Followers

9.4.10

Hidup bertuhankan nafsu, isteri menjadi mangsa

itulah yang berlaku dalam sebuah keluarga semalam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi untuk hari ini.

Kali ni kakchik ingin menyentuh tentang berita dalam suratkhabar hari ni. Tentu teman-teman semua sudah pun membacanya. Tak apa, perkara ni kita kena ambil tahu dan ambil berat kerana ia berlaku dalam masyarakat Melayu Islam kita. Kakchik sekali lagi beristighfar dan merasa sayu akan apa yang saban hari makin kerap berlaku di dalam masyarakat kita. Cuba lihat berita ini:

Disimbah asid kerana nafsu suami


KEADAAN wanita yang disimbah cuka getah ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan semalam.


KUANTAN - Gara-gara isteri enggan mengadakan hubungan seks, seorang suami yang dipercayai tahi judi naik berang sehingga sanggup menyimbah asid ke muka dan tubuh isterinya menyebabkan wanita itu cedera parah dalam kejadian di rumahnya di Felda Bukit Sagu 2 di sini kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, ketika kejadian pada pukul 2 pagi, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru sampai ke rumah selepas dipercayai keluar bermain judi.
"Suspek yang bekerja sebagai peneroka itu pulang dalam keadaan marah-marah. Dia terus masuk bilik tidur sebelum mengejutkan isterinya untuk mengadakan hubungan kelamin.
"Bagaimanapun, wanita berusia 30-an itu menolak keinginan suaminya kerana dia tidak sihat dan sakit kepala," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut Zulkifli, tindakan si isteri itu menyebabkan suaminya secara tiba-tiba naik angin lalu mengambil cuka getah yang diletakkan di dalam botol di luar rumah.
"Suspek masuk semula ke dalam rumah lalu menyimbah cuka getah itu ke arah muka dan badan mangsa yang bekerja sebagai pencuci pejabat.
"Tindakan suspek itu menyebabkan isterinya melecur teruk," kata beliau.
Zulkifli memberitahu, dua orang anak pasangan itu berusia belasan tahun yang turut berada di rumah semasa kejadian terus mendapatkan ibu mereka untuk memberi bantuan.

Beberapa fakta tentang suami yang boleh kita tahu:

  • tahi judi - fakta berita
  • panas baran - marah-marah, tindakan luar kawal - syaitan
  • balik lewat malam - sepatutnya malam, ahli keluarga semua ada di rumah kecuali ke masjid
  • tiada peri kemanusiaan - isteri sakit pun tak boleh sabar
Sinar Harian kata, asid yang digunakan itu disimpan di dalam botol arak. Tengok gambar yang blurry tu pun kakchik dah tahu itu botol arak. Kemungkinan si suami sudah biasa minum arak. Allahu'alam.

MashaAllah... kakchik sering kali mendengar cerita-cerita begini mengenai segolongan peneroka felda. Maafkan kakchik kalau maklumat/cerita yang kakchik dengar tu berat sebelah tapi kakchik tak pernah lagi membuat judgement sebelum ini. Ada seorang kawan bekerja di sebuah felda di Johor, beliau selalu juga menceritakan pengalaman kehidupan beliau di sana. Merisaukan, menakutkan dan memalukan kata beliau.

Merisaukan kerana orang tua jarang ke masjid, anak muda pula ramai terjebak dengan dadah dan seks bebas. Menakutkan kerana didikan agama terlalu dipandang remeh, hanya guna agama untuk akad nikah dan majlis-majlis tertentu yang hanya dibuat di masjid. Kehidupan di dalam felda sekarang ini ceritanya terlalu dipengaruhi oleh gejala sosial yang teruk. Memalukan kerana tua atau muda masing-masing berlumba untuk meniru cara hidup barat. Karaoke menjadi biasa di mana-mana kedai kopi atau restoran. Masyarakat lebih suka melalak di karaoke berbanding ke masjid. Ye lah... mana lebih seronok kan?

Itu adalah cerita kawan kakchik yang seorang itu. Memang tidak boleh dijadikan ukuran kepada yang lain dan kakchik pun tidak mahu memukul rata cara hidup sedemikian di felda lain kerana di kampung-kampung biasa pun masalah ini semakin menjadi-jadi.

Apa yang pasti, kehidupan kita hari ini kalau tidak segera bertaubat dan kembali mencari ALLAH, hari demi hari, jadilah kita hamba nafsu. Bila nafsu, siapakah tuannya kalau bukan syaitan? 

Marilah kita terus ingat-mengingati kerana kehidupan yang bertuhankan nafsu langsung tiada jaminan di akhirat nanti. Jika kita biarkan, langsung tidak memainkan peranan kita dalam mengelakkan gejala ini berleluasa dalam masyarakat kita, konon-konon tiada kena mengena dengan kita, kita ok je, keluarga kita ok je... ingatlah, kalau ALLAH turunkan bala, kita juga akan terkena. 

Ya Allah, lindungilah kami, hamba-hambaMu yang mencari kebenaran.

12 comments:

  1. salam k.chik..lamanya k.atie x menziarah k.chik..semoga k.chik sentiasa sht yer.sedih bc ttg berita tue..kaum pompuan nie selalu dianiayai..bila nafsu dikuasai syaitan..camtu la!mcmana la pompuna tue nk menjalani kehidupan setelah wajahnya lecur teruk..semoga dia tabah!!

    ReplyDelete
  2. salam kak chik,
    Susah nak jadi isteri yang solehah. lagi susah bila dapat suami camtu. huhu. Moga mangsa terlibat tabah menghadapi dugaan.

    ReplyDelete
  3. salam kak chik. kakchik, penah sy baca ttg rafiqin dlm entry kakchik sblm ni, sape dia tu? nape ramai org asyik tulis didikan mcm mana mak bapa dia bg? tak paham.

    maaf lari dr tajuk sikit,sb cerita suami gitu takleh nk komen dah..mmg lagi teruk dr teruk.

    ReplyDelete
  4. Salam Kakchik
    sedih kan kasihan wanita itu

    ReplyDelete
  5. geram, sedih, sakit hati n mcm2 perasaan dtg....bila dh xde iman didada gitulh tindakannya...Kesian si isteri n ank2 jd mangsa....

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum...

    sy nak tambah sikit komen kc pasal warga felda. saya pun pernah dengar, dari teacher saya sendiri jugak yang berasal dari felda.. tapi bukan felda johor...felda di pahang. kisah pergaulan bebas anak muda, seks luar nikah, orang tak ke masjid, kalau ke masjid pulak berpuak2.. amalan ilmu hitam... macam-macam lagi... saya rasa perlu ada kempen kemasyarakatan secara islami yang menyeluruh untuk penduduk2 felda di seluruh negara. pertubuhan felda adalah sebuah pertubuhan yang kaya-raya, tapi sayang, kebajikan agama untuk peneroka yang merupakan penggerak utama pertubuhan tersebut terabai. walaupun tak semua yang mempunyai masalah meruncing seperti ini, tapi setitis nila sudah cukup untuk merosakkan susu satu belanga.

    wassalam

    ReplyDelete
  7. wa'alaikummussalam kak atie. lama tak dtg tapi masih di ingatan itu yg penting kak. memang sedih kan bila baca kisah begini. wanita itu sudah pasti teramat trauma selepas kejadian ni. moga-moga masyarakat setempat dapat membantu beliau dari segi moral dan agama. cubaan ini amat besar untuk ditempuhi. kita mampu mendoakannya.

    ReplyDelete
  8. wa'alaikummussalam nur. memang bukan senang untuk kita menjadi isteri solehah tapi insyaallah boleh. suami begitu memang tidak bertanggungjawab. hati kering dari agama, hidup dengan judi, seks dan mungkin arak. binasa rumahtangga. kesian kita pada isterinya, sama-sama kita doakan dia ya nur.

    ReplyDelete
  9. wa'alaikummussalam normi. rafiqin darwisy ialah budak lelaki 13/14 tahun yang menghina arwah din beramboi di dalam FBnya dan paling teruk dia menghina al-Quran. masih terlalu muda tapi bahasa yang digunakan di FBnya sangat kasar, lucah dan kotor. terlalu awal dirinya tercemar. kakchik tidak menulis panjang tentang dia sebab kakchik tidak mahu bantu lonjakkan dia. tiada makna. lari tajuk takpe sebab normi ingin tahu. takde masalah.

    ReplyDelete
  10. wa'alaikummussalam masyitah (qaseh mas). hati kita amat tersentuh kan. moga2 Allah beri dia ketabahan.

    ReplyDelete
  11. kak nza, itulah perasaan kita. kenapalah sekarang ni makin ramai orang dewasa yang rosak? isteri dan anak-anak menanggung parah.

    ReplyDelete
  12. wa'alaikummussalam teacher nur. terima kasih atas komennya. memang timbul tanda tanya terhadap keletusan pihak felda menguruskan para penerokanya. kita tidak tahu ke mana wang felda dilaburkan tapi kita berharap agar pihak felda melebihkan pendidikan agama kepada masyarakat peneroka. bukan setakat kepada anak-anak kecil tapi remaja dan orang dewasa juga. ada yang kakchik baca masyarakat felda yang harmoni, alhamdulillah... mungkin di situ mereka mengutamakan akhlak dan cara hidup Islam. moga-moga kehidupan mereka menjadi contoh kepada masyarakat peneroka yang lain.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs