Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Doa kakchik semoga Allah sentiasa beri petunjuk dan hidayah agar kita semua sentiasa mencintai agama kita dan hidup dengan cara hidup yang Islam anjurkan. Mohon Allah jauhkan diri kita dari melakukan maksiat kecil atau besar. Mohon Allah jauhkan kita dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan dosa. Mohon Allah rajinkan kita melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan pahala. Perkenankanlah ya Allah.
Hari ni pagi-pagi lagi hati sudah rasa panas. Hati kakchik panas dengan para pelaku zina yang lebih teruk dari binatang. Dari sehari ke sehari, suratkhabar kita memaparkan berita BAYI DIBUANG sana-sini. Hari ni MUKA DEPAN lagi! Astaghfirullahalaziim... apa nak jadi dengan manusia-manusia itu? Patut panggil manusia ke? Nak panggil binatang rasanya binatang jauh lebih baik. Pernah jumpa binatang buang anaknya? Kakchik belum pernah.
SAH! Sah! Bayi baru lahir yang TIDAK BERDOSA itu, adalah hasil PERZINAAN, perbuatan terkutuk perlakuan 2 manusia yang dirasuk syaitan. Jarang kes ibu bapa yang sah membuang bayinya. Orang buang bayi ni tak lain tak bukan kerana nak menutup malu. Nak tutup malu pada manusia! Hei, MALU KAT TUHAN la... (maaf ya, pagi-pagi ni kakchik memang marah betul dengan mereka tu).
Siapa nak dipersalahkan ya?
Tolong. Tolooooooglah sama-sama kita mainkan peranan kita.
Kalau ada anak perempuan, didiklah macam yang Islam nak. Pakaikan pakaian sopan sejak kecil, usahlah didik mereka dengan pakain menjolok mata. Kita juga jagalah pakaian kita di depan anak-anak lelaki atau perempuan walaupun dalam rumah sendiri. Masa kecik kita dah ajak pakai singkat, ketat dan jarang, bila besar sudah susah untuk dibentuk mengikut acuan Islam. Bukan tak boleh tapi lebih sukar. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Kalau ada anak asrama di sek, kolej atau universiti, selalulah bertanya khabar. Kenali siapa teman mereka, berkawanlah dengan anak remaja agar kita sebagai ibu bapa lebih rapat dengan mereka berbanding teman sebaya. Sekarang ni rosak akhlak semakin banyak berlaku di dalam kampus. Jenguklah anak-anak seperti kata penulis di atas dalam Sinar Harian semalam.
Jangan rasa zina itu jauh dari kita... godaan syaitan ke atas ummat Nabi Muhammad saw agar melakukan DOSA tidak pernah berhenti. Kakchik percaya, paling dia suka goda sekarang ini ialah agar orang SUKA COUPLE bagi yang bujang dan SUKA BERKAWAN DENGAN LELAKI bagi yang dah kahwin atau bujang. Bukan tak boleh berkawan... siapa kata tak boleh... TAPI ada batas-batasnya. APA BATASNYA? Pergaulan antara lelaki dan wanita menurut Islam! SILA RAJINKAN diri membaca atau bertanya. Jangan biarkan diri kita terus JAHIL AGAMA sendiri.
Kakchik ini insan yang juga sering berdosa, kakchik takut hati kakchik yang tidak redha dengan perbuatan dosa ni lama-lama jadi mangli. Tolonglah... kepada semua yang ada, SAMA-SAMALAH KITA MEMBASMI ZINA!
Wassalam.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
risau memikirkan masa depan anak anak. semoga kita semua dijauhkan daripada perkara mungkar.
ReplyDeleteGejala buang bayi ni susah nak bendung kakchik..terlalu sukar..kempen lah apa sahaja,jika tiada kesedaran dari tuan empunya badan sukar..
ReplyDeleteMemang diakui,kebanyakan yg buang bayi ni dikalangan para remaja..ibubapa x tau apa mereka buat...kebebasan yg diberikan tu la yg memungkinkan mereka terjebak lam salah laku camni...sedih tengok berita macam ni..yela,kita pun pernah melalui zaman remaja dan belum habis lagi zaman tuk berseronok..tapi x terfikir pulak nak seronok macam ni..dan rasanya ibubapa mainkan peranan yang sangat penting membentuk anak2 remaja sekarang supaya xterjebak lam salah laku mcm ni..jangan terlalu diberikan kebebasan,biarlah orang nak kata 'katak bawah tempurung' ke..apa ke..janji anak2 remaja xjd camni...
mana letak maruah sebagai orang Islam??yang buang bayi ni bukan dari agama lain..agama Islam yang berketurunan melayu...
Assalamualaikum kakchik,
ReplyDeleteRemaja sekarang dah pandai bab-bab XXX ni,berbanding zaman kita dulu. Banyak kes yang tidak dilaporkan sebenarnya kerana mahu menutup malu, yang masih dirahsiakan hanya Allah yang Mengetahui.Sebagai guru sekolah menengah, kak aliya sampai tak larat nak dengar. Pendidikan di sekolah tidak cukup untuk membanteras gejala ini, kalau yang kedua-dua empunya diri itu tidak insaf dan takut pada Tuhan,takut pada hari pembalasan.
one z, gejala ni memang merisaukan kita. jagaan dan didikan yang baik di rumah sekarang ni tidak lagi menjamin anak2 selamat di masa depan mereka. kebejatan ada di mana-mana.
ReplyDeletefiza, memang sukar dik tapi boleh dikawal sebenarnya dengan mengubati punca atau akarnya. nak bilang satu persatu amat banyak tapi antaranya ialah budaya pacaran atau mempunyai kekasih yang kini bermula seawal sekolah rendah. Umur 11, 12 tahun sudah pandai punya pakwe. Allah sudah ingatkan kita, di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adanya syaitan yang menghasut. Masa iman kuat, mungkin kita mampu menahan nafsu, tapi bagaimana jika iman sedang lemah? pujuk rayu akan melonglaikan kita.
ReplyDeleteSekarang ni, hidup orang2 baik tidak selamat kerana perbuatan orang2 jahat. Tapi orang2 baik akan dihukum Allah kalau tidak mendidik orang2 jahat agar menjadi baik.
Sambil kita berdoa agar diri kita dan keluarga kita dijauhkan dari gejala ini, kita juga kena berusaha membantu kerajaan mencegah maksiat.
Wa'alaikummussalam kak aliya.
ReplyDeleteAkak sudah tentu lebih tahu sejauh mana masalah ini berlaku di kalangan remaja. Besar dan banyak kerja kita kak untuk mencegah gejala ini dari terus merebak dengan ganas. Sumber2 yang merosakkan iman terlalu banyak dan mudah untuk diperolehi kak. Kita dimomokkan dengan hidup bebas, hidup seronok, hidup bergaya, hidup tanpa adab dan sebagainya. Natijahnya... spt yang berlaku.
btl kakchik..memang diakui sekarang ni umo baru 11 atau 12 tahun tapi dah pandai pegang2 tangan...kejadian berlaku depan mata fiza sendiri tadi..MasyaAllah,terkejut tengok..budak sekolah rendah dah pandai pegang2 tangan bukan muhrim...ermmm,klo sekolah menengah xtau la...
ReplyDelete