Assalamualaikum dan salam petang semua.
Dah hampir pukul 7 dah... tak lama lagi Maghrib akan masuk. Waktu ni kat luar bilik tu suara-suara anak-anak saudara kakchik berselang-seli dengan suara ibu mereka. Macam-macam hal bila makin senja. Masa kecik dulu orang tua selalu kata, bila waktu Maghrib tiba, cepat-cepat masuk ke rumah sebab hantu berkeliaran. Masa tu memang sebelum 6.30 petang semua dah siap mandi dan berbedak wangi, pakai pakaian tidur dan bersedia untuk solat Maghrib. Sekarang ni, alhamdulillah... di rumah ini suasana itu masih ada cuma sesekali terpaksa berperang dengan tv.
Oh, hari ni kakchik tukar layout blog lagi. Jangan marah ya... sebab hari tu kakchik dah kata memang belum betul-betul puas hati. Insyaallah yang ini dapat 4 dari 5 bintang dari kakchik. Tak kisahlah kalau orang lain tak suka asalkan kakchik suka hehe.
Sekarang ni minggu study untuk kakchik. Paksa study sebenarnya sebab bermula Jumaat nanti exam semester Jan sudah bermula. 3 hari straight kakchik exam. Penat juga nak khatamkan semua modul belajar tapi nak tak nak, kakchik harus pastikan kakchik khatam dan faham. Tahun ni sangat penting untuk kakchik memastikan keputusan peperiksaan sentiasa melebihi 3.67. Penting sangat-sangat.
Tapi kan... sejak dari membuat tugasan hari tu hinggalah ke hari ni semangat kakchik sangatlah pudar. Memang kakchik perlukan sangat sokongan moral tambah-tambah kakchik akan sorang-sorang menduduki peperiksaan nanti. Kalau teruk keputusan kakchik, teruklah keputusan untuk OUM KB (bagi kursus kakchik la...). Nampaknya... takde sapa yang nak naikkan semangat huhu.
Malam ni sekurang-kurangnya 2 jam adalah masa untuk ulangkaji. Selebihnya tu bolehlah buat benda lain. FB, blogwalking, makan, mandi, main dengan anak buah, bersembang dengan cik abe... macam-macam lagilah. Yang pasti kakchik mohon dari Allah agar ditetapkan hati kakchik untuk istiqomah dalam mengulangkaji. Susah payah kakchik meluangkan masa selama 3 tahun lebih menyambung belajar, janganlah kakchik jadi malas atau leka.
Yang pasti, nanti diri sendiri yang rugi. Semangat... o semangat! Datanglah kau dengan berkat dari Allah. Kakchik ingin belajar dengan tekun.
Wassalam.
selamat belajar kakchik...semoga Allah permudahkan urusan kakchik...ain doakan kakchik berjaya bukan sahaja dlm peperiksaan, tapi juga dlm segala urusan di dunia ini dan yg lebih penting di akhirat sana nanti...ameen
ReplyDeleteSalam alikom K.Chik.Nampaknya K.Chik pon alami benda yg sama yg saya rasa.Kena paksa study tu herm..Tapi K.Chik, insya Allah mulakan bismillah hirrahmannir rahim segalanya2 Allah permudahkan :)Selamat berjaya utk kita2 yg berjuang utk exam.
ReplyDeletesalam kakchik..sebelum cikmin beradu..singgah memberi kata semangat buat kakchik tersayang..semoga kejayaan mengiringi kakchik selalu..peluk cium dari faheem yg sdg demam.. :)
ReplyDeletesalam..mudah-mudahan dipermudahkan dan diistiqamahkan Allah dengan pengajian dan kerja-kerja dakwah kita ameen.
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSemangat kakchik! kena lawan diri sendiri, jangan layan semangat yang hilang tu..
Bergantunglah banyak2 pada Allah dalam setiap perbuatan (usaha).. insyaAllah kakchik dapat melaluinya.
Good luck!
caiyok2! kak chik!!!!
ReplyDeletetinggal sikit je lagi nak habiskan study tu,cepat2 habis cepat2 rs lega..boleh buat benda lain pulak.
ani pun tgh berusaha mencari idea2 dan mood yg baik untuk study ni, study ani kena writing...sblm writing blogwalking dulu..ehehehe :P
k, goodluck kakchik
Terima kasih ain. Moga-moga dimakbulkan Allah doa ain tu.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Nafisah. Oh, nampaknya kita berdua sedang berjuang untuk imtihan la skrg ni. Insyaallah... tekun usaha kita, dipermudahkan Allah segala urusan. Selamat berjaya Nafisah!
ReplyDeleteWa'alaikummussalam cikmin. Terima kasih banyak-banyak. Rindu nak jenjalan tengok cikmin dan faheem tapi masa tak sempat. Faheem rehat cukup2, makan ubat ikut waktu ya. Nanti achik tamat exam, achik ziarah faheem.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam al-haniff. Amiin. Terima kasih ya.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Sakinah.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi beri kata-kata semangat untuk kakchik. Insyaallah kakchik akan kuatkan semangat. Berusaha kena gigih dulu lepas tu baru serah kat Allah.
Insyaallah hanya pada-Nya kita bergantung harap.
Terima kasih annie. Ha'ah dah tak lama dah nak habisnya. Annie pun sambil2 blogwalking tu make sure siap benda yang ditulis tu hehe.
ReplyDelete