Followers

2.4.10

Sehari dalam hidupnya

Tak kenal maka tak cinta. Malam ini kakchik ingin berkongsi kisah hidup seseorang yang disayangi, dihormati dan disanjungi ramai. Kakchik menghormatinya kerana dialah 'guru' kakchik sejak dari kecil. Memanggil pangkal namanya dengan gelaran 'Ayah' menjadi kebiasaan sehingga ke hari ini.

Semoga kita semua dapat mengikuti jejak langkah perjuangannya. Dia akan pergi suatu hari nanti, entah berganti entak tidak. Tapi perjuangannya untuk Islam amat dikagumi kawan dan lawan. Kakchik yakin, hidupnya benar-benar ikhlas diwakafkan untuk Islam. Dia bukan manusia maksum kerana yang maksum hanya Nabi Muhammad saw. Dia hanya manusia biasa tapi ilmunya, amalannya jauh luar biasa berbanding kita.

Dia berbuat apa yang dia kata.Namun media perdana menggambarkan banyak yang negatif tentang beliau. Biarkan... bukan hati manusia yang perlu dipuaskan tapi Allah SWT. Beliau ialah Ayah Zik @ Tok Guru Hj. Nik Abd. Aziz. 

Jom kita lihat bagaimanakah beliau menghabiskan hari Jumaat beliau.

Setiap hari beliau menapak beberapa langkah ke masjid di hadapan rumahnya untuk mengimamkan solat Subuh kecuali jika beliau uzur.

Selepas solat Subuh, zikir, wirid dan doa, beliau mengadakan kuliah Subuh. Tidak pernah culas kecuali uzur atau tiada di kampung.

Kebiasaan pada hari Jumaat ramai ibu bapa yang membawa anak kecil untuk bercukur dengan beliau. Purata 10 orang bayi adalah biasa. Ada juga yang datang untuk akad nikah. Hehe, kakchik dulupun waktu lepas Subuhlah dinikahkan.

Jam 9.30 pagi, Tok Guru sudah sampai untuk menyampaikan kuliah ilmu di Medan Ilmu, Jalan Dato' Pati, KB. Beribu-ribu orang yang datang. Pagi tadi pun sama sebab kakchik juga ke sana.

Kuliah biasanya selesai jam 10.30 pagi. Tok Guru seorang yang sangat menepati masa. Beliau pulang berehat di rumah atau terus bertolak ke mana-mana masjid dalam negeri yang beliau lawat secara bergilir setiap minggu. Di situ beliau akan mengimamkan solat Jumaat dan berkhutbah.

Rumah beliau selalu ada tetamu yang datang. Beliaulah yang mengangkat sendiri dan menghidangkan minuman kepada tetamu. Isterinya hanya menyediakan di dapur. Rumahnya sangat sederhana.
Rumah Tok Guru di belakang kakchik.

Kalau dulu Tok Guru mengajar agama selepas Maghrib Jumaat malam Sabtu di masjid kampung kami tapi sekarang beliau mengajar setiap Rabu malam Khamis dan Khamis malam Jumaat. Gambar di atas tu dalam masjid kami.

Beliau kadang-kadang berehat di dalam masjid selepas memberi kuliah. Usianya sudah tua tapi katanya selagi umur ada, dia akan terus buat kerja untuk Islam. Hanya maut yang akan menghentikan semuanya. Inilah dia pemimpin masyarakat yang sungguh sederhana. Semoga Allah lindungi beliau dunia akhirat.

16 comments:

  1. salam chik,cikmin kagum betul dengan Tok Guru Hj. Nik Abd. Aziz ni,besederhana sungguh dia..tak macam orang yang berpangkat yang sengakatan dia,disisi-NYA kita semua sama.

    ReplyDelete
  2. Salam kak chik,
    Sayunya hati baca entry kak chik ni. Saya amat hormati Tuan Guru Nik Aziz sbg orang yg cukup berilmu. Abah saya pun asal org pulau melaka. Kasihan Tok Guru, dah tua, masih kuat nak berdakwah. Moga Allah rahmati usaha beliau...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah mudah2an ada pewaris muda mudi yg bakal mengikut jejak langkah beliau...Tuan Guru Nik Aziz akan sentiasa di hati kami...Ya Allah Kau limpahkan rahmat dan kasih sayang Mu kepada pemimpin kami ini...Beliau bekerja hanya kerana Mu Ya Allah...

    ReplyDelete
  4. Untuk kesekian kalinya Iza turut bangga dan kagum dengan keperibadian TGNA.

    Hidung Iza turut kembang kempis bila mendengar non-muslim turut memuji-muji akhlak Tok Guru. Padahal tak pernah jumpa pun, dan tentunya Tok Guru tak kenal langsung Iza ni. Tapi nak wat camna, bila dengar orang bkn Islam pun memuji beliau, automatik tersengih, tumpang gembira hehe.

    Bila Kak Chik sentuh soal sakarat (yang pasti datang) susah nak bayangkan. Tentu sukar mencari pengganti :(
    (maafkan Iza sebab berfikiran begini, tapi rasanya ramai merasakan hal yang sama, sebab ramai yang sayangkan beliau)

    ReplyDelete
  5. salam ukhuwah...

    subhanallah...Ya Allah... k.chik, siapakah yg bakal menggantikannya ye? adakah sehebatnya...

    ReplyDelete
  6. salam..
    berapa ramai MB di Mesia ni ,yg rakyat boleh pergi kerumah mereka tanpa protokol?
    berapa ramai isteri2 MB yg tak suka 'menonjolkan' diri...(lbh ramai yg 'terover' dari suami..masuk kg pun pakai spek hitam,pakaian,kasut dan tas tgn mewah...makcik2 kat kg pun takut nak dekat
    kakchik,isteri tok guru masih ngajar ngaji quran lg ke sekarang..?dulu akka baca citer dia..dia ajar budak2/org dewasa ngaji quran?

    ReplyDelete
  7. Nurul/TC, sayang kita kepadanya kerana Allah Ta'ala kan.

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikummussalam cikmin. Kagum kita kepadanya sebab hidupnya yang sederhana tu, susah juga untuk kita tiru cara hidup yang seharian kerana agama.

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikummussalam Nur. Kalau Nur dapat tengok dia lagi rasa sayu Nur. Kakchik selalu je macam tu, sebak terus kalau nampak tokguru. Ayah Nur asal sini? Mungkin ayah kakchik kenal tu. Kita yang muda ni kena usaha mencontohi Tok Guru dan mengikut didikannya yang baik sbg tanda sayang kita kepadanya.

    ReplyDelete
  10. Ain, sama-samalah kita berusaha menjadi orang muda pelapis beliau.

    ReplyDelete
  11. Iza, bangga kerana punya seorang pemimpin yang dikagumi orang bukan Islam, apa salahnya kan. Kita juga nak ikut kebaikan dia. Kita tumpang rahmat dia.
    Pasal kematian tu, kita tak tahu dia dulu atau kita dulu tapi betullah ramai orang risau kehilangannya. Tapi Tok Guru selalu juga sebut dalam kuliah, dia dah tak lama dah. Bersedialah kita. Moga-moga di saat ini ada yang sedang grooming menggantikan beliau, mungkin yang lebih bagus. Allahu'alam.

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikummussalam bidadari besi. Salam ukhuwah kembali. Semoga penggantinya adalah lebih bagus darinya, dan dia sememangnya yang terbaik di masa ini bagi kakchik.

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikummussalam kak kam. Tok Guru rumahnya tidak berpagar. Rakyat sentiasa datang, seingat kakchik sejak kakchik kecil sampai hari ni, suasana di sekitar rumahnya sama saja cuma sekarang lebih la lagi. Isteri Tok Guru bergaya sikit sekarang ni tapi tidaklah over, kemas dan sopan. Sekarang dia dah tak mengajar mengaji dah sebab selalu mengiringi Tok Guru dan beliau sendiri sbg isteri MB perlu hadir banyak program. Jadi dia serahkan anak-anak murid kepada guru Qur'an yang lain.

    ReplyDelete
  14. xsanggup kehilangan beliau.....trdetik dihati ini, adakah ada seorg yg tulus hatinya, sebersih jiwanya, selembut tutur bicara, seteguh imannya, sekuat semangat juangnya, semulia hatinya, sesederhana kehidupannya...entahlah...pasrah!!!

    ReplyDelete
  15. kak nza, sanggup atau tidak kita perlu bersedia kak. semoga akan ada 'nik abdul aziz, nik abdul aziz' lain selain beliau.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs