Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga teman-teman semua dalam keadaan tenang dan gembira selalu. Maafkan kakchik sebab malam baru nak update blog. Hari ni terlalu keletihan selepas buat banyak urusan di pejabat tadi. Jadi kakchik hanya nak kongsikan apa yang kakchik makan semalam sempena hari ulang tahun kelahiran kakchik.
Sarapan pagi kakchik tak sempat nak ambil gambar sebab mengejar waktu. Yang sempat ialah makanan untuk jamuan tengahari di Zahra' dan juga makan malam di Kyros Kebab.
Sagu Raja - sangat sedap bila disimpan beberapa jam di dalam peti ais. Lembut sangat... sesuai kalau takde gigi hehe.
Makaroni Sup - kegemaran semua staf Zahra'. Sedap sungguh.
3 pilihan kek keju dari Secret Recipe. 2 untuk kawan-kawan Zahra', satu untuk kakchik dan cik abe.
Balik dari kerja dengan cik abe sebab semalam dia datang ambil. Katanya nak ke KB Mall sekali lagi untuk tengok PIKOM 2010 sebab dah hari terakhir. Kakchik tak kisah... asalkan dapat jalan-jalan bersama. Sampai di sana, rupanya dia nak belanja makan, hehe... terima kasih Yang...
Lamb and Chicken Kebab bersama Cappuccino Smoothies. Mmm... yummy!
Alhamdulillah... inilah kali pertama sepanjang hari tak makan nasi. Balik ke rumah elok Maghrib. Biasanya lepas Maghrib cik abe makan nasi tapi kali ni kami cuma minum air masak sebab sudah kekenyangan...
Semuanya sedap!
happy belated birthday kakchik! maaf lmbt wish..ari tu seminggu lebih nadiah tak dpt online..internet connection takde. smg Allah merahmati kakchik & smg kakchik bahagia dunia akhirat..
ReplyDeleteTerima kasih Nadiah. Takpe... tak jadi masalahnya. Hidup kita macam tak lengkap kalau tak dapat online kan? Kalau dah dapat online tu rasa lega :) Amiin untuk doa Nadiah tu.
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir kakchik...
ReplyDeleteSemoga berbahagia dan berjaya dunia dan akhirat....
Salam kak chik,
ReplyDeleteHappy birthday skali lagi kak chik. Syoknya makan2.. sagu raja tu. macam pernah makan, tapi lupa kat ne. sedap...
happy belated birthday kak chik;
ReplyDeletesemoga panjang umur murah rezeki n berbahagia selalu
selamat ulang thn kakchik...maaf cz kak nza trlambat wish..trlalu sibuk dik...kak nza doakan agar kebahgiaan kakchik brpanjang hingga ke akhir hayat......amin....
ReplyDeleteTerima kasih banyak kepada Wan Anie, Nurindah, Shiori dan Kak Nza kerana mendoakan yang baik2 untuk kakchik. Semoga Allah membalas doa kalian dengan barakah dan rahmah untuk kalian.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak chik...
ReplyDeleteHappy Belated Birthday! sowwy lambat...sibuk sangat....
happy belated birthday kakchik.. semoga sentiasa berada di bawah naungan kasih sayangNYA.. maaf lambat wish
ReplyDelete