yang sangat gembira. Jeles la juga hehe tapi jeles yang baik la kan. InsyaAllah mungkin nanti rezeki kakchik pula.

"Tahniah ya Kak Mas, atas kelahiran Jannah. Semoga keluarga Kak Mas bertambah bahagia dengan kelahirannya, rezeki Kak Mas juga semakin murah. Tolong doakan Chik sama ya."

11 comments:

  1. Insya Allah K.Chik.Lepas ni turn Kak Chik pulak.Teruskan berharap pada Allah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Nafisah. Kakchik akan terus berusaha dan berharap pada Allah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Kak Chik adalah rezekinya nanti. Allah nak bagi pahala banyak kepada hambanya yg bersabar kan. Tahniah untuk sahabat Kak Chik.
    Comel la Jannah.

    ReplyDelete
  4. Sabar ye kakchik..trkadang org sekeliling xsedar pertnyaan mrk membuat hati kecil kita trluka....mungkin bg mrk xtrniat nk lukai sesiapa..
    Insyallah, segala yg trjadi ditangan yg Maha Esa....
    kak nza pn pernah alami dulu...kawin seawal umo 22th n dpt anak 2thn kemudian....skali dpt brderet2...rezeki Allah.

    Comel sungguh sikecil jannah...3 org ank murid kak nza yg brnama jannah ni comel2 n cute2 sgt....Ayu n sopan gitu...

    ReplyDelete
  5. Wkslm ina. Moga benar kakchik ada rezeki anak nanti. Insyaallah kakchik sabar. Nanti kakchik bagitau kak mas ya.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kak nza. Kakchik hargai nasihat kak nza tu. Bila umur makin bertambah ni kita jadi sangat sensitif soal anak ni. Kalau tak ingat Allah, agaknya dah ramai orang yang pedih telinga kena syarah kat kakchik. :)
    Namanya sungguh sedap kak... sesuai dgn peribadi dan fizikal yang comel.

    ReplyDelete
  7. Salam kakchik, selama ini kak tie ingat kakchik dah ada anak.. maaflah, ya. Tapi insyaallah, mudah-mudahan ada rezeki nanti. :)

    ReplyDelete
  8. Wkslm kak tie. Tak apa kak tie, sebab ramai orang tak tahu dan tak percaya kakchik belum ada anak. Terlepas pandang hehe.
    Terima kasih ya kak tie.

    ReplyDelete
  9. salam kak chik,
    tahniah utk kawan kak chik, sbb dah berjaya. Insya Allah, kita akan lulus ujian Allah ni, kak chik. sama2 kita berdoa. :)

    ReplyDelete
  10. wkslm nur.
    terima kasih bg pihak kak mas.
    insyaallah nur, moga Allah makbulkan doa kita pula lepas ni.

    ReplyDelete
  11. Sesungguhnya kejayaan yang diperolehi setelah penantian yang lama dan pelbagai dugaan itu teramatlah besar ertinya dalam hidup kita dan menjadikan kita insan yang menghargai sesuatu pemberianNya. Dan setiap detik kesabaran itu, ada pahalanya disisi Allah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs