Followers

13.4.10

Hari ni asyik menguap je dari pagi sampai laaaani.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Huhu, kenapalah hari ni kakchik asyik menguap je. Terasa mengantuk yang teramat sangat tapi takleh nak tido sebab kakchik sekarang sedang bekerja. Tak taulah kenapa.

Allahu Akbar! Menguap lagi. Menyampah betul kalau asyik dok menguap macam ni. Nak update blog jadi malas. Nak update status di FB pun malas juga. Sambil buat kerja sambil menguap.

Entah apakah gejala yang menyebabkan asyik menguap je hari ni. Nak kata tak cukup tido malam tadi, cukuuup. lebih dari cukup. Nak kata tak mandi kes air kurang, isyk... susah macamana pun kakchik mesti mandi. takkan nak datang kerja tak mandi.

Dah 1 lebih dah ni... kakchik kat Kaunter la masa ni. Menunggu habis shif pukul 2. Sat lagi nak masuk pejabat untuk rehat, lunch dan solat Zohor pula. tengoklah kalau sempat lentok kejap kat kerusi, kakchik nak juga lentok jap. Bos marah ke tak marah ke, kakchik kena juga lelapkan mata.

Harap-harap lepas bangun tu, basuh muka, badan jadi segar dan boleh sambung kerja dengan lebih semangat.

Mengantuk dan Menguap, tolong jauhkan dirimu dariku!!!

google pasal mengantuk, jumpa beberapa link yang menarik.
 Ok, jangan lupa baca ya. Kakchik makin segar dah ni bila jari mula menaip. Nasib baik.

2 comments:

  1. wah....sangap tu......eheheh....salam kenal erkkk...:)thanx singgah blog net yang tak seberapa itu! amat teruja.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal kembali netti. Sama-sama. Kakchik suka blog net tu terutama pasal kasut.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails